Skinpress Demo Rss

Saturday, February 21, 2009

Harga sebuah iman...

Iman memang sangat penting...Ya Allah moga diri ini dan sahabat2 seperjuangan sentiasa thabat dalam jalan ini.

Saturday, February 14, 2009

Rasa izzah dengan islam, sensitif dgn islam, sampaikan syahadah kepada orang lain, moga tiada lagi orang lain boleh complain dia tak dengar syahadah lagi, Nabi2 dan rasul diberi tanggungjawab untuk sebarkan syahadah ni, tapi sekarang mereka dah tiada, jadi siapa lagi yang nak pikul tanggungjawab ni kalau bukan orang yang dah faham, supaya tiada lagi orang lain boleh complain dia tak dengar syahadah lagi, kita adalah umat pertengahan antara Allah dan manusia biasa, kita dah mendengar syahadah dari Rasulullah dan Rasulullah dapat dari Allah, tapi sekarang Rasulullah dah tiada, jadi kita yang kena sampaikan ape yang kita dapat dari Rasulullah kepada orang lain, ayat 2:143, Allah takkan murka kepada orang yang buat maksiat yang tak tahu tentang islam, tapi Allah akan murka kepada orang yang dah tahu tentang islam, kita tak boleh sembunyikan kebenaran, Maududi kata, kita boleh sampaikan islam melalui amal soleh, akhlak yang terpuji, dan pemerintahan yang adil. Kalau yang kedua tu nampak macam senang tapi kita kena sampaikan islam dengan percakapan juga, kalau tak Rasulullah adalah orang pertama yang takkan naik Bukit Safa dan berdakwah terang-terangan, untuk pemeritahan yang adil tu on the way, bila islam dah tertegak dalam diri setiap orang baru boleh tubuhkan negara islam dan kita tunjuk pemerintahan yang adil yang pernak kita kecapi dulu, tegakkanlah islam dalam diri kita pastu kita ajak orang lain jugak, wakafkan diri kita untuk islam, dakwah, gunalah diri ini, asalkan ia bermanfaat untuk orang lain, ibarat kita wakafkan gelas kepada masjid, siapa2 pun boleh guna gelas tu, begitu juga kita, Allah pandang usaha dan tidak kepada hasil, syahadah yang diucapkan bukan hanya setakat puasa,solat tapi lebih dari itu, kita kena sampaikan hak Syahadatul-Haq kepada orang lain, kita kena bagi tahu itulah apa yang kita imani, moga Allah permudahkan diri ini dan sahabat2 seperjuangan yang sangat dihormati.

Wednesday, January 21, 2009

Badar 313

Takkan berundur
Walaupun selangkah
Biarlah berkubur
Takkan menyerah

Begitu mujahadah
Begitu terserlah
Biarlah basah
Bumi yang bertuah

Rentak dan tarian
Telah diperturunkan
Hanya yang beriman
Terus ke depan

Dan demi masa
Dan demi agama
Dan demi bangsa
Hartanya nyawa

Berkasarlah
Tersedarlah
Semua yang ditidurkan
Pasti terserlah
Mereka yang dinantikan

Dan demi masa
Demi agama
Dan anak bangsa
Harganya nyawa
Berkasarlah
Tersedarlah
Semua yang ditidurkan

Pasti terserlah
Mereka yang dinantikan
Pasti terserlah
Pasti terserlah
Mereka yang dinantikan
Mereka yang dinantikan
Mereka yang dinantikan
Pasti terserlah
Pasti terserlah

Berkasarlah
Berkasarlah
Berkasarlah
Berkasarlah

313 tentera Badar berjuang
313 tentera Badar menyerang
313 tentera Badar menyerang
313 tentera Badar gemilang

Saturday, January 10, 2009

Apa yang berlaku kat Gaza sekarang ni
Memang patut pun kita fikir
Memang patut pun kita bimbang
Kita patut bimbang keselamatan mereka
Kita patut bimbang ubat-ubatan yang mereka perlukan
Kita perlu bimbang untuk makanan dan minuman mereka
Kita perlu bimbang tentang kediaman mereka yang dah musnah
Kita patut bimbang tentang kesedihan mereka bila
Ayah kehilangan anak
Anak kehilangan mak
Mak kehilangan anak
Abang syahid
Kakak syahid
Adik syahid
Pak Cik syahid
Semua dah takde
Tapi ketahuilah bahawa
Golongan yang tinggal di Palestin adalh golongan yang bertuah
Mereka golongan yang dijanjikan oleh Allah dan Rasul
Mereka, iman mereka mantap
Mereka adalah golongan yang sentiasa memperlihatkan kebenaran
Mereka terus, terus dan terus memperlihatkan kebenaran
Mereka sangat tabah
Iman mereka sangat mantap
Iman mereka sangat kuat
Allah dah janji akan bagi kemenangan
Allah dah janji akan bagi kemenangan
Tapi sebelum kemenangan diraih
Kita kena bayar harga kemenangan!!!!!
Harga kemenangan sangat mahal
Allah akan bagi ujian yang sangat menyiksakan sebelum kemenangan
Supaya orang-orang yang meraih kemenangan adalah orang yang pantas dengan kesusahan yang diperoleh sebelum kemenangan
Kita tidak perlu risau terlebih dengan nasib rakyat Palestin
Kerana iman mereka dah mantap
Mereka layak untuk dapat tittle syahid
Kita?
Cam mane ye dengan kita?
Kita perlu bimbang tentang kita
Kita, iman kita cam mane?
Apa khabar iman kita?
Iman kita letak kat mane?
Tolonglah sedar
Iman kita kat mane?
Dah cukup macam orang Palestin?
Kuat cam mereka tak rase-rasenya?
Layak ke kita nak merasa kemenangan yang Allah dah confirm tu?
Kita setanding ke dengan mereka?
Takkan kita hanya nak terima takdir bahawa iman kita tak setanding mereka?
Macam mane ye dengan kita?

Tuesday, December 30, 2008

perang hunain...


tiba-tiba teringat tentang perang ni, rase kelakar juga, sebabnya nilah perang first lepas fathul makkah, kita tahu bahawa fathul makkah ni satu peristiwa yang hebat sebab time ni jumlah orang yang masuk islam berjumlah 124 000 orang, ramaikan umat islam timetu, mereka ni masuk islam atas pelbagai sebab, antaranya, mereka ni masuk islam kerana time tu mereka dah nampak bahawa islam ni agama yang sangat perfect, agama yang syumul, mereka lihat perlakuan umat islam time fathul makkah, mereka masuk secara aman tidak ada berlaku pertumpahan darah, islam tu agama yang baik, jadi sebab tu ramai yang memeluk islam, nabi pun time tu memaafkan kesalahan semua orang, apa lagi ramailah yang memeluk islam.


Pastu, bila berlaku perang hunain ni, ceh, konon-kononnya, ramailah umat islam dan dengan mudah dapat tewaskan orang kafir, api belum perang je, ramai yang kecut-perut, lari lintang-pukang, bertaburan sume org, pastu, Rasulullah seru 'wahai ahli Badr, wahai ahli Uhud, datanglah ke medan perang ni, lawan orang kafir'. Klakar jugak sebenanya, tapi islam tetap menang dalam perang ni.


Tau tak apa yang nak ditunjukkan melaui peristiwa ini, kat cni nak tunjuk bahawa ahli Badr, ahli Uhud tu, mereka ni adalah orang-orang hard core, mereka ni memang faham betul, aqidah diorang ni sangat mantap, dan diorang nilah jugak yang nabi harapkan untuk lawan denganorang kafir tu.


Ramai islam yang lari tu mereka ni, boleh dikatakn iman mereka ni kurang mantap, bukan macam ahli Badr dan Uhud, arbiyah ahli Badr dan Uhud sangat mantap, mereka dah harungi pelbagai tapisan Allah, mereka ni memang sangat mantap, tapi kalau orang islam yang lari bertempiaran tu, mereka ni dapat islam dengan cara apa? mereka hanya rase kagum dengan kehebatan islam jadi mereka ni masuk islam,tu sahaja sebabnya mereka ni memeluk islam. Tarbiyah mereka tak lame.


Macam mane pula dengan kita ye, tarbiyah kita bagaimana? dan kita nak di dalam golongan yang mane ye?

Thursday, December 25, 2008

Bola besi....




Setiap orang ade bola besi masing2. Bola besi ni ade 3 layer, layer yang paling dalam tentang aqidah, aqidah ni dia duduk kat bahagian paling dalam sekali, kenape ye? sebab aqidah ni penting sangat! Tentang ape yang kita imani, apa yang kita sembah, apa yang kita pegang, aqidah memang sangat penting.

Layer yang kedua, pula layer ni merangkumi hobi kita, cita-cita kita, ibadah kita.

Manakala layer yang ketiga tentang akhlak kita, cara bercakap, stail kita, cara berpakaian, cara pemikiran, semua yang orang boleh nampak.

Ok, mari kita lihat setiap satu bola besi, kalau bola besi orang islam rase-rasenya, ape yang ade kat tengah2 sekali? Mestilah aqidah dia islam kan? pastu kita tengok pula layer kedua dia, dia buat ape? hobi dia mesti baca Al-Quran, qiam, tolong kawan, sabar, pemaaf, pemurah, solat tepat waktu, cita-cita dia jadi muslim doktor, sangat best! Kita tengok pula layer ketiga dia, dia mestilah mempunyai akhlak yang baik, pemikiran yang rasional, optimis, fikirkan masalah ummat, cara bercakap yang meyakinkan. Itulah bola besi orang islam yang sepatutnya!

Kita bandingkan pula dengan bola besi orang kafir, kalau bola besi orang kafir, apa yang kat tengah-tengah tu, tiada tuhan, atheist. Kita tengok pula layer kedua dia, dia hanya akan fikir shopping, tengok cerita korea, tengok movie ni, pergi twngok wayang, dengar muzik hip-hop, pergi night club, minum arak dan sebagainya. Pastu kita tengok pula layer dia yang ketiga, akhlak dia tak best, tak baik, pemikiran dia hanya pikir cam mane nak runtuhkan islam. Itulah bola besi orang kafir.

Tapi, mari kita tengok, keadaan sekarang ni, ade lagi ke bola besi orang islam macam tu? Kalau kita tengok sekarang, rata2 orang islam punya bola besi tak macam tu kan? Kita tengok orang islam sekarang, islam hanya dalam ic, islam hanya mengaku sahaja tetapi tidak melakukan apa yang Allah suruh, 2 layer yang luar tu, tak macam orang islam punya, nampak macam sifat orang kafir pula, tapi tengah-tengah dia islam, tapi luar dia tak macam islam, hairannya?

Bola besi sifatnya melebur, dia melebur start dari dalam pastu dia mempengaruhi layer2 yang seterusnya, aqidah yang mantap, iman yang kuat akan memepengaruhi ibadah kita, amalan kita, akhlak kita supaya ia jadi baik juga, tapi kita lihatlah, 2 layer terluar umat islam sekarang ni tercorak oleh ape? Budaya barat! Sepatutnya, bola besi orang islam ni, dia melebur start dari dalam lepas tu mempengaruhi layer2 dia dan kemudiannya terpalit sekali ke bola besi orang kafir, tapi sekarang ni terbalik pulak, bola besi orang kafir tu melebur dan menyebabkan bola besi orang islam terpalit sekali.

Mana satu bola besi kita sebenarnya? Allah dah cakap dalam Al-Quran, masuklah kamu ke dalam islam secara keseluruhan, bukan separuh sahaja, bukan suku sahaja, tapi sepenuhnya, islam bermaksud kesejahteraan, takkan kita taknak masuk dalam kesejahteraan secara keseluruhan dan dapat perlindungan Allah secara keseluruhan?

Saturday, December 13, 2008

tapisan demi tapisan


Tapisan Alah sentiasa berlaku, mudah-mudahan Allah thabatkan diri ini, di jalanNya, Ya muqallibalqulub, thabbit qulubana 'ala dinik wa 'ala taatik, wa jihadi fi sabilik.