Skinpress Demo Rss

Wednesday, January 21, 2009

Badar 313

Takkan berundur
Walaupun selangkah
Biarlah berkubur
Takkan menyerah

Begitu mujahadah
Begitu terserlah
Biarlah basah
Bumi yang bertuah

Rentak dan tarian
Telah diperturunkan
Hanya yang beriman
Terus ke depan

Dan demi masa
Dan demi agama
Dan demi bangsa
Hartanya nyawa

Berkasarlah
Tersedarlah
Semua yang ditidurkan
Pasti terserlah
Mereka yang dinantikan

Dan demi masa
Demi agama
Dan anak bangsa
Harganya nyawa
Berkasarlah
Tersedarlah
Semua yang ditidurkan

Pasti terserlah
Mereka yang dinantikan
Pasti terserlah
Pasti terserlah
Mereka yang dinantikan
Mereka yang dinantikan
Mereka yang dinantikan
Pasti terserlah
Pasti terserlah

Berkasarlah
Berkasarlah
Berkasarlah
Berkasarlah

313 tentera Badar berjuang
313 tentera Badar menyerang
313 tentera Badar menyerang
313 tentera Badar gemilang

Saturday, January 10, 2009

Apa yang berlaku kat Gaza sekarang ni
Memang patut pun kita fikir
Memang patut pun kita bimbang
Kita patut bimbang keselamatan mereka
Kita patut bimbang ubat-ubatan yang mereka perlukan
Kita perlu bimbang untuk makanan dan minuman mereka
Kita perlu bimbang tentang kediaman mereka yang dah musnah
Kita patut bimbang tentang kesedihan mereka bila
Ayah kehilangan anak
Anak kehilangan mak
Mak kehilangan anak
Abang syahid
Kakak syahid
Adik syahid
Pak Cik syahid
Semua dah takde
Tapi ketahuilah bahawa
Golongan yang tinggal di Palestin adalh golongan yang bertuah
Mereka golongan yang dijanjikan oleh Allah dan Rasul
Mereka, iman mereka mantap
Mereka adalah golongan yang sentiasa memperlihatkan kebenaran
Mereka terus, terus dan terus memperlihatkan kebenaran
Mereka sangat tabah
Iman mereka sangat mantap
Iman mereka sangat kuat
Allah dah janji akan bagi kemenangan
Allah dah janji akan bagi kemenangan
Tapi sebelum kemenangan diraih
Kita kena bayar harga kemenangan!!!!!
Harga kemenangan sangat mahal
Allah akan bagi ujian yang sangat menyiksakan sebelum kemenangan
Supaya orang-orang yang meraih kemenangan adalah orang yang pantas dengan kesusahan yang diperoleh sebelum kemenangan
Kita tidak perlu risau terlebih dengan nasib rakyat Palestin
Kerana iman mereka dah mantap
Mereka layak untuk dapat tittle syahid
Kita?
Cam mane ye dengan kita?
Kita perlu bimbang tentang kita
Kita, iman kita cam mane?
Apa khabar iman kita?
Iman kita letak kat mane?
Tolonglah sedar
Iman kita kat mane?
Dah cukup macam orang Palestin?
Kuat cam mereka tak rase-rasenya?
Layak ke kita nak merasa kemenangan yang Allah dah confirm tu?
Kita setanding ke dengan mereka?
Takkan kita hanya nak terima takdir bahawa iman kita tak setanding mereka?
Macam mane ye dengan kita?