Skinpress Demo Rss

Tuesday, December 30, 2008

perang hunain...


tiba-tiba teringat tentang perang ni, rase kelakar juga, sebabnya nilah perang first lepas fathul makkah, kita tahu bahawa fathul makkah ni satu peristiwa yang hebat sebab time ni jumlah orang yang masuk islam berjumlah 124 000 orang, ramaikan umat islam timetu, mereka ni masuk islam atas pelbagai sebab, antaranya, mereka ni masuk islam kerana time tu mereka dah nampak bahawa islam ni agama yang sangat perfect, agama yang syumul, mereka lihat perlakuan umat islam time fathul makkah, mereka masuk secara aman tidak ada berlaku pertumpahan darah, islam tu agama yang baik, jadi sebab tu ramai yang memeluk islam, nabi pun time tu memaafkan kesalahan semua orang, apa lagi ramailah yang memeluk islam.


Pastu, bila berlaku perang hunain ni, ceh, konon-kononnya, ramailah umat islam dan dengan mudah dapat tewaskan orang kafir, api belum perang je, ramai yang kecut-perut, lari lintang-pukang, bertaburan sume org, pastu, Rasulullah seru 'wahai ahli Badr, wahai ahli Uhud, datanglah ke medan perang ni, lawan orang kafir'. Klakar jugak sebenanya, tapi islam tetap menang dalam perang ni.


Tau tak apa yang nak ditunjukkan melaui peristiwa ini, kat cni nak tunjuk bahawa ahli Badr, ahli Uhud tu, mereka ni adalah orang-orang hard core, mereka ni memang faham betul, aqidah diorang ni sangat mantap, dan diorang nilah jugak yang nabi harapkan untuk lawan denganorang kafir tu.


Ramai islam yang lari tu mereka ni, boleh dikatakn iman mereka ni kurang mantap, bukan macam ahli Badr dan Uhud, arbiyah ahli Badr dan Uhud sangat mantap, mereka dah harungi pelbagai tapisan Allah, mereka ni memang sangat mantap, tapi kalau orang islam yang lari bertempiaran tu, mereka ni dapat islam dengan cara apa? mereka hanya rase kagum dengan kehebatan islam jadi mereka ni masuk islam,tu sahaja sebabnya mereka ni memeluk islam. Tarbiyah mereka tak lame.


Macam mane pula dengan kita ye, tarbiyah kita bagaimana? dan kita nak di dalam golongan yang mane ye?

Thursday, December 25, 2008

Bola besi....




Setiap orang ade bola besi masing2. Bola besi ni ade 3 layer, layer yang paling dalam tentang aqidah, aqidah ni dia duduk kat bahagian paling dalam sekali, kenape ye? sebab aqidah ni penting sangat! Tentang ape yang kita imani, apa yang kita sembah, apa yang kita pegang, aqidah memang sangat penting.

Layer yang kedua, pula layer ni merangkumi hobi kita, cita-cita kita, ibadah kita.

Manakala layer yang ketiga tentang akhlak kita, cara bercakap, stail kita, cara berpakaian, cara pemikiran, semua yang orang boleh nampak.

Ok, mari kita lihat setiap satu bola besi, kalau bola besi orang islam rase-rasenya, ape yang ade kat tengah2 sekali? Mestilah aqidah dia islam kan? pastu kita tengok pula layer kedua dia, dia buat ape? hobi dia mesti baca Al-Quran, qiam, tolong kawan, sabar, pemaaf, pemurah, solat tepat waktu, cita-cita dia jadi muslim doktor, sangat best! Kita tengok pula layer ketiga dia, dia mestilah mempunyai akhlak yang baik, pemikiran yang rasional, optimis, fikirkan masalah ummat, cara bercakap yang meyakinkan. Itulah bola besi orang islam yang sepatutnya!

Kita bandingkan pula dengan bola besi orang kafir, kalau bola besi orang kafir, apa yang kat tengah-tengah tu, tiada tuhan, atheist. Kita tengok pula layer kedua dia, dia hanya akan fikir shopping, tengok cerita korea, tengok movie ni, pergi twngok wayang, dengar muzik hip-hop, pergi night club, minum arak dan sebagainya. Pastu kita tengok pula layer dia yang ketiga, akhlak dia tak best, tak baik, pemikiran dia hanya pikir cam mane nak runtuhkan islam. Itulah bola besi orang kafir.

Tapi, mari kita tengok, keadaan sekarang ni, ade lagi ke bola besi orang islam macam tu? Kalau kita tengok sekarang, rata2 orang islam punya bola besi tak macam tu kan? Kita tengok orang islam sekarang, islam hanya dalam ic, islam hanya mengaku sahaja tetapi tidak melakukan apa yang Allah suruh, 2 layer yang luar tu, tak macam orang islam punya, nampak macam sifat orang kafir pula, tapi tengah-tengah dia islam, tapi luar dia tak macam islam, hairannya?

Bola besi sifatnya melebur, dia melebur start dari dalam pastu dia mempengaruhi layer2 yang seterusnya, aqidah yang mantap, iman yang kuat akan memepengaruhi ibadah kita, amalan kita, akhlak kita supaya ia jadi baik juga, tapi kita lihatlah, 2 layer terluar umat islam sekarang ni tercorak oleh ape? Budaya barat! Sepatutnya, bola besi orang islam ni, dia melebur start dari dalam lepas tu mempengaruhi layer2 dia dan kemudiannya terpalit sekali ke bola besi orang kafir, tapi sekarang ni terbalik pulak, bola besi orang kafir tu melebur dan menyebabkan bola besi orang islam terpalit sekali.

Mana satu bola besi kita sebenarnya? Allah dah cakap dalam Al-Quran, masuklah kamu ke dalam islam secara keseluruhan, bukan separuh sahaja, bukan suku sahaja, tapi sepenuhnya, islam bermaksud kesejahteraan, takkan kita taknak masuk dalam kesejahteraan secara keseluruhan dan dapat perlindungan Allah secara keseluruhan?

Saturday, December 13, 2008

tapisan demi tapisan


Tapisan Alah sentiasa berlaku, mudah-mudahan Allah thabatkan diri ini, di jalanNya, Ya muqallibalqulub, thabbit qulubana 'ala dinik wa 'ala taatik, wa jihadi fi sabilik.

I want to build the most beautiful house.......

HADIS 3 yang rasenya simple je, tak panjang macam hadis 2, tentang pembinaan islam dalam diri,

'Didirikan islam atas lima rukun,: syahadah ( pengakuan) bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawasanya Muhammad itu Rasulullah, dan mendirikan sembahyang dan mengeluarkan zakat, dan mengerjakan haji di Baitullah, dan puasa di bulan Ramadhan. Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.

maksud didirikan tu, kita bina, daripada teori, kita praktikkan, apa yang kita faham dari islam tu kita praktikkan, actually dia macam sebuah rumah,

Bayangkan kita ada sebuah rumah, kita bina rumah tu mula2 kena ade cerucuk besi, tanam dalam2 tanah, pastu ade dinding rumah, dari batu-bata, pastu kita buat compartment, ade bilik mandi, ruang tamu, ade dapur, pastu kita buat lubang untuk tingkap, pintu dan ruang udara, pastu ade atap, las sekali kita catkan, cantikkan rumah tu.

Pemahaman kita terhadap islam adalah seperti cerucuk tu tadi, kita faham islam melalui 5 perkara asas tu, tadi, kan kita tanam cerucuk2 tu dalam2 kan, ertinya kita ade kefahaman yang sangat2 dalam islam, kita dah masyi dengan islam.

Dinding2, cat, batu-bata, tingkap, pintu, tu semua adalah cabang daripada 5 perkara asas tadi.

Kalau orang islam yang betul2 faham islam tapi dia tak berkembang, hanya, 5 perkara tu je yang dia pegang, maka rumah dia takkan siap2.

Kalau orang kafir walaupun mereka ni ade sifat baik hati yang kadang-kadang melebihi sifat orang islam sendiri, tapi rumah dia ni takde cerucuk yang hebat, senang runtuh.

Kita nak pilih yang mane ye? atau kita ade pilihan ketiga iaitu, kita bina dalam diri kita ni kefahaman yang betul2 kefahaman islam dan kemudian kita cantikkan rumah kita tu, barulah rumah tu complete,

Pak Cik Maududi pesan dalam buku Dasar-dasar Islam, bahawa pentingnya kita ade pengetahuan dan kefahaman dalam menjadi Muslim yang sebenar, mudah-mudahan Allah permudahkan urusan kita seharian, Allahu warasuluhu a'lam.

Allahu rabbi wa rabbukum...

Surah Al-Ikhlas yang sagat mengasyikkan, menyebabkan aku rase berasa seronok untuk tadabbur surat Allah yang berbentuk aqidah,

'katakanlah, Dialah Allah, Yang Maha Esa, Allah tempat meminta segala sesuatu, tidak beranak dan tidak pula diperanakkan, dan tiada sesuatu yang setara dengan Dia'

Ayat 1, kenapa tak wahid? kenapa ahad? kalau kita belajar Bahasa Arab dulu, maksudnya yang paling, contoh, ajmal-yang paling cantik, akthar-yang paling banyak, so maksud dia kat sini, yang paling Esa, paling satu, takde yang lain, kalau kita guna wahid, dia macam bilangan, ada wahid, ithnani, thalatha, and so on. Sebab tu kat sini guna ahad.

Ayat 2, kat sini, Allah cakap kita ni manusia tak perlu lagi rase susah, rase takut, rase terbeban , rase sedih, sebabnya kita ada Allah, Allah yang cipta kita, kalau bandingkan diri kita dengan orang Iban yang bukan islam, mereka kena sembah, banyak tuhan, tuhan air sebab nanti tanman takde air, tak hidup, tuhan matahari sebab nanti tanaman mati kalau takde air, tuhan angin, supaya tanaman tak kena ribut, banyak sangat bimbangnya, tapi kita hasbiyallah je, cukuplah Allah, nak mengadu, mengadu kat Allah, rase marah kat manusia, mengadu kat Allah, rintih kat Alah, takpe, Allah selalu dengar kita.

Ayat 3, ni pun satu sifat Allah, Allah tak beranak dan tak pula diperanakkan, kita tak pening kepala nak sembah tuhan banyak2, cukuplah Allah dalam hati kita!

Ayat 4, dan tiada sesuatu yang setara dengannya, tulah kan dah cakap Allah ni paling berkuasa, takde benda yang setara dengannya, sebab tulah kalau nak minta tolong ape2 mintalah dengan Allah.

Ade satu peristiwa, ada kaum Nasrani dari Najran, mereka ni dari jauh dengarlah berita tentang nabi, nabi bawa ajaran islam, kaum ni sanggup datang dari jauh sebab nak tanye tentang ketuhanan, bila mereka jumpa nabi mereka tanye, apa maksud tuhan menurut pandangan islam, pastu nabi jawab dengan surah ni, nak kata kat cni, kriteria untuk memilih tuhan tu ade dalam surah ni, kalau kita tengok zaman jahiliyyah, orang sembah berhala, pastu bukan satu je, banyak berhala, tapi ciri2 tuhan yang sebenarnya ada dalam surah ni. Mereka berdebat dalam masjid 3 hari 3 malam untuk selesaikan benda ni.

kenapa kita kena belajar tauhid sedangkan kita kan dah beriman dengan Allah ?, kalau kita tengok ayat 2: 260, nabi Ibrahim cakap kat Allah, Ya Tuhanku, perlihatkanlah kepadaku bagaimana Engkau menghidupkan orang mati, Allah berfirman, Belum percayakah engkau?, Aku percya tapi agar hatiku tenang ( mantap). Supaya kita bertambah yakin, bertambah rase kagum, dan bertambah rase best tuk amalkan islam kita, mudah-mudahan Allah memberi petunjuk kepada kita, Wallahu'alam.

Friday, November 21, 2008

muqaddimah zilal.......

assalamualaikum. alhamdulillah Allah memberikan ana peluang skali lagi untuk menulis, ana baru start baca muqaddimah zilal, ape dia muqaddimah zilal? ia adalah muqaddimah bagi tafsir Fi Zilal Al-Quran, walaupun namanye muqaddimah tapi sebenarnya ditulis akhir sekali, sape yang buat tafsir ni? tak lain tak bukan Syed Qutub, salah seorang anggota Ikhwanul Muslimin, Maksud perkataan Fi Zilal Al-Quran adalah berada di bawah naungan, payungan, perlindungan Al-Quran, muqaddimah dia sangat menarik, Syed Qutub kata hidup di bawah bayangan Al-Quran adalah satu kenikmatan yang tidak dapat tidak diketahui melainkan hanya oleh mereka yang mengecapinya sahaja, maksudnya kat cni, Syed Qutub nak kita gambarkan bahawa berada di bawah naungan Al-Quran ni adalah sangat2 bermanfaat, contohnya cam kita berada di bawah pokok yang rendang, di kala keadaan yang sangat panas dengan cahaya matahari, tapi kita dapat perlindungan daripada panas cahaya matahari sebab kita berlindung bawah pokok yang rendang tu, kalau berada di bawah naungan Al-Quran tu maksudnya, kita berada di bawah perlindungan, dan naungan Allah, kalau macam kita berada di bawah jagaan ibu dan ayah kita dan bandingkan keadaan tu dgn situasi anak yatim, anak yatim takde ibu dan takde ayah, rase inferior, rase takut, tapi kita bandingkan juga situasi berda di bawah naungan ibu bapa tu dengfan naungan Allah, mane paling best, mana paling berkekalan, mane yang akan berterusan, manusia akan mati tetapi Allah akan kekal, nak katanye naungan Allah ni is the best, kalau kita bencikan seseorg, kita mesti mengelakkan diri dari nak berjumpa dgn org tu kan, tapi misalnya kita ade benci dgn Allah, kita tak dapat nak larikan diri sebab pada hakikatnya kita tahu bahawa Allah tu memerhatikan kita, ke mane sahaja kita pergi Allah tahu, jadi why not kita volunteer diri untuk berada di bawah naungan Allah tu, tak perlu dipaksa2.

Perenggan kedua, Syed Qutub kata lagi alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah yang telah mengurniakan kepadaku kenikmatan hidup di bawah naungan Al-Quran selama beberapa waktu, kat cni dia related dgn kehidupan Syed Qutub sendiri, Syed Qutub join IM sewaktu umurnya 4o lebih, Beliau satu universiti dengan Hasan Al-Banna kat universiti Kaherah ( bangga juga), beliau ni seorang yang bijak, sangat pandai, budak genius, tapi dia ni tak pro islam time dulu2, dia cam nampak kebaratn ckit, ade satu kata2 yang famous dia kata alangkah baiknya kalau semua org boleh bogel, bila dia keluarkan penyataan tu, org IM pun bisinglah, tapi Hassan Al-Banna tak layan pun terhadap penyataan dia tu, tapi beliau ada perassan bahawa Syed Qutub akan join IM juga nanti, pastu Syed Qutub dihantar ke Amerika untuk further study, pada satu hari, dia sakit, dia masuk hospital , satu hari dia bangun pagi, dia lihat ramai hospital tu cam ade party, orang jerit2 kegirangan, ucap tahniah pada masing2, sangat meriah, buat party, pastu beliau pun pelik, hari tu bukanlah Krismas atau ape2 pun, pastu, beliau tanya dengan salah seorang dari mereka, kenapa rase gembira sangat, ade buat party ape? Pastu dia tanye balik kat Syed Qutub, kamu tak tahu ke? Syed Qutub jawab tahu ape?, dia tanye balik betul, awak tak tahu? Ya, saye tak tahu, pastu org tu kata kami gembira sangat2 sebab Hasan Al-Banna dah mati kena tembak, pastu Syed Qutub peliklah, kenapa, ape benda yang best pun dengan Hasan Al-Banna ni, dia ni cuma kawan biasa je kat universiti dulu, satu negara, tapi ape yg best sangat dgn kematian Hasan Al-Banna ni, pastu dia buat kajian tentang gerakan IM ni, sampailah dia mengerti bahawa IM ni memberi ancaman kepada gerakan2 pembangkang yang lain ( orang kafir). Pastu, bila beliau dapat tahu ttg tu, dia kate, kenapalah dulu dia tak sedar ttg betapa pentingnya tarbiyah ni, dan beliau rasakan bahawa hidup dia sebelum tu x bermakna.

Itulah serba sedikit cerita tentang muqaddimah zilal, actually baru 2 perenggan, banyak lagi yang Syed Qutub tulis tentang muqaddimah ni dan sedikit cerita tentang Syed Qutub sendiri, sebenarnya nak ajak kawan2 sume, jom kita start bace buku2 fikrah, mungkin kita boleh tambah idola kita, selain Rasulullah S.A.W, dan tambahkan kefahaman kita dan kuatkan kefahaman kita bahawa tiada jalan lain lagi yang boleh dipilih melainkan inilah jalanku, hidupku dan matiku, same2 kita merasa nikmat kerehatan di syurga kelak, InsyaAllah, moga berjumpa lagi, assalamualaikum

Saturday, November 8, 2008

teori ikan masin

assalamualaikum...dah lame sebenarnya tak tulis ni, alhamdulillah hari ini Allah gerakkan hati untuk menulis, kuliah sambung semula untuk tahun dua, alhamdulillah semuanya baik setakat ni, cuma perlu berusaha banyak lagi untuk study sebab banyak sangat gerak 'gi jalan2'. Hari tu, Kak Hanim datang lagi kat Mesir, satu hari tu, Sakinah masak untuk dinner, lauk daging masak asam pedas, kuah sup dengan ikan masin, time makan tu makan kat dulang pastu kak hanim ceritalah pasal teori ikan masn, teori ni diambil daripada kak mis, kak mis kata, ikan walaupun hidup lame2 kat laut, ta masin jugak tapi bila dia dah mati kita letak ckit je garam pastu terus dia jadi masin, mula2 Kak Hanim suruh fikir, tak faham sangat, pastu Kak Hanim cakap macam hati kita, kalau hati kita ni hidup, kita isi dengan iman, kita sentiasa tazkiyatunnafs, kita rajin bersihkan dia, dia tak hitam, kita takkan mudah dipengaruhi dengan faktor luar, tapi kalau hati kita mati, kita selalu isi dengan benda jahat, kita tak selalu zikir ingat allah, senang sangat diri kita ni dipengaruhi, kita boleh rujuk Hadis 6, Imam Nawawi, dalam badan manusia ini ade seketul daging, yang mane kalau daging ni elok maka eloklah keseluruhan badan kita, tapi kalau busuk, maka burukklah keseluruhan badan kita, maka kita kena selalu bersihkan hati kita, nanti kita akan sentiasa ade rase untuk taqarrub kepada Allah, mudah-mudahan Allah pemudahkan kita dalam urusan seharian!

Wednesday, September 10, 2008




Assalamualaikum

Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah kerana masih lagi hidup di bumi Allah ini, walaupun hari ini rase tak sedap badan, tonsil bengkak, batuk2 dan selsema, kejap lagi demam. Alhamdulillah Ramadhan tiba lagi, dan sekali lagi kita perlu harungi madrasah Ramadhan ni dengan jayanya supaya kita tergolong dalam orang-orang yang rugi. Memang Allah dah janji dalam bulan Ramadhan ni setiap amalan yang kita buat berganda-ganda pahalanya. Mudah-mudahan Ramadhan kali ini kita tak sia-siakan setiap peluang yang Allah bagi, dan tidak ade siapa pemegang janji yang terbaik selain Allah, Allah confirm 100% bagi balasan yang setimpal dgn ape yang kita buat. Lihat surah Ali Imran ayat 9 yang bermaksud " Ya Tuhan kami, Engkaulah yang mengumpulkan manusia pada hari yang tidak ada keraguan padanya." Sungguh, Allah tidak menyalahi janji.

Thursday, August 28, 2008

Assalamualaikum…

Alhamdulillah, alhamdulillah alhamdulillah, setinggi kesyukuran kita rafa’kan kepada Allah S.W.T kerana roh kita masih pada jasadnya. Kita masih lagi dapat menghirup udara yang terdiri daripada oxygen, carbon dioxide, nitrogen dan gas nadir/gas adi yang ade macam2 kaler. Hmmm…unikkan kejadian Allah. Nikmat Allah tak ternilai harganya. Kalau time2 petang2 lepas Asar, dengar ikim.fm mesti ade lagu “alam yang indah, rahmat dariNya, sungguh mempesona, bersyukur padaNya, kecapi nikmatNya, berzikir padaNya, agar kau jadi hamba yang setia, lagu ni tak silap Sakinah, nyanyian Firdaus. Kalau kita lihat firman Allah dalam Surah Al-Hajj ayat 38 maksudnya: Sesungguhnya Allah membela orang yang beriman. Sungguh Allah tidak menyukai setiap orang yang berkhianat dan kufur nikmat.

Tadi mula-mula Sakinah cerita tentang roh masih pada jasadnya, teringat tentang arwah embah ( ni maksudnya nenek dalam bahasa Jawa) Sartinem dengan embah Patimah. Mereka baru sahaja berpindah ke alam lain sejak Sakinah balik Malaysia ni. Both of embah ni kawan baik embah Sakinah. Arwah embah Sartinem ni dia pandai mengurut, rumah embah ni takdelah jauh sangat dari rumah Sakinah, so, kalau mengalami lenguh2 sendi dan sebagainya, hehe…apa lagi ke rumah embah ni lah. Mase embah Sartinem meninggal, Sakinah pergi layat ( maksudnya gi tengok, lawat sebelum pengkebumian) kat rumahnya. Arwah tinggal seorang kat rumah, anak-anaknya semua kerja kat bandar. Arwah meninggal hari Ahad, dan kebuminya hari Isnin, tak ingat tarikh bila, tapi time tu Sakinah dah lebih kurang 2 minggu kat umah. Embah Sakinah selalu juga datang ke rumah embah Sartinem, petang-petang, borak2 dengan kawannya. Bila Sakinah bagitahu embah tentang embah Sartinem, dia nampak terkejut sebab dia tak sangka yang kawannya tu dah pergi. Umur embah Sartinem time meninggal tu 77 tahun sedangkan embah berumur 84 tahun sekarang. Abah pun sebelum ke pejabat di Putrajaya, abah pergi layat kejap, dan kami pula menyusul kemudian. Embah Sartinem meninggal dunia kerana sakit tua. Cerita arwah emabah Patimah pula, embah Patimah ni emak dan emak mertua kepada pasangan suami isteri yang kedua-duanya juga adalah cikgu Sakinah semasa sekolah rendah, iaitu Cikgu Azizah dan Cikgu Roslan. Sakinah sempat melawat embah Patimah di Hospital Banting bersama-sama dengan ibu dan embah. Embah Patimah dimasukkan ke dalam hospital kerana sakit lelah. Masa tu, Embah Patimah memerlukan bantuan bekalan oksigen untuk bernafas, dan tidak boleh bernafas tanpa bantuannya. Ibu Sakinah certia, selang beberapa hari dari tarikh kami melawat Embah Patimah, Embah Patimah dibawa pulang ke rumah dan masih memerlukan bekalan oksigen, anak2 embah Patimah kongsi duit beli tong oksigen yang sangat panjang. Tak silap Sakinah selang3-4 hari, embah Patimah meninggal dunia, tak tahulah ape yang terjadi, mungkin ade oxygen toxicity kot? Marilah kita same2 menyedekahkan Al-Fatihah buat arwah embah Patimah dan embah Sartinem moga2 mereka berdua tergolong dalam orang-orang yang Allah rahmati sentiasa. Dan ingatlah : Setiap yang bernyawa akan merasakan mati. Dan hanya pada hari Kiamat sajalah diberikan dengan sempurna balasanmu. Barang siapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, sungguh dia memeperoleh kemenangan. Kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang memperdaya (3:185). Persiapkanlah diri kita dengan amalan sebanyak mungkin, dan Allah takkan mempersiakan usaha kita untuk mendapatkan redha Allah dengan membalasnya dengan syurga. Wallahu’alam.
Assalamualaikum
Alhamdulillah, alhamdulillah alhamdulillah. Bersyukur kita kepada Allah S.W.T. kerana Allah masih memberi kita peluang untuk hidup, masih dapat menghirup udara yang segar, pembekalan oksigen yg sangat baik, menghindarkan diri kita daripada brain ischemia, selawat dan salam ke atas junjungan mulia nabi kita, Nabi Muhammad S.A.W yang sepatutnya kita tanam dalam diri kita bahawa baginda andalah cinta kedua kita selepas Allah. Memulakan kalimah alhamdulillah sebanyak 3 kali mengingatkan Sakinah dengan keadaan dalam Metro sebelum berangkat menuju destinasi seterusnya, seorang akan memulakan bacaan doa naik kenderaan dengan melafazkan lafaz puji-pujian kepada Allah S.W.T iaitu Subhanallah3x, Alhamdulillah3x, dan Allahuakbar3x dan kemudian dengan selawat serta bacaan doa.Manakala yang lain akan mengikut. Itulah sebenarnya rutin harian seorang hamba Allah, sentiasa berdoa dan berdoa, senjata bagi orang mukmin, semata-mata mengharapkan redha Allah mengiringi setipa perbuatan seharian. Hari ini, Allah masih memberi peluang untuk Sakinah menulis lagi. InsyaAllah hari ini kita cerita tentang jahiliyyah. Ape itu jahiliyyah? Kalau kita imbas lagi ttg zaman jahiliyyah yg berlaku sebelum nabi Muhammad S.A.W diutuskan:

Nabi Isa a.s diangkat ke langit ---------------- Kenabian Nabi Muhammad S.A.W
1 Masihi 610 tahun 610 Masihi

Zaman jahiliyyah berlaku dalam tempoh 610 tahun tu.

Kenabian Nabi Muhammad S.A.W ---------------- Sekarang
610 Masihi 1398 tahun 2008

Kalau jahiliyyah tu berlaku sebelum Kenabian nabi Muhammad S.A.W., kalau ikutkan logik akal kita, sekarang ni adalah zaman jahiliyyah dan amalan jahiliyyah tu lagi berleluasa, dan lagi teruk. Kalau kita tengok zaman nabi Musa a.s, setiap bayi lelaki yang dilahirkan akan dibunuh, dan zaman jahiliyyah dulu anak-anak perempuan ditanam hidup-hidup. Bandingkan dengan kehidupan sekarang, bayi yang dibuang tu melibatkan bayi lelaki dan bayi perempuan, kiranya zaman sekarang ni jahiliyyah semakin teruk. Kalau dulu semasa zaman Nabi Luth a.s, homoseks berleluasa, dan sekarang ni macam2 istilah yg ade seperti lesbian dan macam2 istilah yg pelik yang melanggar hukum Allah S.W.T. Kita boleh simpulkan bahawa zaman sekarang ni adalah zaman jahiliyyah dan jahiliyyah yang berlaku adalah2 lebih buruk.

Kita kembali balik kepada istilah jahiliyyah ni. Ape sebenarnya jahiliyyah ni? Kalau kita bukak balik buku teks Sejarah Form 4 yang kita belajar dulu tu, jahiliyyah ni maksud dia bodoh, tak berpengetahuan, tak tahu, jahil. Tapi kita perlu faham ape jahiliyyah yang sebenarnya, jahiliyyah bermaksud ape2 sahaja yang bertentangan dengan islam, ape2 sahaja. So memang banyak benda yang bertentangan dengan islam. Jadi secara tak langsung, hidup kita ni ade dua cabang sahaja iaitu jahiliyyah dan islam. Tak ade 3 jalan, hanya dua sahaja.

Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 208 yang bermaksud: ‘ Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam islam sepenuhnya dan janganlah kamu turut jejak-jejak langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu’

Pada ayat ni Allah suruh orang-orang beriman supaya masuk ke dalam islam sepenuhnya. Ape maksud islam, islam maksudnya cara hidup, tunduk dan patuh dengan apa yang disuruh oleh Allah dan tinggalkan apa yang dilarangnya. Islam juga bermaksud selamat, sejahtera, dan Allah suruh kita masuk kepada kesejahteraan tu secara sepenuhnya, bukan sebahagian sahaja, bukan suku bahagian sahaja tapi secara keseluruhan, kesemuanya.

Contohnya, kita merasakan bahawa diri kita ni seorang yang biasa sahaja, kita tak terlalu islamik dan kita juga bukan tergolong dalam orang yang buat maksiat, kiranya kita ni bukan baik sangat dan bukan jahat sangat, biasa2 sahaja. Tapi, tahukah kita bahawa sebenarnya golongan tersebut tak patut wujud kerana hanya ada dua jalan sahaja iaitu jalan kebaikan dan jalan kejahatan. Sebenarnya, golongan tersebut tergolong dalam orang-orang yang melakukan kejahatan kerana mereka ini apabila ade orang melakukan kejahatan, mereka hanya berdiam diri, berpeluk tubuh, tidak menegur kesilapan orang lain. Allah berfirman dalam Al-Quran tentang peristiwa Sabtu. Ape dia peristiwa Sabtu?
Dalam Surah Al-A’raf Allah menceritakan pada ayat 163-167
. Peristiwa Sabtu ni berlaku kepada Bani Israil di sebuah negeri, tak silap Sakinah semasa zaman nabi Musa a.s. Negeri ini terletak berhampiran dengan laut, jadi perkejaan utamanya adalah nelayan. Jadi, di negeri ini Hari Sabtu telah dikhususkan untuk hari beribadah. Dan Allah mengujikan mereka bila mana pada hari Sabtu, ikan2 timbul di permukaan air dengan sangat banyak sedangkan pada hari2 lain, ikan tidak begitu banyak seperti itu. Mereka geram sangat sebab hari-hari lain ikan tak banyak, tapi hari Sabtu tu ikan terlalu banyak, boleh pulak main2 kan permukaan air, jadi ade mereka yang langgar perintah Allah, dan mereka pergi menangkap ikan pada hari Sabtu. Dan rakyat di negeri tu terbahagi kepada 3 iaitu golongan yang melanggar perintah Allah dengan pergi menangkap ikan pada hari Sabtu, golongan yang menegur mereka yang melanggar perintah Allah dan golongan yang hanya berpeluk tubuh dan berdiam diri, tidak menegur. Dalam ayat 164 menceritakan tentang golongan yang berpeluk tubuh berkata kepada golongan yang menegur, mereka bertanya kenapa nak menegur juga sedangkan mereka tak berubah-ubah juga, tetap ke laut menagkap ikan pada hari Sabtu, mereka menjawab “agar kami mempunyai alas an kepada Tuhanmu dan agar mereka bertakwa” . Maksudnya kat sini, akan ade dua natijah, jika mereka tegur, mereka yang ingkar mungkin akan kembali beribadah pada hari Sabtu dan jika mereka tegur juga, mereka ade hujah, mereka ade alasan sekiranya Allah menyoal mereka di akhirat kelak. Dan setelah lame perkara tu berlarutan, maka Allah turunkan bala kepada mereka yang ingkar dengan menukarkan mereka kepada kera yang hina. Kat sini memang dah terang-terang Allah kata bahawa hanya ade 2 jalan sahaja sama ade ingkar perintah Allah atau patuh perintah Allah, itu sahaja jalannya.

Sekarang ni kita fikir, apa jahiliyyah yang ade dalam diri kita dan jahiliyyah yang ade di sekeliling kita. Ape jahiliyyah di sekeliling kita, hedonisme yang melampau, konsert bebas, anime, pergaulan bebas, Akademi Fantasia, Malaysian Idol dan macam-macam istilah lagi. Ape pula jahiliyyah yang ade dalam diri kita, riya’, takabbur, ujub, dengki, mengumpat, zina mata, zina hati, dan macam2 lagi.


Baik kita muhasabah diri kita semula. Kenape kita perlu sangat membuang sifat jahiliyyah yang ade?

Islam vs jahiliyyah

Dalam surah Muhammad ayat 1-3 Allah berfirman, maksudnya “ Orang-orang kafir serta menghalangi ( manusia) dari jalan Allah, Allah sia-siakan amalan mereka. Dan orang-orang yang beriman kepada Allah dan beramal soleh serta beriman dengan apa yang diturunkan kepada Nabi Muhammad dan itulah kebenaran dari Tuhan mereka, Allah mengampunkan dosa-dosa mereka dan memperbaiki keadaan mereka. Yang demikian itu kerana orang-orang kafir mengikuti perkara yang batil dan orang-orang yang beriman mengikuti kebenaran dari Tuhan mereka. Demikianlah Allah membuat perumpamaan-perumpamaan bagi manusia.


Dan Allah berfirman lagi “ Perumpamaan kedua golongan ( orang kafir dan mukmin), seperti orang buta dan tuli dengan orang yang dapat melihat dan dapat mendengar. Samakah kedua golongan itu? Maka tidakkah kamu mengambil pelajaran? (11:24)

Sebabnya, kalau kita berbalik kepada ayat bahawa kita hanya ade dua jalan sahaja iaitu islam atau jahiliyyah, dan kita relate kan dengan aqidah iaitu islam atau kafir!!!!

Ini dah melibatkan masalah aqidah, masalah pegangan agama kita, masalah tauhid kita, dan seperti yang kita tahu aqidah merupakan akar, kepada pembinaan ibadah dan seterusnya akhlak. Jika akar rapuh, maka ia akan memberi kesan kepada ibadah, akhlak, matlamat hidup, amalan dan sebagainya. Dan nauzubillahiminzalik, jika kita tidak membuang segala jahiliyyah maka kita tahu bahawa azab Allah akan menanti kita.

Marilah kita same2 berusaha untuk menghapuskan jahiliyyah yang ade, yakinilah bahawa pilihan yang satu lagi iaitu islam adalah yang terbaik.

Hadith Rasulullah S.A.W “ 3 perkara yang sesiapa memilikinya, maka dia memperolehi kemanisan iman: Al-Quran dan Rasulnya lebih dikasihi olehnya daripada selain keduanya, dan dia tidak mengasihi seseorang melainkan kerana Allah, dan dia benci untuk kembali kepada kufur sebagaimana dia benci untuk dilontarkan ke dalam api”

Allah berfirman: “ Hai orang-orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan apa yang tidak kamu perbuat? Amat besar kebencian di sisi Allah bahawa kamu mengatakan apa-apa yang tiada kamu kerjakan” (61:2-3)

Dan kita jadikan Al-Quran dan hadith sebagai panduan hidup dan yakinilah bahawa 2 sumber itu adalah paling, sangat terbaik untuk kita. Allah berfirman dalam surah Al-Kahfi maksudnya : “ Dan sesungguhnya Kami telah menjelaskan berulang-ulang kepada manusia dalam Al-Quran ini dengan bermacam-macam perumpamaan. Tetapi manusia adalah memang yang paling banyak membantah. Sebagai peringatan untuk sahabat-sahabiah dan diri yang terlalu alpa dengan dunia yang sementara, insyaAllah. Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.

Monday, August 25, 2008

mase......

Assalamualaikum
Wah, dah lebih kurang satu bulan setengah berada kat Mesia, dan diri ini rase semakin teruk. Mutabaah amal dah tak buat, serious dah tak buat! Memang teruk! Abah selalu pesan kita ni selalu buat dosa, tapi bila kita lapar kita dahaga, kita minum kita makan kita tapi kita lupa sape yg bagi kita makan dan minum, Allah yg bagi! Memang pun tak jage mase dengan baik, tak rancang mase tu dosa lah! MEMANG TERUK! Dah lah selalu kita bace surah Al-Asr tu tapi x faham2 jugak, x sedar2 jugak, agaknya Sakinah bace tu sebab ikut aturan majlis je, tak nak teringat pun nak doakan supaya kita ni tergolong dalam orang yg menjaga mase time bace surah tu. Dalam surah tu Allah berfirman:
﴿103:1﴾ وَالْعَصْرِِ
﴿103:2﴾ إِنَّ الْإِنسَانَ لَفِي خُسْر
﴿103:3﴾ إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ
Maksudnya: Demi masa, sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh serta berpesan-pesan untuk kebenaran dan berpesan-pesan untuk kesabaran
Dan Nabi pun dah bagi peringatan dah tentang 2 nikmat yang sentiasa manusia kufur kepadanya iaitu nikmat sihat dan nikmat masa lapang (Nikmataani maghbunun fihima kathirun min an-nas as-sihhatu wa al-fhagaru)
Kelakar betul, walaupun dah tahu ttg dua dalil yg sangat2 sahih ni, diri ini yg tersangat2 degil ni susah betul nak manfaatkan mase. Teruk3x! Tak patut buat cam ni!
Bila memikirkan benda ni, mulalah rase kelam- kabut, banyak lagi tak buat. Tulah! degil sangat Sakinah ni! taklifat yg husna bagi pun tak start lagi. Please lah Sakinah, kamu kena ubah diri kamu! Banyak lagi yg tak dibuat ni! Tolong, dan tolong dan tolong diri kamu!

Monday, July 28, 2008

tak tahulah....

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum...
Hari ni, 26 hari bulan, hari ni Sakinah start belaja keta, hari ni ade taklimat slama 5 jam, bayar RM 36, dapat buku. Taklimat tu patutnya dalam jadual start kol 8 pagi dan abes kol 2.30 petang, tapi start x punctual pun!, dalam kol 9.30 cam tu die start. Sakinah sampai dalm kol 7.30 pagi, before ibu gi sekolah, dia antar jap kat Tongkah dekat2 dgn Morib. Actually dlm hati sangat bimbang sebab kena buat relationship baru dgn org yg kita x kenal before this, tapi rupa-rupanya Amal pun join gak, alhamdulillah.Actually, die ade 2 taklimat, satu disampaikn oleh En. Mohd Bakri, dia sampaikn tentang ape matlamat JPJ hantar kami pergi dgr ceramah, ttg jenis2 lesen, istilah2 penting, papan tanda jalan raya, jenis kenderaan dan lesen tertentu dan banyak lagi. Best jugak, lagi satu dia sebutkan mane soalan2 famous kuar bile nak ujian comp nanti. Dia kata jumlah orang Malaysia mati dalam kemalangan adalah 6000 setahun, purata setiap hari lebih kurang dalam 16-17 sehari, dan skrg target JPJ mereka nak kurangkan dari 16-17 kepada 12 orang sehari. Hakikatnya, kematian ramai orang dalam kemalangan bawa kerugian besar kepada negara sebabyang mati tu kebanyakannya orang muda, remaja, yg sumenya keja beso2, engineer, doktor and so on, jadi menyebabkan negara kita rugilah, tu lah yang dikata oleh En. Bakri tu.

Ceramah yang kedua pulak disampaikan oleh En. Ong, orang Chinese yg fasih cakap Melayu, dia pun banyk cerita ttg soalan2 yg famous keluar, pastu dia cerita ttg sistem kejara, sitem kejara ni cam lesen yang kita ade tu ade merit ade markah sendiri, kita ade 10 markah bagi lesen kita, bile kita wat kesalahan, kena saman, markah kita tu akn dipotng, kesalahan tertentu ade markah sendiri yg perlu dipotong, kalu x letak abjad P depan belakang keta 10 markah kena tolak, dan lesen kita akn digantung, tapi proses digantung tu ade 3 kali, kalu dalam mase 5 tahun, contohnya kalu kita tak letak P kat dpn belkg keta, sekali kita kena gantung lesen, kalu kita ulang lagi, kena gantung lagi bila kali ketiga, lesen kita akn dibatalkn. Tapi bukan senang sebnrnya nak batal lesen org, kita wat kesalahan pun bukannya selalu, kalu tahun ni kita wat keslhn dan 3 tahun akn datg x wat dan 1 tahun lagi wat keslhn tetap lesen kita x digantung sebab kalau gantung tu hanya dlm mase5 tahun kalu kita wat kesalhn. Tu lah, baru faham cam mane!

Tapi bila time pegi tu, nampaklah dgn jelas cam mane keadaan syabab2 Islam Malaysia ni dari dekat lepas setahun dh tinggalkn Malaysia, cdih, cdih sangat2, baik pemuda mahupun pemudi, perangai semakin pelik, bila kat umah tu, tengok tv, pun rancangan dh pelik2, cam mane lah x tpengaruh syabab2 ni, tv, radio sume sangat bagi pengaruh kat Mesia, nak harapkan IKIM je susahlah cam ni, harap2 sangat ade orang Islam yg sedar, yg berkemampuan, yg boleh kuasai rangkaian televisyen Mesia, wat rancangan ttg Islam, ajak balik ke arah Allah. ADE YG BERANI SAHUT HARAPAN DAN CABARAN NI?

Sakinah baru je start bace ckit novel Advencer Si Peniup Ney, karangan Faisal Tehrani, dah lame dh buku ni, kisah ni ttg sekumpuln jin islam seramai 40 org menghrap mereka dipimpin oleh seorg manusia yg boleh membimbing mereka untuk mengislah balik masyarakat jin di negara Fantasia, Sakinah bace starting die pun rase malu sebabnya fikirkn golongan jin pun boleh fikir nak wat something untuk tarbiyah, padahal manusia ni cam manelah?masyarakat jin kat negara tu mereka dilanda dgn demam hedonisme, bace separuh pun rase cam sangat teruk keadaanya, same cam manusia jugak tau maybe lagi teruk. Kat Mesia, cabarannye cam tu lah, lain sgt drpd negara islam yg lain, especially org Melayu sendiri, kita ni x sedar lagi, nauzubillah kalu ade pihak nk serang negara kita!

Hiburan semakin menjadi2, semakin banyak teknologi yg dgali, n diteroka, semakin bertmbh kelalaian manusia, salah tu! Kita sepatutnya lagi bersyukur, gunakan dgn sebaiknya untuk tunjukkan kat org lain yg kita bangga dgn agama kita!

Semakin banyak lagi kemungkaran yg brlaku, semakin bertmbh kemurkaan Allah, kita perlu jadi sebahagian yg menegur dan bukan hanye pandang sahaja walaupun kita x join benda tu, kita hanye ade 2 jalan je sama ada jahiliyah atau islam, andainya kita memilih untuk hanya berpeluk tubuh, tu kiranya kita join jahiliyah lah sebab kita wat ape2 pun, cam hadis Nabi Muhammad S.A.W ade menyebut kalau kita ade kuase, kita ade jawatan kita kita boleh tegur sebab dalam islam kalau org yg berjwtn berkedudukn dan berpegang dgn islam ade kemampuan untuk tegur, kiranye hormatlah ckit, tapi yg ni kira wajiblah bagi org tu sebab die ade kedudukn, mesti dia tegur, tapi kalu kita x de jwtn kita tegur secara lisan, dan kalu kita rase kita tak mampu jugak maka kita benci perbuatn jahat tu dgn hati kita dan itu adlah selemah2 lemah iman.

Mudah-mudahan diri kita terhindar drpd sifat2 mazmumah dan marilah kita same2 sedar akn kesilapan diri kita dan sentiasa muhasabah diri, sentiasa fikirkn ttg nasib umat islam di negara lain, dan fikir ape sumbngan yg kita dah wat untuk islam, sekian sahaja, Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.

Friday, July 25, 2008

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh
Alhamdulillah, Sakinah dah 9 hari kat umah kat Mesia, setelah hampir setahun berada d negara org, alhmdulillah, segala puji hanyalah bagi Allah dgn result yg alhmdulillah, syukur, membuka peluang insyaAllah untuk berpuasa dan berhari Raya di Mesia. Setakat ni x gi mane2 lagi, dekat2 je, teman ibu ke bank, ke kedai, gi pasar, dan selebihnya duduk kat umah melayan karenah adik bongsu yg darjh 3 tu, hari ni hari Jumaat, dlm minggu nie, adik kata dia ade ujian di sekolah agama dan hari ni x de exam, mulalah kate peninglah, sakitlah, lenguh, konon2nye x nak dtg sekolah lah tu hehe... tapi memng betul pun suhu bdn die naik, Sakinah tolong urut kepalanya biar dia lega ckit, adik2.......tapi memng die sgt penat, pg sek keb, ptg pulak sek agama, tp biselah Sakinah dn 2 adk yg lain pun dulu2 cm tu jugk pent, kdg2 culas jugak nk g sek agama, hehe.... zmn muda2 dulu...tp suruh jugak die g sek, kjp je dik, pujuk die, lepas mkn panadol dn beklkn die air, adik ni ade tonsil same cm Sakinh dgn adik permpuan sorg lagi, symptom yg dialami before fever adlh sore throat, hehe.... palatine tonsil, bangga gak time blaja histo hari tu ttg tonsil hehe....

Hari ni jugak Sakinah baru habeskn bace buku novel Salju Sakinah karangan Zaid Akhtar, haha...akhirnye ade jugak novel yg abes dibace, Sakinah suka bace, tapi kalu untuk novel, Sakinah tunggu betul2 ade klpngn baru boleh, memang Sakinah sush ckit dgn novel, walaupun sehebat mane pun author Sakinah akn tunggu jugak bile betul2 free, contohnye time after exm dn result pun dh kuar, but before balik Mesia, Husna dh bagi taklifat untuk bace buku sekian2...pastu hafal hadis 1-10.....pastu kena mashi juz amma...dgn ustzh Iffat pun ustzh suruh hafal Surah Al Baqarah ikut makhraj dn tajwid yg tkh dibetulkn,.....banyk lagi kena buat ni! Sakinah x susun lg jadualnya! ish2 malasnye lah! Nilah yg Sakinah takut sangat, kan ade hadis nabi tentg 2 nikmat yg selalu sgt manusia ni x syukur iaitu nikmat chat dgn nikmat mase lapang, ni satu penyakit yg sgt berleluasa dlm diri Sakinah, patut dibuang jauh2, Ya Allah, tolonglah jauhkn aku drpd sifat mazmumah itu, amiin!

Semalam Sakinah tengok konsert keenam kalu x silap Akademi Nasyid, dia ulang siarannnya. Kat Mesir, Sakinah hanye dpt tahu ttg program baru ni, dlm hati rase seronok sebab memang Sakinah gila sangat nasyid hehe..bestnyalah tapi bila dapat tahu yang ade peserta perempuan, alamak! ape ni x bestnya. Entahlah, programnya dah sangat baik2, sangat bagus tapi ade ckit kecacatn yg mungkin org lain nmpak benda tu biase je, kita sume tahu, pada asalnya suare perempuan bukn aurat, mcm suare tu dbenrkn dlm proses pmbelajaran tapi bila nk menghiburkn org lain tu dh salahlah, dh jadi haram, niat x menghalalkn cara, niat tu dh betul, tapi cara dia tu ade ckit sumbang, x bestlah!Sape agaknya antara kita nak turun dm bidg seni dn explain ttg benda ni? Masyarakat kite semakin pelik, kalau x de perempuan dlm satu progrm tv tu mereka x nak tengok, perempuan adlh aset penting untuk lariskn satu benda, Ya Allah, cm perempuan dh x de maruah, bile dh set pemikirn macm tu, memeng teruklah pemudi2, semakin seronok nampaknya dgn maksiat yg dilakukn, Ya Allah, kita ni malaysian, kita adlh org islam n kita sepatutnya sgt peka dgn masalah ni, we have to do something, we have to be worried kalau kita x de usaha langsung untuk tegur, Nauzubillah Allah akan turunkn bala kat kita, cam tsunami dulu, sume org kena, yg nmpk alim pun x terlepas, tp Allah Maha Adil, Allah akn selmtkn org2 yg tolong agamanya, Allah x kan biar dia jadi mangsa same, dengan syarat dia dah buat mara maaruf nahi munkar tu!

Mudah-mudahan kita masih diberi peluang oleh Allah untuk jadi soldierNya, and once we get this opportunity we have to grab it, kita cuba dulu, jadi tentera Allahni memang susah, sape cakap jln dakwah ni senang, kita ikut role model yg terbaik sekali, nabi kita sendiri, Nabi Muhammad S.A.W, nabi dia buat dulu tugas dia, nabi x kisah ape org kata, dan nabi sgt yakin dgn pertolongn Allah akn dtg kemudian. Kita ade Allah, Allah x kan biarkn agamanya, Allah x rugi tapi kita yg rugi kalau Allah dah tawarkn peluang nak jadi tenteraNya tapi kita wat selamba je, kemenangn islam dh confirm, so kita x kan rugi pun kalau kita join sekali, mudh-mudhn kita semakin peka dgn ape yg berlaku d sekeliling kita, dn kita menjadi penggerak untuk tegakkan kebenaran, tu je, Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.

Friday, July 18, 2008

Mawlay
Mawlaya Ya Mawlay
Mawlaya Ya Mawlay
Mawlaya Ya Mawlaya
Mawlaya Ya Mawlaya
Mawlay
Mawlaya Inni Sairun
Lid Dini Hatman Sairun
Fal Qudsu Sohat Ghadirun
Adma Fuadit Thohiru
Wa Nida'ul Aqsa Bkani
Fajra Wijdani
Wa Dhomirul Ummati Ya Rabbi
Mata Bila Jani
Mujrimun Qolu Li Anni
Arfudhuz Dzullal Kabir
Arfudhul 'Isya Bisumtin
Dhommahul Qahrul Marir
Falyaqulu Ma Yaqulu
Anta Man Arju Ridhoh
Anta Man Ta'lamu Anni
Laka Arkhastul Hayah
Ya Man Ruwait, Bi Dimaika Asyjaral 'Izzati Wal Intisar
In Yasriquka Min Tarikhina, Lan Yanzi'uka Min Sudurina
Ya Syahid Ya Syahid Ya Syahid---------------------------------------------------------------

Terjemahan Oleh : WEWR Entertainment **
Tuanku Oh Tuanku (Untuk Tuhan)
Tuanku sesungguhnya aku adalah musafir
Demi agama aku pasti adalah musafir
Maka Al-Quds memanggil untuk berangkat
Melembutkan hatiku dengan kesucian
Dan panggilan Al-Aqsa membuatkanku menangis
Membangkitkan kewujudanku
Dan diri ummatku wahai Tuhanku
Mati tanpa pembunuhnya
Penjenayah mengatakan kerana aku
Menolak penghinaan yang besar
Menolak hidup berdiam diri
Gabung paksa melewatinya
Maka biarlah mereka mengatakan apa yang mereka kata
Engkaulah yang aku harap keredhaan
Engkaulah yang mengetahui bahawa aku
Demi-Mu aku gadaikan nyawa
Wahai yang diriwayatkan, dengan darahmu
Bertumbuhlah kemuliaan dan kemenangan
Jika mereka mencurimu daripada sejarah kita
Tidak sekali-kali dapat mereka cabut daripada dada-dada kita.
Wahai Syahid (3x)

alhamdulillah........

Assalamualaikum, alhamdulillah sekarang Sakinah kat Malaysia, Ya Allah, perasaan rindu yang amat2 pada family kini terubat. Hanya Allah yang tahu betapa seronok, riang, gembira, sukacita dimaklumkn Allah beri peluang yg cukup bermakna pada tahun ni. Ya Allah, terima kasih banyak23x, terima kasih bagi peluang kat hambamu ini nak jumpa family. Rase terharu, cdih pun terpamer sebab.....cam tak tahu nak cakap macam mane. Kalau ade orang lain tunaikan hajat kita, mesti kita seronokkan?. bila Allah tunaikan hajat kita tak kiralah sekecik2 perkara hingga sebesar2 perkara bersyukur dn bersyukur dn bersyukur.

Rasanye tanggungjawab Sakinah semakin besar, dah kena jadi matured ckit, adik2 makin besar.
Jadi anak sulung ni memang role model terdekat adik2. Adik beradik sume lain2 perangai.

Bawah Sakinah, Ahmad Faiz, form 5, SMAPL, ketua pelajar, cbuk sangat, adik Sakinah yang Allah kurniakan kepintaran, suka hafazan, minat khat suara sedap, join nasyid, sangat berkaliber, genius, lama yong x jumpa, yong rindu, x pilih karier yang terbaik untuk dirinya lagi, tak kisah pun dia nak jadi apa, tapi pilihan terdekat yg dia ade adlh medic, takpelah abang yong doakan yg terbaik untuk abang, buat elok2 SPM, Yong doakan abang dapat 11A, Amiin Ya Rabbi.

Lepas tu Solehah, form 1, kat SMAPL jugak, yong dengar prestasi adik x berapa baik kat sekolah, adik nak berjaya kan? adik kena usaha, memang susah nak berjaya dik, tapi bila dah berjaya nanti jadi manis, adik ade kerjaya yang bagus, x susahkn orang lain bila besar nanti yong tahu adik boleh baiki , adik buat yang terbaik ye akhir tahun ni, sejarah tu x susah kalau adik rajin, adik jgn main banyak sgt, study tu penting sangat, tentang liquidpaper tu biarlah dik, orang nak cakap ape, aslkan adik x buat jahat x pe, Allah tahu dik, Allah tu Maha Adil, yong doa selalu kat Allah supaya Allah mudahkan adik belajar, senang dapat ilmu, mungkin jugak adik x biasa dengan sistem sbp, sume student sume pandai2, adik kena compete dengan orang lain, betulkan niat adik blaja kerana Allah dik, cerah hidup dunia akhirat, sume orang risaukn adik, adik kena buat betul2 untuk exam akhir tahun dan sterusnya, skrg ang adik blaja x susah ade yang lagi susah drpd tu, yong bukan ape, ilmu tu penting dik, x de ilmu susahlah, kita bukan orang senang, adik baiki diri adik ye,sementara yong ade kat Malaysia InsyaAllah yong akn pantau adik, yong sayang adik.

Yang last ni Sofiah, darjah 3, manja ckit dia ni, time yong balik hari tuh, yong nampak adik dh tinggi, dh besar adik, adik pun same kena usaha lebih jugak, adik nak berjaya x boleh main2, adik x nak masuk asrama ke macam yong, abang, dengan kak leha? yong doa kat Allah biar Allah lembutkn hati adik, hati x keras, senang terima pelajaran, yong sayang adik, jangan nakal2 ye, jgn banyak main sangat.

Ya Allah,betapa aku bersyukur kepadamu kerana aku memepunyai adik-beradik sendiri, nak bandingkn orang lain, ade yang x de adik-beradik, sorang2 je, Ya Allah, kuatkanlah aku Ya Allah untuk membimbing adik-adikku, betapa aku menyayangi mereka, dan mengasihi mereka, Ya Allah, tolonglah aku untuk memerhatikan mereka, aku jauh dari mereka Ya Allah, tolonglah jaga keselamatan mereka, chatkanlah tubuh badan mereka, kuatkanlah ingatan mereka dalam pelajaran, bantulah mereka dlm stiap masalah yang mereka hadapi, Ya Allah, betapa aku merindui mereka, sangat100x merindui mereka, Ya Allah berkanlah apa yang terbaik untuk adik-adikku ini Ya Allah, Ya Allah aku berserah padamu, kuatkanlah aku, yakinkanlah aku, bantulah aku Ya Allah,