Skinpress Demo Rss

Thursday, December 10, 2009

Sahabat Perjuangan

Pertemuan kita kali ini
Bukan sekadar kawan lama tak jumpa
Tapi kita bertemu ada satu makna
Kita punya satu perjuangan

Andai ada kasih antara kita
Kita kembalikan kepada Yang Esa
Agar ia suci tulus dan ikhlas
Semoga Alloh memberkati

Sambutlah tangan sahabat saudaramu
Pimpinlah ia melangkah bersama
Satukan hati kita teguhkan ia
Berdiri bersama untuk kebenaran

Reff:
Perjuangan itu artinya berkorban
Berkorban itu artinya terkorban
Janganlah gentar untuk berjuang
Demi agama dan bangsa
Inilah jalan kita

Saturday, November 28, 2009


Assalamualaikum,
sudah lama tidak update blog, masih hidup, masih bernyawa, masih dapat makan, masih ada tempat tinggal, masih dapat hirup oksigen, masih sihat untuk terus wakafkan diri kepada Allah, alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.

Dah Raya Haji dah pun, hari ni, ditaklifkan untuk menolong Kak Shaie bersama Nusaibah bawah ajk sambutan dan dewan untuk Program Raya Haji PERUBATAN. Penat juga, start dari malam semalam lagi, menyapu, mop lantai, susun barang. Sampai tertidur semua. Tapi alhamdulillah, kalau kita dah biasa niatkan setiap amalan kita kerana Allah, tak akan menjadi masalah langsung,kita takkan susah pun, kita takkan rasa benda tu buang masa pun, insyaAllah apa2 yang kita buat confirm akan dapat redha Allah, akan dapat sayang Allah.


Semasa program tadi, lepas hantar 2 VIP kat tingkat atas Arma, semasa nak turun tangga, saya terdengar, ada orang berkata, " Wah, ni tingkat VIP!!!", pastu ada orang lain pula bertanya,
" Bila kita nak jadi VIP?".

Saya mula terfikir, haah! betullah, bila ya kita nak jadi VIP?, boleh ke saya nak jadi VIP? , saya mula fikir, nak jadi VIP dunia atau VIP akhirat?.






Rasa2nya apa ya ciri2 VIP dunia?

1) Perlukan wang yang banyak
2) Perlu ada jawatan2 yang tinggi
3) Perlu kerja sungguh2
4) Perlu ada kereta besar
5)......


Rasanya, semua orang tahu, apa ciri2 yang kita perlukan, untuk menjadi VIP di dunia.
Tapi rasanya kalau VIP akhirat apa ya ciri-cirinya?

1) Kena fastabiqul khairat
2) Kena niat kerana Allah setiap masa dan setiap perbuatan kita
3) Kena ada sifat mahmudah
4) Kena ada hati yang bersih, putih
5)........

Rasanya, kita semua pun tahu bagaimana ciri2 VIP akhirat.

Bayangkan, kalau VIP di dunia bagaimana, kalau dalam program tu, kalau makan2 mesti makanan dia best2, taklah cikai2 macam orang2 biasa, pastu alat2 untuk makan pun mestilah daripada kaca, sudu dia bukan sudu plastik, sudu cantik, siap ade kerawang2 lagi, alas meja dia superb, semua cam hebatlah.

Bestnya, kita dilayan first class, semua orang baik je cakap dengan kita, tak marah2 kita, nak ape2 cakap je dekat orang2 yang layan kita.

Tapi kan, lagilah best kalau kita dapat dan mampu menjadi VIP di akhirat, bayangkan di syurga tu, bidadari2 di sekeliling kita, dia suapkan makanan, dia pakaikan baju, dahlah cantik pulak tu, boleh jumpa nabi (Rindunya!!!), boleh jumpa Umar (saya suka sangat Umar), boleh jumpa 10 sahabat yang dijanjikan syurga, dapat jumpa Allah, Allah bagi salam kat kita (36:58), Allah tegur kita tiap2 hari, Allah kata semua ni adalah exclusively untuk kita setelah kita berpenat2, bersusah2, bermati-matian, membuat amalan yang hanya niatkan kepada Allah sahaja. Kan best kan jadi VIP yang ni, bestnya, hebatnya, bertuahnya kita, kagumnya kita, untungnya orang tu kalau diri dia tergolong dalam VIP yang ni, Allah sayang sangat orang ni, Allah cinta sangat orang ni, tak nak ke kita tergolong dalam orang ni, tak nak kita berlumba2 untuk menjadi VIP akhirat, Allah kata, hanya tunggu kita sahaja, kita yang kena usaha untuk dapatkannya.

Manusia ini tidak sempurna, kita semua otw kepada kesempurnaan, harapnya Allah selalu membimbing kita, amiin!

Thursday, November 19, 2009

Nak jadi budak biasa2 je...








Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah, Allah masih panjangkan usia kita semua, kapasiti akal semakin bertambah, kapasiti perut semakin bertambah, insyaAllah, kapasiti hati insyaAllah bertambah juga.


Tiba2, hari ini rindu sekolah lama. Bagi saya, kenangan bersama kawan2 kurang, rasa rugi, rugi sangat 5 tahun tu, hanya suka belajar, buka buku twenty four seven, bila riadah buka buku, bila hari sukan buka buku, bila ada program kat DSB, mesti buka buku, masa tu, seronok study, macam dahaga sangat dengan ilmu, tapi sebenarnya hanya untuk dapatkan result yang bagus dalam setiap exam.






Ruginya 5 tahun tu, masa tu, perasaan hati, nak baik sendiri2 sahaja, tak nak terlalu ekstrem sampai jadi Badan Dakwah dan Kepimpinan atau pun terlalu nakal seperti suka rebel dengan undang2 sekolah. Nak jadi budak yang biasa2 je. Sebab nanti boleh belajar banyak2, boleh baca buku pelajaran banyak.

Masa tu, rasa seronok je, berada dalam alam sendiri, tak campur sangat dengan orang.

Tapi, bila sekarang, sudah tersepak dengan batu 'D' & 'T', saya menyedari bahawa kita tak boleh baik sorang saje, kita tak boleh jadi antara muslim biasa2, kita perlu pilih antara terlalu ekstrem dan langsung takde kena mengena, kita perlu pilih sama ada jahiliyyah atau islam, kita tak boleh jadi muslim biasa2.
Mata saya terbuka bila saya tahu saya kena tinggalkan jahiliyyah, bila saya tahu saya kena tinggalkan jahiliyyah saya rasa sedih, sedih sangat, apa yang saya masa di sekolah selama 5 tahun malah tahun2 sebelum tu adalah sia2, sangat2 rugi, sedihnya, penatnya, tak gunanya, saya tak tahu adakah niat saya belajar semasa tu, diterima Allah atau tidak.

Semasa saya tingkatan 5, saya dilantik menjadi Setiausaha Badan Dakwah Dan Kepimpinan, sepanjang saya memegang tugas tu, saya tidak pernah sekalipun berdiri di hadapan musolla untuk memberikan tazkirah, saya hanya fikir tugas saya sebagai setiausaha sahaja, tidak lebih daripada itu, asalkan kerja saya siap, sudahlah. Saya terlalu memikirkan, budak2 puteri akan cakap "poyolah kakak ni", "akak ni lebih2 pulak".

Bila sekarang ni, saya rasa selama hidup saya tu, saya mendapat senarai bil hutang, saya baru tahu bahawa saya benar2 rugi.

Tapi sekarang ni, saya nak bayar balik hutang saya, saya tak mahu ada hutang lagi, saya tak mahu rugi lagi, saya kena bayar semula hutang2 saya, saya kena banyak buat benda yang menguntungkan saya dan juga orang lain. Tolong doakan saya dan sahabat2 lain!
















Tuesday, October 27, 2009

Ubat pelangsing Sendayu xxxx




Mari kita lihat ubat pelangsing keluaran Sendayu xxxx, punyalah ramai stockist, ramai promoter yang mempromote menyatakan bahawa ubat pelangsing itu memang berkesan. Tetapi, adakah hanya cukup dengan sekadar menunjukkan botol ubat, tanpa menguji terlebih dahulu? Maka adalah seseorang yang terpengaruh, sudah lama mengidamkan bentuk badan yang langsing, sudah lama menderita, kerana diejek oleh rakan2 kerana berbadan buah epal, maka pergilah sesorang itu ke syarikat Sendayu xxxx, untuk mencuba produk itu.

Maka, gambar sebelum kurus diambil.




Setelah berbulan2 menggunakan produk itu, maka ternyata ubat itu berkesan, alangkah gembiranya hati seseorang, bukan sahaja badan kurus, tetapi terkenal pula kerana dirinya dijadikan sebagai model iklan ubat pelangsing Sendayu xxxx.


Dalam iklan itu, siap ada gambar seseorang sebelum dan selepas menggunakan produk itu, siap ada no. telefon seseorang lagi, bimbang kalau2 ada orang lain tidak percaya maka boleh terus menghubungi seseorang, supaya tiada ragu, tiada bimbang dengan ubat pelangsing Sendayu xxxx

Itulah shahadatul haq, bagaimana seseorang itu menjadi penyaksian kepada kebenaran ubat pelangsing Sendayu xxxx, betapa seseorang amat yakin dengan kebenaran, kemujaraban ubat pelangsing itu dan dia mahu sampaikan pada orang lain bahawa ubat itu benar,ubat itu mujarab, ubat itu sangat bagus.

Apabila dikaitkan dengan Shahadatul Haq, bahawa sesorang islam itu menjadi saksi bahawa islam itu adalah benar, adalah agama yang dapat menyelamatkan hidup kita, maka kita juga perlu cerita pada orang lain bahawa agama ini benar, bahawa agama ini agama yang bagus.

Mari kita lihat manual kita (2:143), bahawa Allah mengatakan bahawa kita adalah umat pertengahan. Maksudnya, kita adalah perantara antara Rasul kita dan juga manusia lain. Nabi Muhammad S.A.W telah pun menjadi perantara antara Allah dan kita, iaitu Rasulullah S.A.W telah pun menjadi saksi bahawa islam itu benar, dan kita adalah antara orang yang Allah telah pilih untuk menerima hidayah itu, dan kini baginda telah tiada maka kita pula yang perlu menyampaikan penyaksian kebenaran itu kepada manusia lain pula. Wallahualam.







Friday, October 23, 2009

nama dia hiday...





Tuhan...
lama aku gelintar
cari arah cahaya
menerangi gelita
Tuhan....indahnya hidayah Mu
sinari ruang kalbu
luruh airmata ku
mensyukuri nikmat Mu

c/oooo...
Tuhan
pimpinlah hati ini
utk ku menghayati
ooo... petunjuk Mu
walau diuji kesabaranku
juga keimananku
tidak tercabar keyakinan ku
pada janji-janji Mu
tetap bersujud di hadapan Mu
merayu cinta Mu
seluruh jiwa aku serahkan hanyalah utk Mu
betapa ku bersyukur dengan hidayah yg Engkau berikan
semoga selamanya aku kekal di jalan Mu

Bismillahirrahmanirrahim, alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang sentiasa melimpahkan nikmat kepada diri ini, masih sihat, masih boleh beribadah, Ya Allah aku bermohon padamu bukakanlah hati kedua ibu bapaku dan adikku Ahmad Faiz, Solehah dan Sofiah untuk memahami islam yang sebenarnya, rindu pada mereka kini dirasai, hanya Allah sahaja yang ku harapkan untuk menjaga kehidupan dan amalan mereka seharian selama mana mereka menjadi tamu di bumi Allah ini.

Terjumpa ayat Quran ni dalam buku Himpunan Risalah Imam Hasan Al-Banna dalam tajuk Dakwatuna, kelakar juga, sepatutnya, jumpa dalam Quran, tapi jumpa dalam buku pula, betapa lemahnya aku dalam tadabbur Al-Quran, maafkan diri ini Ya Allah, akan kuperbaiki lagi amalan ini. InsyaAllah semua boleh buka manual kita, ayat ni bermaksud, " Sesungguhnya engkau tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya ia menerima islam), tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya". (Al-Qasas:56)









Ayat ni memujuk diriku, betul2, memang betul pun, kita ibarat penjual pisang goreng, tanggungjawab kita hanyalah mahu melariskan pisang goreng yang kita jual, orang ramai membeli alhamdulillah, hasil yang diterima dapat juga dijadikan untuk modal jualan seterusnya, begitulah juga kita apabila kita mahu menawarkan islam kepada orang lain, kita hanya mampu bercerita, kita hanya mampu share, kita hanya mampu qhadhaya, kita hanya mampu dengar curhat, tapi tak semestinya orang yang berurusan dengan kita itu tersentuh, mungkin begitu banyak sebab kenapa pembelian itu terhenti di tengah jalan, mungkin diri ini masih kurang untuk belajar BAGAIMANA MENYENTUH HATI pembeli2, mungkin masih belum belajar bagaimana menjadi PELEMBUT HATI. Masih banyak kekurangan diri ini, Ya Allah, kuatkanlah diri ini, ku berharap Kau masih memilih aku untuk menjadi salah seorang agen yang penjual yang menawarkan agamaMu.

Sunday, October 18, 2009

bestnya hari jadi kita!















Alhamdulillah, hari ini, Allah masih lagi memanjangkan usiaku, hari ini masih dapat lagi berjumpa dengan teman2 seperjuangan, menyambung pengajian untuk tahun ketiga perubatan di Kasr El-Ainy Medical School, dah masuk minggu ketiga sekolah, semakin banyak yang dipelajari, dari hari ke hari, moga Allah permudahkan urusan kita sehari-harian. Moga Allah sentiasa memilih kita, menjadi senarai 'yang dikehendaki' oleh Allah untuk mendukung tugas 2:30 dan 51:56. Allah berfirman, "Allah memilih para utusan (Nya) dari malaikat dan dari manusia. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, Maha Melihat".(22:75)







Selamat Hari Lahir kepada sahabat yang mempunyai sama nama denganku, hari ini, masa kat sekolah, semua orang mengucapkan pelbagai ucapan selamat kepadanya, alhamdulillah Allah masih memanjangkan usia dia dan kita semua untuk kekal hidup hingga hari ini.










Bila memikirkan hari jadi kawan, teringat kita tentang sepanjang hidup kita ini, setelah hidup di bumi Allah selama 19 tahun atau 20 tahun atau 21 tahun ni, adakah sepanjang hidup kita itu, kita memang betul2 beriman kepada Allah? Adakah sepanjang hidup kita itu kita bermanfaat untuk diri kita dan juga orang lain? Bagi saya, saya sendiri mengaku bahawa hidup yang betul2 beriman kepada Allah baru sahaja bermula, rasa rugi sangat sebab berbelas2 tahun hidup tapi tidak betul2 menghambakan diri kpd Allah, rasa rugi, terlampau rugi, padahal banyak sangat perkara2 yang membasahkan hati yang kita boleh buat sepanjang berbelas2 tahun yang kerugian itu. Kalau Syed Qutb, kehidupan dia bermula ketika usia beliau 40 tahun. Bayangkan, 40 tahun lama sangat, sangat rugi kalau kita tak bermanfaat dalam jangka masa 40 tahun itu. Betapa Allah mahukan Syed Qutb tersepak dengan batu dakwah dan tarbiyyah, sehinggakan Allah panjangkan usia beliau sampailah beliau berumur 40 tahun, beliau tersepak dengan batu D&T, selepas itu baru meninggalkan alam ini.



Itu kisah Syed Qutb, kisah orang yang sudah tiada tapi bagaimana kita? Adakah kita sudah bersedia dengan mati yang pasti? Kadang2 kita suka melebihkan yang tidak pasti daripada yang pasti. Banyak saja contoh yang tak pasti tu, rasanya semua orang boleh mengagak apa benda yang tak pasti yang dia lebih utamakan, membaca buku medic lebih diutamakan daripada baca Quran, atau apa sahaja yang berkaitan. Kita tiada persediaan untuk benda yang pasti. Moga Allah membuka hati kita,berikan kita hidayah supaya nampak jalan lurus yang menuju kepada Allah. Semoga entry kali ini bermanfaat kepada semua, amiin. Allah berfirman," Setiap yang bernyawa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan. Dan kamu akan dikembalikan hanya kepada Kami" (21:35)

Friday, October 16, 2009

Keimanan

Keimanan
"Shaffix"

Andai matahari di tangan kananku
takkan mampu mengubah yakinku
terpatri dan takkan terbeli dalam lubuk hati

Bilakah rembulan di tangan kiriku
takkan sanggup mengganti imanku
jiwa dan raga ini apapun adanya

Andaikan seribu siksaan
terus melambai-lambaikan derita yang mendalam
seujung rambut pun,
aku takkan bimbang
jalan ini yang kutempuh

Bilakah ajal kan menjelang
jemput rindu-rindu syahid yang penuh kenikmatan
cintaku hanya untuk-Mu
tetapkan muslimku selalu

Thursday, October 1, 2009

Misteri Shalat Subuh



Diriwayatkan Imam Malik Rahimahullahdalam kitab Al-Muwaththa' bahwa pada suatu Subuh, Umar Al-Khattab r.a tidak mendapati Sulaiman bin Hatsmah r.a. Sehari saja! Paginya Umar bin Khattab pergi ke pasa,sementara rumah Sulaiman r.a terletak antara pasar dan Masjid Nabawi.




Umar bertemu dengan Asy-Syifa',ibunda Sulaiman r.a. Ia pun bertanya kepadanya,"Saya tidak melihat Sulaiman tadi pada saat shalat Subuh?"Lalu ia menjawab, "Dia shalat malam lalu ia tertidur pada pagi harinya." Lalu Umar berkata, "Sungguh, ikut serta dalam shalat Subuh berjamaah itu lebih baik bagi saya dari pada shalat malam."




Pengangkatan Umar bin Al-Khattab r.a menjadi Amirul Mukminin setelah AbuBakarAs-Siddiq r.a, juga terjadi setelah shalat Subuh di Masjid Nabawi.Abu Bakar meninggal sore hari dan dimakamkan di waktu yang sama.Besok harinya,setelah shalatSubuh,Umar dilantik menjadi khalifah.




Ini artinya,pembesar-pembesar negara, pejabat pemerintahan, para menterinya dan Ahlul Halli wal 'Aqdi', dan orang2 yang berperanan dalam pengambilan keputusan penting, melaksanakan subuh berjemaah.




Mereka menjadikan waktu Subuh sebagai waktu untuk menentukan keputusan2 yang sangat penting. Tentunya, keputusan2 mereka begitu pas dan bijaksana. Keputusan mereka ditetapkan di rumah Allah, setelah shalat Subuh,pada saat yang diberkahi, dan ditetapkan oleh orang2 yang sedang berwudhu'. Lalu, bagaimana mungkin keputusan yang keluar tidak tepat?




Dipetik drpd buku Misteri Shalat Subuh oleh Dr. Raghib As-Sirjani.





Tujuan tulis entry kali ini adalah nak promote buku ni, seronok sangat buku ni, dia kupas pasal solat Subuh, pasal beza antara orang beriman dengan orang munafik, as daie,we should have and read this book, kalau kita lihat solat Subuh adalah solat fardhu, solat yang wajib kita buat tiap2 hari, kadang2 kita memandang remeh dengan solat 2 rakaat tu, kita kadang2 kurang menjaga solat tu, sebagai daie, selain mutabaah dakwah, bagaimana pula mutabaah amal kita, dalam ni dia ada juga cerita pengalaman penulis, banyak diselitkan pasal hadis, banyak hadis yang tak pernah dengar, dan sesuai untuk jadi bahan kuliah subuh untuk mabit, kadang2 kita melebih2 kan perkara sunat drpd perkara wajib, sedangkan yang wajib itu yang sepatutnya didahulukan, ada juga cerita tentang pandangan salafussalih tentang kepentingan solat ini, jadi kita kan mahu contohi sahabat2 nabi jadi, salah satunya kita tahu apa pandangan mereka tentang kepentingan solat ini, insyaAllah bermanfaat, boleh jadi bahan untuk tarbiyah zatiyah, insyaAllah, assalamualaikum.










Thursday, September 10, 2009

Moga Allah kuatkan diri kita...

Assalamualaikum, alhamdulillah kita sekarang berada dalam fatrah Ramadhan, 3rd stage, alhamdulillah kita masih lagi hidup, untuk tambahkan ibadah kita lagi.

Nak kongsi satu cerita, hari tu, kena hantar adik yang paling kecik pergi kelas Kumon ( belajar maths dgn cekap), lepas je adik balik dari sekolah agama petang terus pergi, buka puasa kat luar, lepas tu solat dan kemudian, hantar dia pergi kelas, dan ana, abah, dgn ibu kena pergi pasaraya kejap sebab nak barang2 adik no 2 yg nak fly ke mesir tak lama lagi. Bila tengah2 sibuk2 nak membeli tu, ibu ada nampak seorang wak ni, dia orang indon, tahun lepas dia yang renovatekan rumah, tak sangka pulak boleh jumpa, bukan kebetulan, perancangan Allah yang terbaik, dia bawak 2 orang anak dia, sorang lelaki, dah kerja dan sorang lagi perempuan, darjah 3. Ibu hulurkan duit 10 ringgit kat adik perempuan tu, sambil borak2 cerita, bertanya khabar.

On the way nak balik, ibu borak dgn abah cerita balik pasal wak tu, keadaan dia, abah kata wak tu hardworking, nak besarkan anak2, dia kerja ambik upah buat rumah orang. Adik perempuan tu, sekolah kat Malaysia, tulah bukannya boleh dapat keistimewaan pun, sebab parents orang indon, bukan boleh pergi ke mana.








Faham sangat situasi ni, time tu bila dengar, menangis, kalaulah ada khalifah time ni, mesti dia takkan abaikan walau dimanapun orang tu berasal, time zaman abbasiyah dulu, takde seorang pun yang terima zakat, betapa time tu orang hidup mewah tapi tetap juga bersyukur kepada Allah, khalifah akan jaga kita, akan tampung kekurangan kita, akan fulfill keperluan asas kita, dia takkan biarkan sorang pun umat islam dalam keadaan yang miskin, bantuan dari khalifah, bantuan dari menteri2nya lagi, walaupun perkara tu tak pernah berlaku pada diri ini, tetapi seperti pernah merasakan aura betapa hebatnya zaman itu.









Tetapi kini tidak lagi, kita hanya mampu menyumbang ikut kadar kemampuan kita sahaja, tidak dapat pun mengubah hidup orang yang serba kekurangan tu, itulah nasib umat islam sekarang, memang realitinya, Indonesia penduduk2 kebanyakannya miskin, jadi sanggup berhijrah, tinggalkan keluarga, untuk mencari rezeki, dan sebahagian besarnya adalah umat islam sendiri, malah perkara ini bukan hanya berlaku di Indonesia shj, bahkan di seluruh dunia. Kesian, siapa lagi yang nak kesiankan melainkan kita sesama umat islam ni, bukan masalah miskin sahaja banyak lagi masalah2 lain yang menimpa umat islam. Where is the shield to protect the ummah?
Kita yang berkemampuan ni yang kena pikul tanggungjawab ni, kita mampu, ada duit, ada kereta, ada kudrat, kita adalah pemuda bak kata Imam Syahid Hasan Al-Banna. Kita yang kena mengubah dunia semula, menjadi adil dan saksama, mengembalikan hak hakimiyah kepada Allah semula, itulah tujuan kita dihidupkan dengan kelebihan2 yang Allah berikan ini.




Saidina Ali berkata "Kerehatan seorang daie adalah kerugian buat dunia", usah dibazirkan masa kita dengan perkara2 yang tidak berfaedah, tenaga dan usia muda kita bukan untuk dibazirkan kepada benda2 yang mudah dan senang seperti alat2 permainan kanak2, tetapi adalah untuk dicurahkan, untuk mendapatkan keredhaan Allah semata2. Kita mesti kembalikan zaman khalifah sekali lagi! Moga Allah memperkenankan usaha murni kita ini. Amiin!


















Monday, August 31, 2009

madrasah tarbiyyah semakin rancak...




Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah, sudah 10 hari kita berpuasa, bagaimana dengan amalan2 kita?, bulan Ramadhan adalah waktu kemuncak beribadah, adakah anda setuju dengan penyataan ini ?, apabila tiba bulan Ramadhan semua orang merasakan mereka perlu kembali balik kepada Allah, 'back to the root', mahu membaiki diri, mahu jadi baik, adakah kita tergolong dalam golongan ini? Niat mereka bagus, mahu berubah, mahu jadi baik, tapi adakah hanya apabila tiba bulan puasa sahaja?, bagaimana dengan bulan2 yang lain?, apabila kita setuju dengan pernyataan bahawa bulan Ramadhan adalah waktu kemuncak beribadah?. Adakah kita hanya menjadi hamba Allah apabila kita ada 'free time' atau apabila kalau kita ada masa lapang, atau apabila tiba bulan puasa sahaja?.






Sepatutnya kita semakin bertambah amalan kita, semakin kuat mujahadah kita, semakin semangat untuk tambah pahala, bukannnya baru nak start gear satu, kita kena naik gear lima. Sebagai seorang daie, kita perlu wajib koreksi diri kita, bukan hanya untuk muhasabah kerja dakwah kita sahaja tetapi juga untuk mutabaah amal kita, walaupun kita hebat dalam dakwah tetapi adakah kita hebat juga hubungan kita dengan Allah?.

Moga kita tazkiyatunnafs dengan lebih bersungguh-sungguh di bulan Ramadhan ini, ingat kawan2 perjuangan kita masih jauh, mungkin kita tidak sempat melihat kemenangan yang pasti itu, kita memerlukan bekalan2 yang dapat memberi kita kekuatan, kerana kita tahu jalan ini sukar, panas, renyah, memenatkan, pastinya kita memerlukan bekalan2 yang secukupnya. Mana mungkin kalau seorang pengembara ingin mendaki Gunung Everest dengan membawa 2 tin makanan sahaja.
Allah ada berfirman:
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya" (2:286)

Inilah jalan kita, jalan yang terbaik, jalan yang memenuhi tujuan hidup, walaupun renyah dan sukar tetapi inilah jalan yang terindah, Allah memilih kita untuk berada di jalan ini kerana manusia ini memang sanggup melakukannya, beban ini mampu ditanggung oleh manusia.
Allah juga berfirman:
"Dia Maha Halus lagi Maha Mengetahui" (67:14)

Hanya Allah sahaja yang mengetahui apa yang terbaik untuk kita, kita tidak tahu perancangan yang Allah telah tetapkan untuk kita, jadi inilah jalan yang terbaik untuk kita, seperti mana yang telah dibuktikan oleh orang-orang terdahulu.

Semoga Ramadhan kali ini, kita makin semangat membaiki diri, muhasabah diri, supaya cukup bekalan kita nanti! Moga Allah kuatkan hati2 kita, tautkan hati kita, menjadi lebih kuat untuk mendukung tugas ini, amiin!






Thursday, August 6, 2009

Kenangan KIBAR 2009


Sebiru Hari Ini
Album : Sepotong Episode
Munsyid : Edcoustic



Sebiru hari ini, birunya bagai langit terang benderang

Sebiru hati kita, bersama di sini

Seindah hari ini, indahnya bak permadani taman surga

Seindah hati kita, walau kita kan terpisah


reff:
Bukankah hati kita telah lama menyatu

Dalam tali kisah persahabatan ilahi

Pegang erat tangan kita terakhir kalinya

Hapus air mata meski kita kan terpisah

Selamat jalan teman

Tetaplah berjuang

Semoga kita bertemu kembali

Kenang masa indah kita

Sebiru hari ini


Seindah hari ini, indahnya bak permadani taman surga

Seindah hati kita, walau kita kan terpisah


intro


reff 2x

Seindah hari ini, indahnya bak permadani taman surga

Seindah hati kita, walau kita kan terpisah

Saturday, July 11, 2009

mana satu hati kita?

Manusia terdiri daripada tiga elemen. Setiap elemen ini kita perlu penuhi kehendaknya. Iaitu:
1) Jasad


2) Akal


3) Hati



Setiap satunya ada makanan2 yang tersendiri. Kalau:

1) Jasad makanannya=






2) Akal makanannya=



3) Hati makanannya=


Apa ye makanan untuk hati?
Hati kita adalah susah untuk digambarkan, sukar untuk ditafsir, abstrak.
Bila hati kita kosong, ia perlukan makanan, makanan apa yang sesuai untuk memenuhi keperluan hati kita? Adakah sama seperti akal kita yang perlu dipenuhi dengan ilmu dan maklumat?, adakah sama seperti jasad kita yang memerlukan nasi, sayur dan buah?. Apakah makanan yang sesuai untuk hati kita yang beragama islam ini? Untuk kita memenuhi kelaparan hati kita ini, kita perlu faham tujuan hidup kita.
Masih ingat lagi tujuan hidup kita? Boleh refer pada manual kita.
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, "Aku hendak menjadikan khalifah di bumi," Mereka berkata, "Apakah Engkau hendak menjadikan orang yang merosak dan menumpahkan darah di sana, sedangkan kami bertasbih memujiMu dan menyucikan namaMu?" Dia berfirman, "Sungguh, Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui," (2:30)
Dan
Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepadaKu (51:56)
Inilah dua tujuan hidup kita, jadi boleh kita agak apa makanan terbaik untuk hati seorang khalifah dan seorang hambaAllah ini?
Hati manusia ini kalau kita tak basahkan dengan zikrullah, dengan kalamullah, dengan dakwah, dengan berukhuwwah sesama muslim, maka manusia itu sendiri akan basahkan dengan membaca novel yang sangat menusuk hati, bermain dengan cinta yang mengasyikkan, sukakan harta yang keterlaluan dan macam2 lagi.
Mari kita bandingkan seorang muslim dan seorang lagi kafir.
Seorang muslim- dia akan membasahkan hatinya dengan zikrullah, membaca Al-Quran, memberi tazkirah, menasihatkan orang lain, berukhuwwah. Ini adalah benda2 yang membasahkan hati yang baik, yang sesuai dengan tujuan hidup kita, sesuai dengan kehendak islam.
Seorang kafir-dia akan cuba membasahkan hatinya dengan mengisi masa lapang dengan shopping sakan, bergelak ketawa denga kawan2, melayan perasaan cinta yang keterlaluan, dengan hiburan yang melampaui batas. Mereka sebenarnya menyangka bahawa hati mereka telah terhibur tapi silap, benda2 ni mereka fikir boleh membasahkan hati mereka tapi mereka silap, benda2 ini mengeringkan hati mereka, kerana mereka menyayangi dunia lebih dari diri mereka sendiri, mereka mengira kekayaan dunia sudah cukup membahagiakan tetapi mereka salah.
Hati kita bersifat ukhrawi, bukan duniawi, jika ia bersifat duniawi maka ia tidak basah, ia kering, ia mati, ia tidak hidup, ia tidak mengesankan orang lain, ia tidak menusuk hati orang lain, hati keras, hitam miliknya, kusam, tidak seperti hati yang basah, ia hidup, ia juga menghidupkan orang lain, ia subur, cantik, indah, gilang-gemilang warnanya, putih miliknya, lembut.
Seperti kapas yang kering dan basah, kapas yang kering, diletakkan di atas lantai, bila diangkat, tidak memberi kesan pada lantai itu, tidak seperti kapas basah, diletakkan di atas lantai, bila diangkat, ada kesan pada lantai.
Kita nak mengisi hati kita dengan makanan yang mana satu?





























..

Thursday, June 25, 2009

Kembali...

Kembali teruskan, menulis dan menulis,
Alangkah sukarnya untuk menulis,
Supaya hati dan jiwa manusia ini tersentuh,
Bukan apa, bukannya hebat sangat diri ini,
Cuma, supaya manusia itu,
Hatinya tersentuh untuk kembali ke pangkuan Allah.

Kita hanyalah orang yang menjual barang,
Barang apa yang diperdagangkan,
Mestilah yang baik punya!!
Barang apakah itu?
Yakni islam....
Kita menjual islam,
Kita perdagangkan islam,
Kepada manusia,
Supaya manusia itu membelinya,
Supaya manusia itu mengabdikan islamnya di dalam hatinya,
Imannya dalam hatinya,
Seperti mana penjual barangan lain,
Perlu mem"promote" kaw2 punya!!

Banyak yang nak kena buat untuk promote kaw2 tu,
Ada plan yang specific yang perlu dibuat,
Bukan main hentam saja,
Plan itu perlu muntij, perlu bernatijah,
Jika tidak, maka sia2lah plan itu,

Kalau ada blog, hias blog, tulis yang boleh menusuk hati,
Kalau kita boleh bercakap, gunakan bahasa yang boleh mengesan hati,
Kalau kita pandai masak, masaklah dengan sepenuh hati,
Kalau kita pandai drive, kenalah berhati2,

Gunakan apa yang ada,
Lakukan apa yang termampu,

Moga Allah tidak menyiakan2 usaha2 kita,
Moga Allah tidak mengabaikan kita,
Sesungguhnya Allah pasti tidak akan melanggari janjinya.

Wednesday, June 17, 2009


Dakwah adalah kebolehan merenung diri, iaitu seorang daie itu dia mampu muhasabah diri dia, dia akan check balik diri dia, apa yang dia sudah lakukan sebagai mutaba'ah dakwah dia, kenapa dakwah dikatakan begitu? kerana dakwah itu sukar, susah, jauh, berduri, ujiannya banyak, jadi perlu banyak yang perlu dimutabaahkan.

kestabilan dia di jalan dakwah=Kemampuan dia istiqamah di tengah jalan dakwah itu

Seorang daie itu dia boleh menafsirkan diri dia, menfirasatkan diri dia, kalau diri dia tidak mampu, maka dia akan merasakan jalan dakwah yang dilalui semakin sukar, dia akan lambat dalam dakwah.

Seorang daie yang muntij adalah dia muhasabah terhadap apa yang telah dilakukan dalam dakwah dan dia kemudiannya menggunakan pengalaman dia yang lalu sebagai satu anjakan untuk melakukan perubahan atau apa2 sahaja yang boleh menyebabkan dakwah itu semakin laju. Dakwah itu bukan ilmu, tapi amal, sejauh mana ilmu itu berkesan di hati ialah apabila kita melihat amalan bagi ilmu tersebut.

Muhasabah itu penting, sama ada dalam individu ataupun dalam gerakan, tapi muhasabah individu adalah lebih penting kerana bagaimana mahu membuat muhasabah gerakan kalau diri sendiri masih belum muhasabah.

Sesungguhnya, orang yang dapat menfirasati dirinya, hingga mengenalnya, dengan benar, maka akan benar pula firasatnya terhadap org lain, dan akan tepat pula apa yang difirasatinya.

Ar-Raqaiq

Tuesday, June 16, 2009

bestnya menuntut ilmu...

Assalamualaikum

Imtihan syafawi tinggal lagi 2, doakan kami semua, pelajar2 tahun 2 Perubatan Kasr El-Ainy Medical School, semua sihat, dapat teruskan lagi imtihan sampai habis, dapat balik Malaysia, dapat result yang baik, amiiin.

Itulah perjalanan suatu pembelajaran, bila sudah mempelajari sesuatu, akan ada imtihan, untuk menguji keupayaan kita, untuk uji sejauh mana kita belajar itu untuk mencari keredhaan Allah, sejauh mana kita mengejar ilmu dan pekerjaan untuk kepentingan kita berdakwah.

Ada hadis Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
"Menuntut ilmu adalah fardhu bagi setiap muslim", biasa kita dengar, dan ada di antara kita dah hafal pun yang bahasa Arab punya. Sejauh mana hadis ni beri kesan pada diri kita?

Mula- mula sekali, kita tengok apa maksud fardhu tu?, fardhu itu adalah wajib, apa dia wajib tu? yakni, perkara yang kita tak boleh tinggalkan, tak boleh dikeduakan, ia adalah sebahagian daripada ibadah, perkara yang fardhu tu kalau kita buat akan mendekatkan diri kita dengan Allah, setiap kali kita lakukan, semakin beriman kita terhadap Allah, itulah maksudnya, Allah kata kalau perkara wajib tu dah confirm dia akan dapat pahala, dia akan lebih dekat dengan diriNya.

Menuntut ilmu itu, rohnya adalah fardhu, kalau kita rasa dia adalah sunat, dia tak jadi, kita akan menuntut ilmu dengan sambil lewa sahaja, Allah kata betapa pentingnya ilmu itu, ilmu itu perlu ada dalam setiap manusia, dan bila Allah telah bagi confirmation bahawa bila kita menuntut ilmu akan lebih dekat dengan Allah, maka kita kena check dalam diri kita, adakah kita semakin berilmu ni semakin dekat atau semakin jauh dengan Allah? Kalau saintis Barat tu, mereka sampaikan jadi atheist, mereka cuma rasa ada kuasa lain, ada special power, ada kuasa semulajadi yang menjadikan alam begitu, begini.

Tetapi bukan sahaja menuntut ilmu saaja yang fardhu, tetapi apa2 sahaja yang membawa kepada menuntut ilmu itu juga adalah wajib, contohnya, membuat jadual untuk study, pergi ke kuliah, memahamkan sesuatu perkara yang tidak faham, itu semua fardhu. Seperti mana kalau kita nak solat, kita wajib berwudhu', kalau tak wudhu' tak sah solat, begitu juga dengan belajar.

Tapi kita sebagai muslim percaya bahawa Allah yang ciptakan semua ini, Allah yang kuasai ilmu ini, jadi penting sangat kita sebagai seorang muslim, kena rasa bahawa Allah itu dekat sahaja dengan kita, bila kita belajar ni. Kita rasa terhubung dengan Allah, kita dah buat ibadah yang mulia iaitu belajar.

"Akak, saya belajar medic ni, saya terlupalah Tuhan saya" ade ke macam tu? Zaman Abbasiyah dulu, Ibnu Sina, Ibnu Haitham, mereka tidak lupa akan Allah, malah mereka lebih bersyukur, tambah bahagia bila belajar, tiada rasa susah hendak belajar, kerana semuanya telah Allah permudahkan, ini semua adalah kerana mereka belajar dengan roh kefardhuan itu.


Ada sebuah hadis, yang akan menjadikan kita bahawa belajar ini adalah satu ibadah:
"Pelajarilah ilmu, sesungguhnya mempelajarinya kerana takutkan Allah membawa kita kepada takutkanNya menuntutnya adalah ibadah, membincangkannya adalah tasbih, mengkajinya adalah jihad, mengajarnya kepada orang yang tidak mengetahui adalah sedekah, dan memberikan perbelanjaan kepada ahlinya adalah Qurbah ( membawa kepada dekatkan diri kepada Allah)"


Agaknya, ilmuwan zaman Abbasiyah dulu, mereka beriman dengan hadis ini, sebab tu mereka sangat2 hebat dalam ilmu, sebab ade rasa dekat dengan Allah tu, sebab tu mereka menuntut ilmu dengan sungguh2.


Bila islam jatuh, orang Barat pula naik, mereka memisahkan agama daripada ilmu, mereka yang mengatur hidup kita sekarang, mereka yang conquer dunia sekarang, mereka yang mengatur sistem pembelajaran kita, bila kita belajar, kita rasa susah, malas nak belajar, ada examlah, belajar ni kita rasa susah, sebabnya, kita tak rasa belajar ni fardhu, sebab tu, kita kena ambil semangat macam ilmuwan Zaman Abbasiyah dulu, jika mereka boleh menjadikan menuntut ilmu tu sebagai satu ibadah, mengapa kita tidak lakukannya? Mereka pun orang islam juga, akal mereka sama sahaja, kenapa kita tidak tanamkan perasaan kefardhuan itu?


Satu masa dahulu, dunia digemparkan dengan teori evolusi oleh Charles Darwin, teori tu mengatakan bahawa manusia ni, adalah daripada beruk, hidup kita ni adalah satu kebetulan sahaja, useless, alaaa manusia dari beruk, apalah sangat, takde beza dengan beruk, maka manusia pun mulalah kurang produktiviti, malas nak belajar, malas nak kerja, itu sebenarnya yang mereka mahu kita tanamkan dalam diri kita, betapa halusnya bisikan2 jahat itu.


Ilmu sekarang sudah tidak lagi menjadi satu ibadah, tetapi sebagai alat tunggangan syahwat manusia, buktinya, manusia tidak lagi fikir ilmu itu untuk kebaikan islam, tetapi hanya untuk dunia semata2.

Itulah keadaan sebenar sekarang, bagaimana ilmu itu telah diperlakukan sedemikian, kita sebagai penuntut ilmu, masih ada masa untuk kita perbaiki niat kita, mengapa kita kena berilmu, mengapa kita nak belajar, moga selepas ini, kita akan lebih berusaha, dahagakan ilmu kerana hendak mengejar cinta Allah, itulah yang sebaik-baiknya bagi setiap muslim itu, insyaAllah!.

seronoknya dia...

Assalamualaikum, hari ni Sakinah ada kelas Quran. Mula-mula sebenarnya hari Rabu esok, sebab hari ni bolelah prepare sungguh2 untuk kelas, tapi semalam Tedi telefon, minta persetujuan kami Sakinah dengan Maryam nak tukar kelas pukul 3 petang. Mula-mula rasa susah tapi takpelah, mungkin Tedi ada hal hari Rabu tu, so, takpelah kita setuju je. Orang yang memerlukan bantuan tu sangat2 terdesak perlukannya, maka kita tolong, bantu dan permudahkan jalannya supaya tak susah lagi.

Mula membuka maqra' keempat juzuk empat, mula-mula macam susah juga, tapi baru teringat, time kat DQ dulu, maqra' ni Sakinah main hafal je sebab susah nak mengatur tempat mana kena berhenti berdasrkan pada terjemahannya, jadi main hafal jelah, pastu bila hafal tu, alhamdulillah, ok, ade ayat2 yang masih diingati, berbaki tinggal dalam ingatan, dalam 3 muka jugak, banyak, cuba juga menghabiskan dan alhamdulillah.

Sehinggalah 2 ayat ang terakhir:

"Dan janganlah sekali-kali kamu mengira bahawa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati; sebenarnya mereka itu hidup, di sisi Tuhannya mendapat rezeki" (3:169)
"Mereka bergembira dengan kurnia yang diberikan Allah kepadanya dan bergirang hati terhadap orang yang masih tinggal di belakang yang belum menyusul mereka, bahawa tidak ada rasa takut pada mereka dan mereka tidak bersedih hati" (3:170)

Bila baca maksud ayat2 ni, teringat arwah Ammar, kita tahu arwah seorang yang baik, arwah seorang mujahid islam, arwah dah memulakan perjuangan yang bakal kita sambung pula, kita yang bakal meneruskan tarbiyyah, inilah yang Allah ceritakan, inilah keadaan yg Allah cerita bagi orang2 yang gugur, syahid di jalan Allah, begitulah keadaan orang2 yang berjuang di jalan Allah bila dia gugur, Allah kata kita tak boleh judge, anggap dia dah takde macam tu sahaja, tapi padahal mereka ini hanya mengalami perpindahan alam sahaja, kita tak nampak mereka, mereka hidup, mereka ada sahaja cuma jasad yang tiada. Dan mereka itu, gembira dengan kurniaan yang Allah bagi semasa di alam yang lain itu, bergembira kerana Allah bagi kenikmatan itu di atas perbuatan mereka di dunia (alamak jelesnya).

Satu lagi boleh kita tafsirkan, mereka itu tidak mati kerana ada sahaja sumbangan2 mereka di dunia ini yang menghidupkan roh mereka, maksudnya ilmu mereka, semangat mereka, kita ambil untuk apply dalam diri kita pula, macam Syed Qutb pernah kata dalam Muqaddimah Fi Zilal, umur yang meluhur, memberkati dan membersihkan jiwa, itulah yang kita mahu, macam Hasan Al-Banna, jasad beliau tiada tapi kita ada buku2 beliau, kita baca kalam2 beliau, kita selami perjuangan beliau, itu yang sebenarnya kita mahu.

Kalau arwah Ammar tu, kita tahu dia semangat beliau, kita tahu komitmen beliau dalam suatu tugasan macam mane, dan itu yang kita perlu ambil dan tanam pula dalam diri kita, perkara2 yang baik, dan kita mampu buat, sayang kalau kita biar sahaja, hanya terkesan dalam hati tapi tak nak pula apply.

Ayat yang lagi satu tu, Allah cerita pula, keadaan dia, betapa seronoknya dia bila mengetahui bahawa ada orang2 di belakang ia yang turut same berjuang sepertinya, tapi belum menyusulinya (mati), dia gembira, kerana akan ramai lagi orang akan mengecapi nikmat sepertinya, mereka terlalu gembira dan tiada rasa takut sedih dalam hati mereka, itulah kenikmatan yang Allah cerita bagi orang2 yang gugur dalam jalan jihad, itulah janji Allah, bila kita mendengarnya, rasa seronok, cemburunya, nak dapat juga kenikmatan itu.

Tapi untuk dapat kenikmatan itu, kita perlu juga menjadi sepertinya, atau lebih lagi, itu janji Allah dan bukan janji main2, moga kita lebih kuat, kita bertambah semangat untuk berjihad, tiada kerehatan untuk kita di dunia, melainkan kerehatan di akhirat yang kekal abadi.

Kat sana jelah kita berehat ya?

Moga kita lagi tabah menempuhi jalan2 yang ada duri ini, ia panas sangat, jauh pula, tu, tapi hujung dia adalah kenikmatan yang sangat kita harapkan iaitu syurga yang abadi. Aimlah yang paling tertinggi, tummuhat yang paling tinggi, syurga yang paling tinggi, kenikmatan yang paling tinggi (bukan dunia), itulah sebaik2 kurniaan Ilahi.

Monday, June 15, 2009

pasti dan tidak pasti

Satu malam masa nak sambut birthday Saibah, on the way ke GAD, dengar je Ayu dan Husna borak ttg x sabar nak balik Malaysia, Husna cerita kat mak dia tentang accident yang berlaku hari tu, dia cerita Nublan tu meninggal seminggu sebelum tarikh tiket dia balik Malaysia, mak dia tak cakap apa2, terkedu.

Hmm, balik Malaysia pun tak pasti, habiskan medic 6 tahun pun tak pasti, nak jumpa family kat Malaysia pun tak pasti, tapi itulah hakikat sebenar kita, mengakulah diri kita bahawa kita selalu mengejar perkara yang tidak pasti. Sedangkan, ada satu lagi perkara yang pasti, iaitu kematian, kematian itu pasti.

"Setiap yang bernyawa akan merasakan mati. Dan hanya pada hari Kiamat sajalah diberikan dengan sempurna balasanmu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, sungguh dia memperoleh kemenangan. Kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang memperdaya" (3:185)

Itu yang Allah cerita dalam Al-Quran, ia bukan satu kata2 yg saya quote dari manusia2 biasa, tapi dari Tuhan kita yang abadi, dia kata mati akan datang pada setipa yang bernyawa, kat ctu pun Allah bagi warning bahawa dunia itu hanya permainan, dahlah permainan, lagi memperdayakan.

Satu lagi perkara yang pasti adalah hari Kiamat, hari akhirat, hari di mana amalan kita dihitung oleh Allah dan kita akan ada tempat tinggal kita sendiri, ada orang yang akan tinggal bersama2 dgn kita dan ada yang tidak.

"Dan demikianlah (pula) Kami perlihatkan (manusia) dengan mereka, agar mereka tahu, bahawa (kedatangan) hari Kiamat tidak ada keraguan padanya,ila akhir ayat (18:21)

Bila bercakap 2 benda yang pasti ini, kita akan terfikir, cukupkah bekalan kita untuk keduanya? Kita hanya selalu mengharapkan, mendapat result yang baik, nak buat itu, nak buat ini, tapi kita terlupa akan tuntutan yang 2 ini. Sedarlah diri kita bahawa:

"Sesungguhnya Kami telah menjadikan apa yang ada di bumi sebagai perhiasan baginya, untuk Kami menguji mereka, siapakah di antaranya yang terbaik perbuatannya" (18:7)

Dan juga ingatlah, kita ada 2 tujuan yang perlu ditunaikan di dunia ini iaitu:

"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, "Aku hendak menjadikan khalifah di bumi", Mereka berkata "Apakah Engkau hendak menjadikan orang yang merosak dan menumpahkan darah di sana, sedangkan kami bertasbih memujiMu?" Dia berfirman," Sungguh, Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui" (2:30)

dan

"Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepadaKu" (51:56)

Itulah 2 tujuan hidup kita, soal diri kita, adakah sudah memenuhinya? Itu sahaja syaratnya dan Allah tidak minta lebih. Bandingkan pengabdian diri kita dengan nikmat Allah

"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan?" (Banyak dalam Surah Ar-Rahman)

Bila kematian itu mendekati sebahagian hidup kita, kita merasakan bahawa medic itu tidak penting lagi, pergi meeting tidak penting lagi, kerana masing2 sudah mula memikirkan ttg kematian itu, tetapi, kenapa kita tidak merasakan perasaan itu sejak dari mula kita hidup? kenapa selama ni kita dengan tidak sedar telah mengkeduakan kematian itu, dan bila ada orang yang dekat dengan kita pergi meninggalkan kita, kita mula back to the root, padahal selama ini, kita takde pula nak fikir, atau jarang fikir ttg kematian.

"Ketahulah, sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan sendagurauan, perhiasan dan saling berbangga di antara kamu serta berlumba dalam kekayaan dan anak keturunan, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani, kemudian (tanaman) itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudia menjadi hancur. Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan Allah serta keredhaanNya. Dan kehidupan dunia tidak lain hanyalah kesenangan yang palsu. (57:20)

Allah ulang lagi ayat-ayatNya. Dan berhati-hatilah kita dengan penyakit wahan.

Daripada Tsauban r.a. berkata, Rasulullah S.A.W bersabda" hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka, maka salah seorang sahabat bertanya "Apakah dari kerana kami sedikir pada hari itu?" Nabi S.A.W menjawab "Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan dalam hatimu penyakit wahan", seorang sahabat bertanya " Apakah wahan itu hai Rasulullah?" Nabi kita menjawab, "cintakan dunia dan takutkan mati" (Hadis Riwayat Abu Daud)

Memang betul, kita sendiri takut untuk mati, tapi tahulah kita bahawa kita tidak rugi kalau kita mengutamakan yang pasti itu dahulu. Manakala yang tidak pasti pula, ada yang baik dan ada yang jahat, tinggalkanlah yang jahat dan lakukanlah yang baik, lakukanlah yang baik dengan niat yang suci, ikhlas kerana Allah mudah-mudahan ia akan membantu menambah pahala kita.

Friday, June 12, 2009

Pikirin aja....




Betapa berharganya peringatan ini, menjadikan diri sendiri berhati-hati,
berhati-hati dengan masa, berhati-hati dengan pengisiannya,
gelumang dengan dosa, uih, takut!, kerana memikirkan ia akan mendekati bila-bila masa saja,
masa semakin bergerak, pantas meninggalkan waktu, berjam-jam lamanya,
apakah kamu pikir masa-masa ini tidak akan dipertanggungjawabkan?,
peringatan itu dekat aja, adakah perlu ditungguin aja peringatan itu sampei tanpa lakukan apa2?
sudah bersediakah memenuhi permintaan peringatan itu?, yakinkah akan diganjari syurga?,
enggak pantas jika hanya ditunggu?, ya, perlunya dilakukan sesuatu,
ia semakin mampir bila tiba hari ulang tahun kita, benar bukan?,
bila ia makin mampir apa yang harus dibuat?, goyang kaki, tontong tv, buang masa segala?,
bila Tuhan kata jadi maka ia jadi, bila Tuhan kata jadi makanya...ia jadi gitu,
tak ditunggu2, apa lagi dipikirin, malah diteruskan aja kerja malaikat itu,
tiada sesaat maupun semenit, aaaah... ku peduli apa Tuhan udah suruh aku buat?,
sang manusia pula, tahu aja peringatan itu?,
tapi pura-pura ya, enggak tahu? "Aku enggak tahu sih, aaaah, ku masih muda, mati ini bukan bila tua nanti?",
"Hei manusia, Aku sudah bilang dalam kitabKu, mengapa kamu dustakan juga?",
"Sombong dan angkuhnya kamu ya?, mahu rasa azabKu rupanya!"
dunia2, sementara saja kamu itu, akhirat yang perlu dikejar,
tidak pantas lakukan maksiat, Allah murka, Allah marah,
kembalilah pada manual kamu, kembali pada ajaran rasulmu,
usah ikut syaitan2 durjana, mahu ikut mereka buat apa?,
kerna kasihankan mereka bersendirian di neraka lalu, trus kamu mengikutinya?,
ayuh kembalilah manusia, peringatan Tuhan ada di mana-mana,
kita yang perlu mencarinya, yang perlu mengejarnya,
supaya tidak rugi amalan kita, supaya terubat hati untuk ke surga,
tidak perlu dong, susah untuk ke neraka, Allah bagi jalannya,
gimana caranya mahu ke surga?, tidak perlu musing2, pikirin gi mana caranya?,
jalan ini ada dua saja dong, pilih aja?, kamu perlu pilih, tapi kalau kamu enggak mahu pilih ya, aku beritahu tiada jalan yang ketiga, cuma ada dua sahaja, Syaitan atau Tuhanmu?,
pilih Tuhanmu ya ganjarannya surga, tapi awas kamu ya, jika dipilih syaitan ya, neraka tempatnya,
marilah mari, kembalilah insafi diri, bila kamu mati amalan kamu dikira,
cukup kah sudah untuk beli tiket ke syurga, miskin kamu kalau tidak cukup,
jadi, ayuh, usah kepenatan mengejar dunia, guna dunia untuk cucuk tanam akhirat, (DDI),
itu yang sebaiknya, penyakit wahan ni jauhkanlah dari dirimu,
Allah enggak suka penyakit wahan bersarang dalam hati mu,
pikirkan apa lagi sumbangan yang boleh dirimu buat untuk tempah tiket itu,
usah enak2 makan aiskrim sambil nuntun tv, goyang kaki segala,
kalu dirimu mati, bukan mati biasa2, kamu juga hidup, meluhur, memberkati dan membersihkan jiwa (Muqaddimah Fi Zilal)
sumbanganmu orang sanjung, pahalamu menggunung,
tidak mahu begitu?,
sudah-sudahlah, jangan asyik main permainan kanak-kanak (DDI),
kamu udah besar wahai pemuda, pikirin hal2 dewasa,
Syed Qutb berbaiah umur 15 , kamu umur 15 ambil PMR baru,
udah-udahlah, gerak-geraklah dirimu, ringan-ringan tanganmu,
Allah janji syurgamu untuk mu jika kamu rajin, insyaAllah.

Thursday, June 11, 2009

20th generation

REUNION 20th

GENERATION8
(Sabtu) dan 9 Ogos(Ahad)
Tempat : Kenduri MideeDolah-SMAPL-Holiday Villa Subang Jaya
Bayaran : RM 38 (sebelum 25 julai 2009)
Treasurer: Ammar Faiz & Lokman Bahar (cimb lokman-1233 0062755 529)diharapkan agar 20th gen dapat memberitahu Ammar/Lokman selepas pembayaran dan sila simpan resit sebagai bukti pembayaran.

SABTU 8 Ogos
1200-1600: Kenduri En. Abdullah Khairi dan Puan Ameerah Diana
Tempat- UKM/umah Dola/umah Midee (maklumat lanjut akan diberitahu kelak)
Lepas kenduri, 20th gen bergerak ke SMAPL, harap tiba di SMAPL sebelum maghrib (in case sapa2 nak pergi Seremban mengimbas memori lalu dulu)

1900-2130: Solat jemaah dan sesi SIRIH PULANG KE GAGANG
deskripsi : perkongsian bersama adik-adik, tayangan video
person-in-charge : Fatin Syamimy Liana& Ahmad Ashraf
tempat : Musolla Al-Hidayah (puteri), Musolla Al-Mustaqim (putera)

Lepas Isya' untuk budak putera besar kemungkinan tiada sebarang aktiviti memandangkan kebanyakan budak putera nak ambil angin malam kat Seremban.
Ada juga yang nak tidur awal sebab tak nak terlepas qiam =D

Untuk budak puteri, masih dalam perancangan.
Sama ada kita beraktiviti sesama kita atau bersama adik-adik.
Belum finalize lagi.
Apa-apa tanya Fatin Syamimy Liana atau Nova Adila.

AHAD 9 Ogos 2009
0530-0630: solat subuh

0630-1000: Riadah, Bebas
Person-in-charge : Norhazirah

1000-1230: 20th gen di hotel Holliday Villa, Subang Jaya.

bagaimana ke sana?
pandai-pandai dah besar kan semua.hahaha
1)kereta. parking sana bayar rm4 sehari
2)KTM berhenti Subang Jaya. teksi rm5 ke Holiday Villa

1230-1330: ucapan oleh
1) Ustaz Omar (tanya acap sapa ni)
2) Abdullah Khairi & Ameerah Diana (bagi tips rumahtangga)
3) Ucapan Terbuka (sapa2 rindu mic)

1330 ke 1400 : Zohor

1400 ke 1700 : Hi Tea

MASALAH DAN KEKELIRUAN? bawah ni kaunter pertanyaan, saya tukang hebah saja =D
Ahmad Ashraf(0193694287)
Ahmad Faqih Sadiq(0196664464)
Lokman Bahar(0173171491)
Ammar Faiz(0172750003)
Nadiah Salihah(0176866349+0133086760)
Fatin Syamimy Liana(0172001732)

JUMPA DI SANA!!!

sukacita diingatkan kepada 20th gen untuk menjaga etika berpakaian demi menghormati SMAPL barakah. Jangan bawa imej yang tak baik kepada adik-adik ya!
Sapa-sapa ada blog tolong kopi pasta ke blog anda bagi tujuan hebahan. penat saya karang selepas exam Psychology tadi.+_+

Kopi paste dari ayu.

Tuesday, June 9, 2009

jom tadabbur lagi

Assalamualaikum

InsyaAllah, hari ni nak share lagi ayat2 Cinta Allah.
Kita buka 7:175
Semua orang boleh check manual kita!

Maksud ayat ni ialah Dan bacakanlah (Muhammad) kepada mereka , berita orang yang telah Kami berikan ayat-ayat Kami kepadanya, kemudian dia melepaskan diri dari ayat-ayat itu, lalu dia diikuti oleh syaitan (sampai tergoda), maka jadilah dia termasuk orang yang sesat.

Kita tahu, Allah tujukan ayat ni untuk kita supaya kita ambil pengajaran dan apply dalam diri kita.Kalau kita baca sekali, kita boleh relatekan dengan kisah kaum2 yang terdahulu,Kaum Samud, Kaum Ad, Kaum Aikah dan sebagainya. Mereka telah ditimpa azab Allah setelah para nabi diutuskan kepada mereka.

Point tu betul. Tapi ada lagi yang lebih penting. Allah tujukan ayat ni untuk kita sebab kita ni adalah orang-orang yang ikut tarbiyyah, yang dah tahu pun tentang islam, yang dah tahu nak bekerja untuk islam, kita adalah orang2 yg dah tahu tentang Allah, kita nak bekerja untuk islam. Tapi Allah nak tunjuk kat sini, DAN SEKIRANYA kita ni, yang dah tahu tentang islam, dah tahu tarbiyyah ni, dah tahu pasal jihad ni MELEPASKAN DIRI kita daripada ayat-ayat yang Allah telah bagi tu, maka ALLAH MEMBERI AMARAN YANG KERAS BAHAWA dia akan dikejar, diikuti, diekori oleh syaitan, SAMPAI DIA TERGODA. Dan kemudiannya, dia akan ikut jalan2 sesat, menyimpang jauh dari Allah.

Nauzubillah min zalik, Ya Muqallibal qulub thabbit Qulubana 'ala dinik.

Sampai macam tu sekali ALLAH bagi amaran pada kita, sampai syaitan kejar, kalau kita yang dah faham tentang islam ni meninggalkan ayat-ayat Allah. Sampai tergoda orang itu.

Bahaya sangat2 kalau kita tinggalkan islam ini, bahaya sangat kalau kita biarkan diri kita hanyut.
Pesanan Kak Hanim, if kita futur remember this ayat. Allah bagi peringatan terang-terangan dalam surat CintaNya.

Kalu kita futur, dakwah tak bergerak, dakwah tak berjalan, yang batil akan menang dan yang hak akan kalah, mereka menyusun strategi dan kita pun menyusun strategi, memang kita berperang sekarang, bersusah-susah untuk agama ini.

Syaitan memang selalu mengacau2. Dah mengikat janji kepada Allah untuk menganggu anak-anak Adam ini. Hanya iman yang kuat yang boleh menghindarkan syaitan.

Dan dalam setiap diri kita ada syahwat. Syahwat adalah keinginan, keinginan makan, minum. Kalau bahasa Malaysia, syahwat ni hanya seks sahaja tapi maksud sebenar dia adalah semua keinginan. Manakala, hawa adalah apa-apa keinginan selain islam. Kiranaya hawa adalah subset kepada syahwat. Jauhilah dirimu daripada hawa. Kerana hawa ini yang mendorong kita untuk mengikut syaitan. (MUNTALAQ-Bab 1)

InsyaAllah, mungkin akan ada post tentang Al-hawa ni. Wallhua'lam.

Sunday, June 7, 2009



Tarbiyah sepatutnya berterusan sentiasa


Tidak berhenti-henti


Tidak patut ditangguh2


Maafkan diriku ini Ya Allah


Patut kembali semula mengingati


Apakah tujuan menulis ini?


Tangga2 perlu dinaiki


Tapi bukan diri sahaja perlu menaikinya


Tapi perlu membina untuk orang lain


Bersusah-payah, berpenat lelah, memerah keringat, menyusahkan diri


Menyebabkan orang lain mempunyai tangga untuk menaikinya sama2


Tidak cukup lagi bilangan Nusaibah dan Aishah


Susahnya nak jumpa Umar Al-Khattab yang kedua


Orang yang paling dekat pun:


Ibn Sina jauhlah lagi!


Betapa banyak kerja yang perlu dibuat


Kita bukan orang biasa


Kita super segala duper


Bukan mengejar kedoktoran kerana dunia


Tapi kerana cinta dan kasihkan keredhaaNya


Kerana rindu dan dahaga kerehatan di syurga


Betapa mahal tittle doktor itu


Orang mendengar apa doktor cakap


Orang mendengar apa doktor sarankan


Orang mendengar apa doktor nasihatkan


Orang lebih kisah tentang nasihat doktor yang sorang ini


Dia tak kisah nasihat orang lain


Dia tak fikir nasihat orang lain


Dia tidak peduli kata-kata tukang sapu sampah


Dia lebih suka dengar doktor cakap


"Bandingkan doktor yang bercakap tentang islam dengan tukang sampah yang bercakap tentang islam, mana satu yang lebih mempesonakan?"


Bersabar dan sabar dan sabarlah


Allah tak mungkir janji Dia


Dia tengok orang yang sabar


Tak mudah sedih, patah hati,


Tapi kuat, cekal,


Itu yang Allah cari


Itulah tapisan Allah


Teringin nak termasuk dalam list Allah


Sepertimana nabi2 terdahulu


Allah puji dalam Al-Quran


Sesungguhnya, Ayub, Ilyas, Zulkifli, Daud


Adalah orang yang baik


Allah jamin mereka


Mereka bersusah-susah berdakwah


Allah prove dalam Al-Quran


Mereka adalah list Allah


Kita ni?


Termasuk ke dalam list ni?


Takkan tak nak kot.


List Allah, list jannah, list orang2 yang baik2


Allah jamin syurga kepada mereka


Tapi kita?


Tempat kita di mana?


Dah banyak belum buat kerja atau goyang kaki sahaja


Hanya nak tengok kemenangan tu


Tak nak ke join batalion ni?


Tak nak ke dijamin syurga?


Depan Allah nanti nak jawab apa?


"Saya naqibah dulu kat sekolah, tu pun sekejap sahaja"


"Ada pernah nasihat kawan ni, tapi sekejap je lah"


Dijemput Saidina Umar untuk tampil ke hadapan


"Aku adalah khalifah islam yang kedua, aku dah memimpin umat islam dalam ketenteraan, aku...dan aku....."


Barulah prove ckit nak ke jannah tu


Jelas, nampak, clear apa yang dia buat


Untuk bantu dakwah ini


Tolong baiki diri,


Tolong kuatkan diri


Tolong tambah semangat dalam diri


Peringatan dan amaran Allah sentiasa ada


Sudah diketahui


Sentiasa diperingatkan


Silalah kembali!








Saturday, May 2, 2009

jalan pulangku


Tundukku malu di depan Mu

Kerna ku insan berdosa

Ku alukan sesalanku

Apakahkan Kau terima


Kesunyian ini sedarkan diriku yang hina

Tinggalkan semalam yang nanar

Lantas lelarkan ingatanku pada sempurnaMu

Terpaut aku tak berpaling


Ku bersyukur hanya padaMu Tuhan

Kau tunjukkan laluan ku pulang

Dan cintaMu bagai air di tandus sahara

Buat ku melepaskan dahaga


Surutkan cahaya menerangi langkahku

Serlahkan segala kiasan indah cintaMu


Ku bersyukur hanya padaMu Tuhan

Kau tunjukkan laluan ku pulang

Dan cintaMu bagai air di tandus sahara

Buat ku melepaskan dahaga


Ku mohon kau tenangkan

Gusar hatiku yang rawan

Bimbang Kau singkirkan taubatku

Ku rayu Kau hulurkan keampunanMu padaku

Telah ku zalimi diriku


Janjiku padaMu

Abdikan seluruh jiwa

Sehingga masanya

Kau seru hujung nyawaku


Janjiku padaMu

Abdikan seluruh jiwa

Sehingga masanya

Kau seru hujung nyawaku


Ku bersyukur hanya pada mu Tuhan

Kau tunjukkan laluan ku pulang

Dan cintaMu bagai air di tandus sahara

Buat ku melepaskan dahaga


Tak ku temu di manakah hentinya

Rayuan taubatku padaMu

Monday, April 27, 2009

nak share ayat ni.....


Assalamualaikum, insyaAllah hari ni Sakinah nak share ayat 22:78 (semua orang boleh rujuk manual kita!)


Maksudnya, "Dan berjihadlah kamu di jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya. Dia telah memilih kamu, dan Dia tidak menjadikan kesukaran untukmu dalam agama. (Ikutilah) agama nenek moyangmu Ibrahim. Dia (Allah) telah menamakan kamu orang-orang muslim sejak dahulu, dan (begitu pula) dalam (Al-Quran) ini, agar Rasul (Muhammad) itu menjadi saksi atas dirimu dan agar kamu semua menjadi saksi atas segenap manusia. Maka laksanakanlah solat dan tunaikanlah zakat, dan berpegang teguhlah kepada Allah. Dialah Pelindungmu; Dia sebaik2 pelindung dan sebaik2 penolong."


Dalam ayat ni, ade beberapa point yang Allah nak kita semua faham dan absorp dalam hati,


Yang pertama, Allah suruh kita berjihad dengan jihad yg sebenar-benarnya, ape maksud jihad yang sebenar-benarnya?


Imam Hasan Al-Banna penah berkata,

Medan fikir lebih luas dari medan cakap,
medan cakap lebih luas dari medan amal,
medan amal lebih luas dari medan jihad,
medan jihad lebih luas dari medan jihad yang muntij!
Maksud kata-kata ni, tak semua yang kita fikir kita cakap, tak semua yang kita cakap kita buat, tak semua yang kita buat tu kita istiqamah, kita bersungguh, dan tak semua yang kita bersungguh tu dapat hasil yang berkesan, dapat natijah yang baik.
Jihad yang sebenar-benarnya=jihad yang muntij
Untuk make sure jihad itu muntij kita kena plan.
Contohnya, untuk study di saat akhir ni, kita kena susun jadual, susun masa, berapa hari lagi, berapa topik lagi kena cover, berapa latihan lagi tak habiskan, dan kemampuan kita.
Usaha dia takdelah susah sangat tapi bernatijah!
Yang kedua, dia telah memilih kamu, dan tidak menjadikan kesukaran kepadamu dalam agama, maksudnya, Allah telah memilih kamu untuk apa-apa sahaja yang berlaku dalam hidup kita seharian, contohnya, kita berada di bumi Anbia' ni kerana Allah pilih kita, bukan calang-calang orang Allah pilih untuk berada di sini, ada kriteria tertentu yang Allah pilih. Atau, kita berada di jalan Allah ni Allah dah pilih kita, Allah memilih kita, dalam banyak2 manusia dalam dunia ni, Allah pilih kita untuk memikul tugas yang berat tu, tapi dalam ayat ni juga Allah dah janji bahawa Allah takkan memberatkan kita, Allah kata jalan ini akan senang, Allah dah janji pada kita!
Yang ketiga, Rasulullah akan menjadi saksi kepada perbuatan kita dan kita akan menjadi saksi atas perbuatan orang lain, ini adalah konsep syahadatul haq, pada hari akhirat nanti, Rasulullah akan mengaku umatnya yang melakukan sunnahnya yang terbesar iaitu menyampaikan syahadah, siapakah orang itu?, adakah diri kita ni?, masihkah hati kita berada di jalan ini?, tak mahukah kita berada dalam golongan tu? Dan orang2 yang menyampaikan syahadah tu pula akan memberi pengakuan penyaksian kepada orang lain, bahawa manusa lain ini, mereka juga telah bersama-sama dengan kita untuk menegakkan kalimah Allah di bumi ini. Kita adalah umat pertengahan, sekarang ni Rasulullah dah tiada, jadi kitalah yang menjadi perantara untuk menyampaikan apa yang Allah dah wahyukan kepada nabi untuk disampaikan kepada manusia sekalian, rujuk ayat 2:143.
Yang keempat, Allah nak cakap kat sini bahawa Dia adalah sebaik2 penolong dan sebaik2 tempat memohon pertolongan, dalam musim exam ni, di mana letaknya tawakkal kita pada Allah?, adakah kita semakin mendekati atau menjauhinya?.
Moga kita semua bertambah usaha ntuk mendekati Allah!

Sunday, April 19, 2009

Halawatul ukhwah...



Mengenali muslimah tidak lama, beberapa hari sebelum cuti mid year exam hari tu, diberi peluang oleh Allah untuk mengenalinya...

"peliknya, sapa ni, afifah che embi, tak kenal pun? ayu kenal tak orang ni?, tiba-tiba je ade kat list ni?" , "entahlah ayu tak tahu, trylah tanye, ni sape?"

Bermulalah conversation antara kami, rasa hairan masih menguasai diri, kenapelah tiba2 muncul nama ni, mula-mula ingatkan junior kat smap, rupa-rupanya, akak, belajar medic kat Birmingham.

Dia sendiri pun pelik juga, dia kata," takkanlah dak comel nak add mutantfighter, mest mutantfighter yang add dulu", "ish, akak ni, mane ade, saye tak kenal pun akak, dan tiba2 akak muncul dalam list ym saye"

Masing2 kepada masing2.

Bila kami keIreland time cuti tu, Allah beri peluang kepada kami untuk bertemu, alhamdulillah, walaupun tuduh-menuduh tu masih berlaku (klakar sangat), kak Afifah kata, mungkin tak sempat jumpa sebab time tu UK pun ade program juga, betapa pemurahnya Allah kerana memberi peluang kepada kami untuk mengenali antara satu sama lain.

Semalam, time boring2 tengok gamba histo, tegur dia,

sakinah zaib: salam
sakinah zaib: kak afifah yang dirindui!
sakinah zaib: doakan kami
sakinah zaib: esok ade exam praktikal histo
afifah che embi: salam
afifah che embi: heee
afifah che embi: mutantfighter
afifah che embi: kinah praktis elok2 mlm ni
afifah che embi: jgn lupe solat hajat
sakinah zaib: insyaAllah
afifah che embi: moga Allah permudahkn
sakinah zaib: amiiin
afifah che embi: dh musim exam ye?
sakinah zaib: haah
sakinah zaib: dah exm praktikal biochemminggu lepas
sakinah zaib: bulan 5written
sakinah zaib: bulan 6 oral
sakinah zaib: akak balik mesia tak?
afifah che embi: wahhhh
afifah che embi: byknyeeeee
sakinah zaib: ok kak
afifah che embi: sy akan blk iA klo settle smua benda kt cni
afifah che embi: tiket dh bei
sakinah zaib: ooooo
afifah che embi: bli*
afifah che embi: doakn le smua urusan ok
afifah che embi: kinah kem salam kt smua ye
sakinah zaib: mogaAllah permudahkan urusan akak
afifah che embi: rj etc
sakinah zaib: insyaAllah
sakinah zaib: baikkkkkkk!
afifah che embi: dgr citer dh makin berkembang
afifah che embi:
sakinah zaib: apenyeee
sakinah zaib: badan ke?
afifah che embi: moga terus istiqamah
afifah che embi: oit
sakinah zaib:
afifah che embi: anak binaan laaa
sakinah zaib: hehe
afifah che embi: bdn ni sensitip
sakinah zaib: hehe
sakinah zaib: ok2
sakinah zaib: dah
sakinah zaib: sori akak
sakinah zaib: gurau2
sakinah zaib: doakan kami sentiasa istiqamah!
sakinah zaib: jazakillah banyak2
sakinah zaib: akak
sakinah zaib: nak gi dulu ni
sakinah zaib: akak jaga kesihtn
afifah che embi: ok
sakinah zaib: nak dtg sane lagi nanti
sakinah zaib: insyaAllah
afifah che embi: marilah
afifah che embi: suke jumpe antunna
sakinah zaib: ana as'ad maksudnya,(saya lagi suka)
afifah che embi: aidhon?
afifah che embi: xleh ke
afifah che embi: huuhu
sakinah zaib: bleh2
afifah che embi: dlm ar rawaiq: ciri2 qaidah sulbah: cinta kpd Allah dln keadaan penuh pengharapan yg digenangi dgn perasaan takut
afifah che embi: [ar rawaiq = series slps muntalaq]
sakinah zaib: oooo
afifah che embi: hope its suits your exam mode
sakinah zaib: jazakillah akak!
afifah che embi:
sakinah zaib: k, kak assalamualaikum
afifah che embi: wslm warahmatullah

Begitulah dia, tapi sakinah takde simpanan gambar dia, tak dapat nak lampirkan kat sini, rasa senang mengenali orang yang kita tak sangka mereka pun bersama dengan kita dalam jalan yang sukar ini, takdelah rase lonely sangat, malah bersemangat lagi!