Skinpress Demo Rss

Thursday, March 11, 2010

Subhanallah, segala puji hanya bagi Allah,
Saya baru sahaja melihat video ini dan sekelip mata saya sangat menyukai video ini,
Bagaimana umat islam dapat organize satu program yang sangat hebat, videonya hebat, ahli2 panel yang hebat dan kebanyakannya saya tidak mengenali mereka ( walaupun kita berada di jalan yang sama), Ya Allah, sungguh hebat, beginilah program yang patut kita laksanakan, kita bergabung atas satu sebab iaitu islam, dan di dalam majlis itu kita bersama2 muhasabah dan bersama2 cuba mengembalikan semula kehidupan kita ke jalan Allah. Subhanallah, subhanallah, subhanallah.


Eksplorasi

Telusuri maknawi menjejak hakiki
Amanah suci khalifah di bumi
Jelajahi duniawi menuju ukhrawi
Amalan murni mengadap Ilahi

Eksplorasi diri membaca zahiri
Menyingkap realiti yang tersembunyi
Eksplorasi hati mengungkai nubari
Cerminan peribadi bias tulus budi

bertemu berpadu dalam di dalam restu
Berkias bermadah dalam santun ilmu
Berpautkan iman tenteram aman
Bersandarkan rahmat sentosa selamat

Bukan mudah melukis pelangi di langit yang tertinggi
Tanpa hadir gerimis dan sinar mentari
Yang mengiringi

Bukan mudah memiliki mutiara kasih
Tanpa diselami lubuk hati nurani
Ke dasar rasa yang paling dalam