Skinpress Demo Rss

Saturday, February 21, 2009

Harga sebuah iman...

Iman memang sangat penting...Ya Allah moga diri ini dan sahabat2 seperjuangan sentiasa thabat dalam jalan ini.

Saturday, February 14, 2009

Rasa izzah dengan islam, sensitif dgn islam, sampaikan syahadah kepada orang lain, moga tiada lagi orang lain boleh complain dia tak dengar syahadah lagi, Nabi2 dan rasul diberi tanggungjawab untuk sebarkan syahadah ni, tapi sekarang mereka dah tiada, jadi siapa lagi yang nak pikul tanggungjawab ni kalau bukan orang yang dah faham, supaya tiada lagi orang lain boleh complain dia tak dengar syahadah lagi, kita adalah umat pertengahan antara Allah dan manusia biasa, kita dah mendengar syahadah dari Rasulullah dan Rasulullah dapat dari Allah, tapi sekarang Rasulullah dah tiada, jadi kita yang kena sampaikan ape yang kita dapat dari Rasulullah kepada orang lain, ayat 2:143, Allah takkan murka kepada orang yang buat maksiat yang tak tahu tentang islam, tapi Allah akan murka kepada orang yang dah tahu tentang islam, kita tak boleh sembunyikan kebenaran, Maududi kata, kita boleh sampaikan islam melalui amal soleh, akhlak yang terpuji, dan pemerintahan yang adil. Kalau yang kedua tu nampak macam senang tapi kita kena sampaikan islam dengan percakapan juga, kalau tak Rasulullah adalah orang pertama yang takkan naik Bukit Safa dan berdakwah terang-terangan, untuk pemeritahan yang adil tu on the way, bila islam dah tertegak dalam diri setiap orang baru boleh tubuhkan negara islam dan kita tunjuk pemerintahan yang adil yang pernak kita kecapi dulu, tegakkanlah islam dalam diri kita pastu kita ajak orang lain jugak, wakafkan diri kita untuk islam, dakwah, gunalah diri ini, asalkan ia bermanfaat untuk orang lain, ibarat kita wakafkan gelas kepada masjid, siapa2 pun boleh guna gelas tu, begitu juga kita, Allah pandang usaha dan tidak kepada hasil, syahadah yang diucapkan bukan hanya setakat puasa,solat tapi lebih dari itu, kita kena sampaikan hak Syahadatul-Haq kepada orang lain, kita kena bagi tahu itulah apa yang kita imani, moga Allah permudahkan diri ini dan sahabat2 seperjuangan yang sangat dihormati.