Skinpress Demo Rss

Thursday, April 16, 2009

buku-buku adalah hati mu...

InsyaAllah, nak share ckit tentang Dr. Abdullah Nasih Ulwan...

Beliau lahir di Damascus, Syria, pada tahun 1928.

Beliau belajar kat Universiti Al-Azhar, Kaherah.

Dapat degree dan master dari Universiti Al-Azhar, Kaherah.

Dapat Phd dari Pakistan.

Pernah mengajar kat King Abdul Aziz University kat Makkah.

Menulis 43 buah buku

Pada tahun 1987, beliau meninggal dunia setelah 32 tahun menghidap penyakit.

Salah satu buku yang telah dibedah ialah Menuju Ketaqwaan

Ada satu cerita...

Tentang Saidina Umar Al-Khattab (kebangaan hati) dengan Ubai bin Kaab,

Ubai bertanya:"Pernahkah engkau berjalan di jalan yang berduri? Umar menjawab, "Bahkan!" Ubai bertanya: Apa yang engkau lakukan apabila berjalan di jalan tersebut? Jawab Umar : "Aku berhati-hati dan berusaha melepasinya". Lalu Ubai berkata, "maka yang demikian itulah ketaqwaan".

Maksudnya, jalan taqwa itu susah, berliku2, penat, letih, sengsara, tapi ingatlah janji Allah, syurga adalah tempat kerehatan yang paling best, so, berusahalah melalui jalan taqwa dan meniti tingkat2 kehidupan dgn jayanya.

bukan untuk si manja....


Copy dari seseorang...

Bacalah....

Moga2 menjadi perangsang supaya tidak futur dikala 'kering hati'..


Pencerahan bukan untuk orang manja
Tarbiyyah bukan untuk orang yang malas.

Dakwah bukan untuk orang yang takut nak bergerak dan mencabar diri.

Tarbiyyah bukan untuk orang yang cepat bosan, lari, lompat-lompat, sekejap down-sekejap up, cepat terasa.

Tarbiyyah bukan bagi orang yang memilih program untuk dia ikuti yang senang dan mudah join, yang penat, bersusah payah elak.

Bukan untuk orang yang mencari tarbiyyah hanya bila terasa diuji oleh tuhan.

Kalau tak, batang hidung pun tak nampak.

Bukan bagi yang meletakkan dakwah hanya untuk mencari calon akhawat atau ikhwah sebagai sang isteri dan suami,

-yang join hanya untuk meminta tolong teman-teman pencerahan bila dia dalam kesusahan.

Tapi kesenangan dan kelebihan yang dia dapat, tak share pun dengan orang lain.
-yang cepat mengalah,
-yang meletakkan mabit, qiamullail, daurah, dan tathqif dalam diari hanya selepas ditolak dengan semua agenda dan upacara-upacara ‘penting’ yang lain.

-yang hanya pandai cakap (dan menulis), tapi amal kosong

-yang hanya tahu compare jamaah itu dengan jamaah ini, yang boleh mengkritik dan menilai harakah ini dan itu.
Dakwah bukan untuk orang yang ikut liqa’ hanya kerana nak disebut sebagai ahli dalam harakah ini dan itu, jamaah ini dan itu.

Dakwah bukan untuk orang yang tak boleh diberi tugasan last minute.

Dakwah bukanlah untuk orang yang tak nak keluarkan duit, infaq di jalan Allah.

Dakwah bukan untuk orang yang tak boleh sesekali tidur lewat, terpaksa berjalan jauh.

Dakwah bukan bagi orang yang kalau ada program untuk ikut terlibat, mesti naik motokar besar dan mewah, yang air-cond, dan laju.

Yang tak nak naik bas, public transport, dan yang kena berpeluh-peluh.
Tarbiyah bukan untuk orang yang kena contact dan info dia setiap masa tentang perkembangan terkini sedangkan dia kena macam boss, hanya tunggu information.

Pencerahan bukan bagi mereka yang hanya nak berkawan dengan orang berduit dan berharta, yang hidup mewah, dan mengelak berkawan dengan orang susah, miskin, dan pakai comot.

Dakwah bukanlah untuk orang yang setiap masa dan ketika, kerja nak beri alasan ini dan itu.
Penat, mengantuk, susah, banyak kerja, keluarga tak bagi keluar.
Tarbiyyah bukanlah segala-galanya.

Tapi segala-galanya bermula dengan tarbiyyah.

Tanpa anda, orang yang sering beralasan ini, dakwah akan terus berjalan.

Islam akan tetap berjaya.

Ummah akan tetap terpelihara.
Cuma tanpa pencerahan,

Tanpa tarbiyyah,

Tanpa dakwah

Belum tentu kita akan berjaya di mahsyar nanti.
Tak mengapa.

Teruskan hidup anda seperti biasa.

Dakwah tak memerlukan anda.

Tiada siapa pun yang rugi tanpa kehadiran anda.

Berbahagialah seadanya.
Saya menghitung diri.

Terlalu kerap menuturkan.“saya busy..saya sibuk..saya penat..saya letih..”

Adakah ini petandanya saya terlalu manja?

Ya Allah, tabahkan hamba-Mu.“amanah ini bukan hak milik, tp anugerah dr Nya”

Saturday, February 21, 2009

Harga sebuah iman...

Iman memang sangat penting...Ya Allah moga diri ini dan sahabat2 seperjuangan sentiasa thabat dalam jalan ini.

Saturday, February 14, 2009

Rasa izzah dengan islam, sensitif dgn islam, sampaikan syahadah kepada orang lain, moga tiada lagi orang lain boleh complain dia tak dengar syahadah lagi, Nabi2 dan rasul diberi tanggungjawab untuk sebarkan syahadah ni, tapi sekarang mereka dah tiada, jadi siapa lagi yang nak pikul tanggungjawab ni kalau bukan orang yang dah faham, supaya tiada lagi orang lain boleh complain dia tak dengar syahadah lagi, kita adalah umat pertengahan antara Allah dan manusia biasa, kita dah mendengar syahadah dari Rasulullah dan Rasulullah dapat dari Allah, tapi sekarang Rasulullah dah tiada, jadi kita yang kena sampaikan ape yang kita dapat dari Rasulullah kepada orang lain, ayat 2:143, Allah takkan murka kepada orang yang buat maksiat yang tak tahu tentang islam, tapi Allah akan murka kepada orang yang dah tahu tentang islam, kita tak boleh sembunyikan kebenaran, Maududi kata, kita boleh sampaikan islam melalui amal soleh, akhlak yang terpuji, dan pemerintahan yang adil. Kalau yang kedua tu nampak macam senang tapi kita kena sampaikan islam dengan percakapan juga, kalau tak Rasulullah adalah orang pertama yang takkan naik Bukit Safa dan berdakwah terang-terangan, untuk pemeritahan yang adil tu on the way, bila islam dah tertegak dalam diri setiap orang baru boleh tubuhkan negara islam dan kita tunjuk pemerintahan yang adil yang pernak kita kecapi dulu, tegakkanlah islam dalam diri kita pastu kita ajak orang lain jugak, wakafkan diri kita untuk islam, dakwah, gunalah diri ini, asalkan ia bermanfaat untuk orang lain, ibarat kita wakafkan gelas kepada masjid, siapa2 pun boleh guna gelas tu, begitu juga kita, Allah pandang usaha dan tidak kepada hasil, syahadah yang diucapkan bukan hanya setakat puasa,solat tapi lebih dari itu, kita kena sampaikan hak Syahadatul-Haq kepada orang lain, kita kena bagi tahu itulah apa yang kita imani, moga Allah permudahkan diri ini dan sahabat2 seperjuangan yang sangat dihormati.

Wednesday, January 21, 2009

Badar 313

Takkan berundur
Walaupun selangkah
Biarlah berkubur
Takkan menyerah

Begitu mujahadah
Begitu terserlah
Biarlah basah
Bumi yang bertuah

Rentak dan tarian
Telah diperturunkan
Hanya yang beriman
Terus ke depan

Dan demi masa
Dan demi agama
Dan demi bangsa
Hartanya nyawa

Berkasarlah
Tersedarlah
Semua yang ditidurkan
Pasti terserlah
Mereka yang dinantikan

Dan demi masa
Demi agama
Dan anak bangsa
Harganya nyawa
Berkasarlah
Tersedarlah
Semua yang ditidurkan

Pasti terserlah
Mereka yang dinantikan
Pasti terserlah
Pasti terserlah
Mereka yang dinantikan
Mereka yang dinantikan
Mereka yang dinantikan
Pasti terserlah
Pasti terserlah

Berkasarlah
Berkasarlah
Berkasarlah
Berkasarlah

313 tentera Badar berjuang
313 tentera Badar menyerang
313 tentera Badar menyerang
313 tentera Badar gemilang

Saturday, January 10, 2009

Apa yang berlaku kat Gaza sekarang ni
Memang patut pun kita fikir
Memang patut pun kita bimbang
Kita patut bimbang keselamatan mereka
Kita patut bimbang ubat-ubatan yang mereka perlukan
Kita perlu bimbang untuk makanan dan minuman mereka
Kita perlu bimbang tentang kediaman mereka yang dah musnah
Kita patut bimbang tentang kesedihan mereka bila
Ayah kehilangan anak
Anak kehilangan mak
Mak kehilangan anak
Abang syahid
Kakak syahid
Adik syahid
Pak Cik syahid
Semua dah takde
Tapi ketahuilah bahawa
Golongan yang tinggal di Palestin adalh golongan yang bertuah
Mereka golongan yang dijanjikan oleh Allah dan Rasul
Mereka, iman mereka mantap
Mereka adalah golongan yang sentiasa memperlihatkan kebenaran
Mereka terus, terus dan terus memperlihatkan kebenaran
Mereka sangat tabah
Iman mereka sangat mantap
Iman mereka sangat kuat
Allah dah janji akan bagi kemenangan
Allah dah janji akan bagi kemenangan
Tapi sebelum kemenangan diraih
Kita kena bayar harga kemenangan!!!!!
Harga kemenangan sangat mahal
Allah akan bagi ujian yang sangat menyiksakan sebelum kemenangan
Supaya orang-orang yang meraih kemenangan adalah orang yang pantas dengan kesusahan yang diperoleh sebelum kemenangan
Kita tidak perlu risau terlebih dengan nasib rakyat Palestin
Kerana iman mereka dah mantap
Mereka layak untuk dapat tittle syahid
Kita?
Cam mane ye dengan kita?
Kita perlu bimbang tentang kita
Kita, iman kita cam mane?
Apa khabar iman kita?
Iman kita letak kat mane?
Tolonglah sedar
Iman kita kat mane?
Dah cukup macam orang Palestin?
Kuat cam mereka tak rase-rasenya?
Layak ke kita nak merasa kemenangan yang Allah dah confirm tu?
Kita setanding ke dengan mereka?
Takkan kita hanya nak terima takdir bahawa iman kita tak setanding mereka?
Macam mane ye dengan kita?

Tuesday, December 30, 2008

perang hunain...


tiba-tiba teringat tentang perang ni, rase kelakar juga, sebabnya nilah perang first lepas fathul makkah, kita tahu bahawa fathul makkah ni satu peristiwa yang hebat sebab time ni jumlah orang yang masuk islam berjumlah 124 000 orang, ramaikan umat islam timetu, mereka ni masuk islam atas pelbagai sebab, antaranya, mereka ni masuk islam kerana time tu mereka dah nampak bahawa islam ni agama yang sangat perfect, agama yang syumul, mereka lihat perlakuan umat islam time fathul makkah, mereka masuk secara aman tidak ada berlaku pertumpahan darah, islam tu agama yang baik, jadi sebab tu ramai yang memeluk islam, nabi pun time tu memaafkan kesalahan semua orang, apa lagi ramailah yang memeluk islam.


Pastu, bila berlaku perang hunain ni, ceh, konon-kononnya, ramailah umat islam dan dengan mudah dapat tewaskan orang kafir, api belum perang je, ramai yang kecut-perut, lari lintang-pukang, bertaburan sume org, pastu, Rasulullah seru 'wahai ahli Badr, wahai ahli Uhud, datanglah ke medan perang ni, lawan orang kafir'. Klakar jugak sebenanya, tapi islam tetap menang dalam perang ni.


Tau tak apa yang nak ditunjukkan melaui peristiwa ini, kat cni nak tunjuk bahawa ahli Badr, ahli Uhud tu, mereka ni adalah orang-orang hard core, mereka ni memang faham betul, aqidah diorang ni sangat mantap, dan diorang nilah jugak yang nabi harapkan untuk lawan denganorang kafir tu.


Ramai islam yang lari tu mereka ni, boleh dikatakn iman mereka ni kurang mantap, bukan macam ahli Badr dan Uhud, arbiyah ahli Badr dan Uhud sangat mantap, mereka dah harungi pelbagai tapisan Allah, mereka ni memang sangat mantap, tapi kalau orang islam yang lari bertempiaran tu, mereka ni dapat islam dengan cara apa? mereka hanya rase kagum dengan kehebatan islam jadi mereka ni masuk islam,tu sahaja sebabnya mereka ni memeluk islam. Tarbiyah mereka tak lame.


Macam mane pula dengan kita ye, tarbiyah kita bagaimana? dan kita nak di dalam golongan yang mane ye?