Skinpress Demo Rss

Tuesday, January 12, 2010

Perumpamaan...

Syeikh Abdul Majid Az-Zindani

Beliaulah pengarang kitab Tauhid Zindani.

Dalam buku ini, fasal 2- Kepentingan Ilmu Tauhid Dalam Islam, ada diselitkan satu perumpamaan,


Seorang lelaki masuk ke dalam sebuah kebun yang luas yang bukan miliknya. Kemudian dia mendapati di dalamnya terdapat buah-buahan dan pelbagai jenis makanan dan minuman. Lalu dia pun makan dan meminumnya. Selepas itu, dia melakukan kerja di dalam kebun itu, ada pokok yang dicabutnya dan ada yang ditanam. Kemudian seorang lelaki lain masuk ke dalam kebun itu, dia berkata pada dirinya: " Aku tidak akan melakukan sesuatu di dalam kebun ini sehingga aku bertemu dengan pemilik kebun atau wakilnya." Dia terus mencari orang tersebut. Apabila wakil pemilik kebun menemui kedua-dua lelaki tadi, dia menegur kerja-kerja yang dilakukan oleh lelaki pertama, tetapi lelaki itu tidak mengendahkan teguran tersebut. Doa terus melakukan kerja di kebun itu tanda mendapat kebenaran pemiliknya. Lelaki kedua pula mendengar segala arahan wakil pemilik kebun itu, dan melakukan kerja mengikut arahan yang diberikan. Sekarang, siapakah yang berhak menerima upah? Adakah orang yang masuk ke dalam kebun tanpa kebenaran dan melanggar arahan pemilik yang dibawa oleh wakilnya layak menerima upah? Adakah dia layak menerima upah walaupun ada kerja baik yang dilakukannya di dalam kebun itu? Tidak syak lagi, setiap yang berakal akan menjawab, upah akan diberikan kepada orang yang mengikut segala arahan pemilik kebun. Orang yang menceroboh dan melakukan kerja mengikut kemahuan sendiri tanpa kebenaran pemilik walaupun ada orang yang melarangnya, tentunya tidak layak menerima upah walaupun sebahagian daripada kerja yang dilakukanya adalah baik.

Sebenarnya, di dalam fasal-2 ini dia menceritakan bahawa betapa pentingnya keimanan kepada Allah untuk kita menerima redha Allah. Dibandingkan dengan orang kafir, ada sebahagian mereka sangat kaya, dan suka sangat memberi derma, memberikan sumbangan kepada orang2 yang memerlukan, tetapi, disebabkan tiada keimanan, maka dia akan melakukan kerja yang baik itu hanya sekadar dia berkemampuan dan bukan kerana Allah, maka amalan dia sia2 sahaja seperti yang Allah cerita dalam Quran:

" Dan orang yang kafir pula, amalan mereka adalah umpama riak sinaran panas di tanah rata yang disangkanya air oleh orang yang dahaga, ( lalu ia menuju ke arahnya) sehinggan apabila sampai ke tempat itu, tidak didapati sesuatu pun yang disangkanya itu, ( demikianlah keadaan orang kafir, tidak mendapat faedah dari amalnya sebagaimana yang disangkanya) dan dia tetap mendapat hukum Allah di sisi amalnya, lalu Alah menyempurnakan hitungan amalnya ( serta membalasnya) dan ( ingatlah) Allah amat segera hitungan hisabNya." ( An-Nur:39). Begitu juga dalam ayat ( Al-Furqan:23) dan ( Ibrahim: 18).
Walaupun ayat ni dia cerita tentang orang kafir, tapi kita sebagai seorang yang sudah lama beriman kepada Allah, kita periksa balik diri kita, adakah selama ini apa yang kita buat itu, kita telah niatkannya untuk Allah, rugilah kita kalau kita beraksi seperti orang kafir yang hanya melakukan perbuatan yang baik hanya kerana saja2, rugi sungguh kita, kita keluar dari rahim ibu dan melihat dunia tanpa memikirkan siapa yang mencipta bumi dan alam ini dan melalui kehidupan sebagai manusia dan "menumpang" di bumi Allah ikut suka hati kita!




Sombongnya kita dengan Allah setelah Allah ingatkan kita dalam ayatNya:

" Dan janganlah kamu memalingkan wajah dari manusia ( kerana sombong) dan janganlah kamu berjalan di bumi dengan angkuh. Sungguh, Allah tidak menyukai orang2 yang sombong dan membanggakan diri." (31:18)

Directnya Allah tegur kita, sedihnyalah kita sebab kerana kesombongan kita Allah terus membenci kita.

Sebelum Allah melakukan demikian, maka kita yang perlu menyoal diri kita sendiri, bagaimana amalan kita, dimana ikhlas kita, dimana ihsan kita, mudah-mudahan kita akan lebih berhati2 dalam melalui jalan taqwa. Wallahu'alam.






Tuesday, January 5, 2010

10 Ciri Muslim



Akidah yang sejahtera (Salimul Aqidah)
Ibadah yang Sahih (Sahihul Ibadah)
Aklak yang Mantap (Matinul Khuluk)
Kuat tubuh badan (Qawiyul Jismi)
Fikiran yang berpengetahuan (Mutsaqqal Fikri)
Mampu melawan nafsu (Mujahadah ala Nafsi)
Menjaga waktu (Haarithun ala Waqtihi)
Tersusun dalam urusan (Munazzamun fi syu'unihi)
Mampu berusaha (Qadiran ala Kasbi)
Berguna untuk orang lain (Nafi'un li ghairi)


Ya Allah permudahkanlah!

Friday, January 1, 2010

ihsan...


“Apakah itu Ihsan? Baginda menjawab : Sesungguhnya kamu beribadat kepada Allah seolah-olah kamu melihatnya, walaupun kamu tidak melihatnya, akan tetapi Allah melihat kamu” [Hadith Riwayat Bukhari #50, Muslim #9].

Ihsan=Completeness
=Tastefulness
=Correctness
=Sincerity

Hatiku merasa, sudah sampai masanya untuk betulkan segalanya.

Ya ALLAH, maafkan diriku, sebab selama ini aku hidup, aku tidak bersungguh2 dalam menjadikan duniamu sebagai ladang akhirat.

Giardia lamblia dan ecchinococcus granulosus



Ecchinococcus granulosis



Giardia lamblia

Saya rasa sungguh tidak puas hati apabila melihat giardia lamblia dan ecchinococcus granulosus, muka macam tak bersalah padahal mereka berdua sudah memberikan masalah yang besar kepada golongan manusia.

Muka mereka sungguh selamba dan mata mereka buat2 blank dan blur.

Cuma teringat ayat Allah ayat (2:26) dan ayat (22:73) (nanti check ye ayat ni), betapa berkuasanya Allah, benda sekecil2 ni pun boleh beri effect yang besar pada kita.

Subhanallah, aku tidak ada yang lain selain darimu Ya Allah!



Thursday, December 10, 2009

Sahabat Perjuangan

Pertemuan kita kali ini
Bukan sekadar kawan lama tak jumpa
Tapi kita bertemu ada satu makna
Kita punya satu perjuangan

Andai ada kasih antara kita
Kita kembalikan kepada Yang Esa
Agar ia suci tulus dan ikhlas
Semoga Alloh memberkati

Sambutlah tangan sahabat saudaramu
Pimpinlah ia melangkah bersama
Satukan hati kita teguhkan ia
Berdiri bersama untuk kebenaran

Reff:
Perjuangan itu artinya berkorban
Berkorban itu artinya terkorban
Janganlah gentar untuk berjuang
Demi agama dan bangsa
Inilah jalan kita

Saturday, November 28, 2009


Assalamualaikum,
sudah lama tidak update blog, masih hidup, masih bernyawa, masih dapat makan, masih ada tempat tinggal, masih dapat hirup oksigen, masih sihat untuk terus wakafkan diri kepada Allah, alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.

Dah Raya Haji dah pun, hari ni, ditaklifkan untuk menolong Kak Shaie bersama Nusaibah bawah ajk sambutan dan dewan untuk Program Raya Haji PERUBATAN. Penat juga, start dari malam semalam lagi, menyapu, mop lantai, susun barang. Sampai tertidur semua. Tapi alhamdulillah, kalau kita dah biasa niatkan setiap amalan kita kerana Allah, tak akan menjadi masalah langsung,kita takkan susah pun, kita takkan rasa benda tu buang masa pun, insyaAllah apa2 yang kita buat confirm akan dapat redha Allah, akan dapat sayang Allah.


Semasa program tadi, lepas hantar 2 VIP kat tingkat atas Arma, semasa nak turun tangga, saya terdengar, ada orang berkata, " Wah, ni tingkat VIP!!!", pastu ada orang lain pula bertanya,
" Bila kita nak jadi VIP?".

Saya mula terfikir, haah! betullah, bila ya kita nak jadi VIP?, boleh ke saya nak jadi VIP? , saya mula fikir, nak jadi VIP dunia atau VIP akhirat?.






Rasa2nya apa ya ciri2 VIP dunia?

1) Perlukan wang yang banyak
2) Perlu ada jawatan2 yang tinggi
3) Perlu kerja sungguh2
4) Perlu ada kereta besar
5)......


Rasanya, semua orang tahu, apa ciri2 yang kita perlukan, untuk menjadi VIP di dunia.
Tapi rasanya kalau VIP akhirat apa ya ciri-cirinya?

1) Kena fastabiqul khairat
2) Kena niat kerana Allah setiap masa dan setiap perbuatan kita
3) Kena ada sifat mahmudah
4) Kena ada hati yang bersih, putih
5)........

Rasanya, kita semua pun tahu bagaimana ciri2 VIP akhirat.

Bayangkan, kalau VIP di dunia bagaimana, kalau dalam program tu, kalau makan2 mesti makanan dia best2, taklah cikai2 macam orang2 biasa, pastu alat2 untuk makan pun mestilah daripada kaca, sudu dia bukan sudu plastik, sudu cantik, siap ade kerawang2 lagi, alas meja dia superb, semua cam hebatlah.

Bestnya, kita dilayan first class, semua orang baik je cakap dengan kita, tak marah2 kita, nak ape2 cakap je dekat orang2 yang layan kita.

Tapi kan, lagilah best kalau kita dapat dan mampu menjadi VIP di akhirat, bayangkan di syurga tu, bidadari2 di sekeliling kita, dia suapkan makanan, dia pakaikan baju, dahlah cantik pulak tu, boleh jumpa nabi (Rindunya!!!), boleh jumpa Umar (saya suka sangat Umar), boleh jumpa 10 sahabat yang dijanjikan syurga, dapat jumpa Allah, Allah bagi salam kat kita (36:58), Allah tegur kita tiap2 hari, Allah kata semua ni adalah exclusively untuk kita setelah kita berpenat2, bersusah2, bermati-matian, membuat amalan yang hanya niatkan kepada Allah sahaja. Kan best kan jadi VIP yang ni, bestnya, hebatnya, bertuahnya kita, kagumnya kita, untungnya orang tu kalau diri dia tergolong dalam VIP yang ni, Allah sayang sangat orang ni, Allah cinta sangat orang ni, tak nak ke kita tergolong dalam orang ni, tak nak kita berlumba2 untuk menjadi VIP akhirat, Allah kata, hanya tunggu kita sahaja, kita yang kena usaha untuk dapatkannya.

Manusia ini tidak sempurna, kita semua otw kepada kesempurnaan, harapnya Allah selalu membimbing kita, amiin!

Thursday, November 19, 2009

Nak jadi budak biasa2 je...








Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah, Allah masih panjangkan usia kita semua, kapasiti akal semakin bertambah, kapasiti perut semakin bertambah, insyaAllah, kapasiti hati insyaAllah bertambah juga.


Tiba2, hari ini rindu sekolah lama. Bagi saya, kenangan bersama kawan2 kurang, rasa rugi, rugi sangat 5 tahun tu, hanya suka belajar, buka buku twenty four seven, bila riadah buka buku, bila hari sukan buka buku, bila ada program kat DSB, mesti buka buku, masa tu, seronok study, macam dahaga sangat dengan ilmu, tapi sebenarnya hanya untuk dapatkan result yang bagus dalam setiap exam.






Ruginya 5 tahun tu, masa tu, perasaan hati, nak baik sendiri2 sahaja, tak nak terlalu ekstrem sampai jadi Badan Dakwah dan Kepimpinan atau pun terlalu nakal seperti suka rebel dengan undang2 sekolah. Nak jadi budak yang biasa2 je. Sebab nanti boleh belajar banyak2, boleh baca buku pelajaran banyak.

Masa tu, rasa seronok je, berada dalam alam sendiri, tak campur sangat dengan orang.

Tapi, bila sekarang, sudah tersepak dengan batu 'D' & 'T', saya menyedari bahawa kita tak boleh baik sorang saje, kita tak boleh jadi antara muslim biasa2, kita perlu pilih antara terlalu ekstrem dan langsung takde kena mengena, kita perlu pilih sama ada jahiliyyah atau islam, kita tak boleh jadi muslim biasa2.
Mata saya terbuka bila saya tahu saya kena tinggalkan jahiliyyah, bila saya tahu saya kena tinggalkan jahiliyyah saya rasa sedih, sedih sangat, apa yang saya masa di sekolah selama 5 tahun malah tahun2 sebelum tu adalah sia2, sangat2 rugi, sedihnya, penatnya, tak gunanya, saya tak tahu adakah niat saya belajar semasa tu, diterima Allah atau tidak.

Semasa saya tingkatan 5, saya dilantik menjadi Setiausaha Badan Dakwah Dan Kepimpinan, sepanjang saya memegang tugas tu, saya tidak pernah sekalipun berdiri di hadapan musolla untuk memberikan tazkirah, saya hanya fikir tugas saya sebagai setiausaha sahaja, tidak lebih daripada itu, asalkan kerja saya siap, sudahlah. Saya terlalu memikirkan, budak2 puteri akan cakap "poyolah kakak ni", "akak ni lebih2 pulak".

Bila sekarang ni, saya rasa selama hidup saya tu, saya mendapat senarai bil hutang, saya baru tahu bahawa saya benar2 rugi.

Tapi sekarang ni, saya nak bayar balik hutang saya, saya tak mahu ada hutang lagi, saya tak mahu rugi lagi, saya kena bayar semula hutang2 saya, saya kena banyak buat benda yang menguntungkan saya dan juga orang lain. Tolong doakan saya dan sahabat2 lain!