Skinpress Demo Rss

Tuesday, January 12, 2010

Perumpamaan...

Syeikh Abdul Majid Az-Zindani

Beliaulah pengarang kitab Tauhid Zindani.

Dalam buku ini, fasal 2- Kepentingan Ilmu Tauhid Dalam Islam, ada diselitkan satu perumpamaan,


Seorang lelaki masuk ke dalam sebuah kebun yang luas yang bukan miliknya. Kemudian dia mendapati di dalamnya terdapat buah-buahan dan pelbagai jenis makanan dan minuman. Lalu dia pun makan dan meminumnya. Selepas itu, dia melakukan kerja di dalam kebun itu, ada pokok yang dicabutnya dan ada yang ditanam. Kemudian seorang lelaki lain masuk ke dalam kebun itu, dia berkata pada dirinya: " Aku tidak akan melakukan sesuatu di dalam kebun ini sehingga aku bertemu dengan pemilik kebun atau wakilnya." Dia terus mencari orang tersebut. Apabila wakil pemilik kebun menemui kedua-dua lelaki tadi, dia menegur kerja-kerja yang dilakukan oleh lelaki pertama, tetapi lelaki itu tidak mengendahkan teguran tersebut. Doa terus melakukan kerja di kebun itu tanda mendapat kebenaran pemiliknya. Lelaki kedua pula mendengar segala arahan wakil pemilik kebun itu, dan melakukan kerja mengikut arahan yang diberikan. Sekarang, siapakah yang berhak menerima upah? Adakah orang yang masuk ke dalam kebun tanpa kebenaran dan melanggar arahan pemilik yang dibawa oleh wakilnya layak menerima upah? Adakah dia layak menerima upah walaupun ada kerja baik yang dilakukannya di dalam kebun itu? Tidak syak lagi, setiap yang berakal akan menjawab, upah akan diberikan kepada orang yang mengikut segala arahan pemilik kebun. Orang yang menceroboh dan melakukan kerja mengikut kemahuan sendiri tanpa kebenaran pemilik walaupun ada orang yang melarangnya, tentunya tidak layak menerima upah walaupun sebahagian daripada kerja yang dilakukanya adalah baik.

Sebenarnya, di dalam fasal-2 ini dia menceritakan bahawa betapa pentingnya keimanan kepada Allah untuk kita menerima redha Allah. Dibandingkan dengan orang kafir, ada sebahagian mereka sangat kaya, dan suka sangat memberi derma, memberikan sumbangan kepada orang2 yang memerlukan, tetapi, disebabkan tiada keimanan, maka dia akan melakukan kerja yang baik itu hanya sekadar dia berkemampuan dan bukan kerana Allah, maka amalan dia sia2 sahaja seperti yang Allah cerita dalam Quran:

" Dan orang yang kafir pula, amalan mereka adalah umpama riak sinaran panas di tanah rata yang disangkanya air oleh orang yang dahaga, ( lalu ia menuju ke arahnya) sehinggan apabila sampai ke tempat itu, tidak didapati sesuatu pun yang disangkanya itu, ( demikianlah keadaan orang kafir, tidak mendapat faedah dari amalnya sebagaimana yang disangkanya) dan dia tetap mendapat hukum Allah di sisi amalnya, lalu Alah menyempurnakan hitungan amalnya ( serta membalasnya) dan ( ingatlah) Allah amat segera hitungan hisabNya." ( An-Nur:39). Begitu juga dalam ayat ( Al-Furqan:23) dan ( Ibrahim: 18).
Walaupun ayat ni dia cerita tentang orang kafir, tapi kita sebagai seorang yang sudah lama beriman kepada Allah, kita periksa balik diri kita, adakah selama ini apa yang kita buat itu, kita telah niatkannya untuk Allah, rugilah kita kalau kita beraksi seperti orang kafir yang hanya melakukan perbuatan yang baik hanya kerana saja2, rugi sungguh kita, kita keluar dari rahim ibu dan melihat dunia tanpa memikirkan siapa yang mencipta bumi dan alam ini dan melalui kehidupan sebagai manusia dan "menumpang" di bumi Allah ikut suka hati kita!




Sombongnya kita dengan Allah setelah Allah ingatkan kita dalam ayatNya:

" Dan janganlah kamu memalingkan wajah dari manusia ( kerana sombong) dan janganlah kamu berjalan di bumi dengan angkuh. Sungguh, Allah tidak menyukai orang2 yang sombong dan membanggakan diri." (31:18)

Directnya Allah tegur kita, sedihnyalah kita sebab kerana kesombongan kita Allah terus membenci kita.

Sebelum Allah melakukan demikian, maka kita yang perlu menyoal diri kita sendiri, bagaimana amalan kita, dimana ikhlas kita, dimana ihsan kita, mudah-mudahan kita akan lebih berhati2 dalam melalui jalan taqwa. Wallahu'alam.






0 comments: