Skinpress Demo Rss

Thursday, August 28, 2008

Assalamualaikum
Alhamdulillah, alhamdulillah alhamdulillah. Bersyukur kita kepada Allah S.W.T. kerana Allah masih memberi kita peluang untuk hidup, masih dapat menghirup udara yang segar, pembekalan oksigen yg sangat baik, menghindarkan diri kita daripada brain ischemia, selawat dan salam ke atas junjungan mulia nabi kita, Nabi Muhammad S.A.W yang sepatutnya kita tanam dalam diri kita bahawa baginda andalah cinta kedua kita selepas Allah. Memulakan kalimah alhamdulillah sebanyak 3 kali mengingatkan Sakinah dengan keadaan dalam Metro sebelum berangkat menuju destinasi seterusnya, seorang akan memulakan bacaan doa naik kenderaan dengan melafazkan lafaz puji-pujian kepada Allah S.W.T iaitu Subhanallah3x, Alhamdulillah3x, dan Allahuakbar3x dan kemudian dengan selawat serta bacaan doa.Manakala yang lain akan mengikut. Itulah sebenarnya rutin harian seorang hamba Allah, sentiasa berdoa dan berdoa, senjata bagi orang mukmin, semata-mata mengharapkan redha Allah mengiringi setipa perbuatan seharian. Hari ini, Allah masih memberi peluang untuk Sakinah menulis lagi. InsyaAllah hari ini kita cerita tentang jahiliyyah. Ape itu jahiliyyah? Kalau kita imbas lagi ttg zaman jahiliyyah yg berlaku sebelum nabi Muhammad S.A.W diutuskan:

Nabi Isa a.s diangkat ke langit ---------------- Kenabian Nabi Muhammad S.A.W
1 Masihi 610 tahun 610 Masihi

Zaman jahiliyyah berlaku dalam tempoh 610 tahun tu.

Kenabian Nabi Muhammad S.A.W ---------------- Sekarang
610 Masihi 1398 tahun 2008

Kalau jahiliyyah tu berlaku sebelum Kenabian nabi Muhammad S.A.W., kalau ikutkan logik akal kita, sekarang ni adalah zaman jahiliyyah dan amalan jahiliyyah tu lagi berleluasa, dan lagi teruk. Kalau kita tengok zaman nabi Musa a.s, setiap bayi lelaki yang dilahirkan akan dibunuh, dan zaman jahiliyyah dulu anak-anak perempuan ditanam hidup-hidup. Bandingkan dengan kehidupan sekarang, bayi yang dibuang tu melibatkan bayi lelaki dan bayi perempuan, kiranya zaman sekarang ni jahiliyyah semakin teruk. Kalau dulu semasa zaman Nabi Luth a.s, homoseks berleluasa, dan sekarang ni macam2 istilah yg ade seperti lesbian dan macam2 istilah yg pelik yang melanggar hukum Allah S.W.T. Kita boleh simpulkan bahawa zaman sekarang ni adalah zaman jahiliyyah dan jahiliyyah yang berlaku adalah2 lebih buruk.

Kita kembali balik kepada istilah jahiliyyah ni. Ape sebenarnya jahiliyyah ni? Kalau kita bukak balik buku teks Sejarah Form 4 yang kita belajar dulu tu, jahiliyyah ni maksud dia bodoh, tak berpengetahuan, tak tahu, jahil. Tapi kita perlu faham ape jahiliyyah yang sebenarnya, jahiliyyah bermaksud ape2 sahaja yang bertentangan dengan islam, ape2 sahaja. So memang banyak benda yang bertentangan dengan islam. Jadi secara tak langsung, hidup kita ni ade dua cabang sahaja iaitu jahiliyyah dan islam. Tak ade 3 jalan, hanya dua sahaja.

Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 208 yang bermaksud: ‘ Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam islam sepenuhnya dan janganlah kamu turut jejak-jejak langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu’

Pada ayat ni Allah suruh orang-orang beriman supaya masuk ke dalam islam sepenuhnya. Ape maksud islam, islam maksudnya cara hidup, tunduk dan patuh dengan apa yang disuruh oleh Allah dan tinggalkan apa yang dilarangnya. Islam juga bermaksud selamat, sejahtera, dan Allah suruh kita masuk kepada kesejahteraan tu secara sepenuhnya, bukan sebahagian sahaja, bukan suku bahagian sahaja tapi secara keseluruhan, kesemuanya.

Contohnya, kita merasakan bahawa diri kita ni seorang yang biasa sahaja, kita tak terlalu islamik dan kita juga bukan tergolong dalam orang yang buat maksiat, kiranya kita ni bukan baik sangat dan bukan jahat sangat, biasa2 sahaja. Tapi, tahukah kita bahawa sebenarnya golongan tersebut tak patut wujud kerana hanya ada dua jalan sahaja iaitu jalan kebaikan dan jalan kejahatan. Sebenarnya, golongan tersebut tergolong dalam orang-orang yang melakukan kejahatan kerana mereka ini apabila ade orang melakukan kejahatan, mereka hanya berdiam diri, berpeluk tubuh, tidak menegur kesilapan orang lain. Allah berfirman dalam Al-Quran tentang peristiwa Sabtu. Ape dia peristiwa Sabtu?
Dalam Surah Al-A’raf Allah menceritakan pada ayat 163-167
. Peristiwa Sabtu ni berlaku kepada Bani Israil di sebuah negeri, tak silap Sakinah semasa zaman nabi Musa a.s. Negeri ini terletak berhampiran dengan laut, jadi perkejaan utamanya adalah nelayan. Jadi, di negeri ini Hari Sabtu telah dikhususkan untuk hari beribadah. Dan Allah mengujikan mereka bila mana pada hari Sabtu, ikan2 timbul di permukaan air dengan sangat banyak sedangkan pada hari2 lain, ikan tidak begitu banyak seperti itu. Mereka geram sangat sebab hari-hari lain ikan tak banyak, tapi hari Sabtu tu ikan terlalu banyak, boleh pulak main2 kan permukaan air, jadi ade mereka yang langgar perintah Allah, dan mereka pergi menangkap ikan pada hari Sabtu. Dan rakyat di negeri tu terbahagi kepada 3 iaitu golongan yang melanggar perintah Allah dengan pergi menangkap ikan pada hari Sabtu, golongan yang menegur mereka yang melanggar perintah Allah dan golongan yang hanya berpeluk tubuh dan berdiam diri, tidak menegur. Dalam ayat 164 menceritakan tentang golongan yang berpeluk tubuh berkata kepada golongan yang menegur, mereka bertanya kenapa nak menegur juga sedangkan mereka tak berubah-ubah juga, tetap ke laut menagkap ikan pada hari Sabtu, mereka menjawab “agar kami mempunyai alas an kepada Tuhanmu dan agar mereka bertakwa” . Maksudnya kat sini, akan ade dua natijah, jika mereka tegur, mereka yang ingkar mungkin akan kembali beribadah pada hari Sabtu dan jika mereka tegur juga, mereka ade hujah, mereka ade alasan sekiranya Allah menyoal mereka di akhirat kelak. Dan setelah lame perkara tu berlarutan, maka Allah turunkan bala kepada mereka yang ingkar dengan menukarkan mereka kepada kera yang hina. Kat sini memang dah terang-terang Allah kata bahawa hanya ade 2 jalan sahaja sama ade ingkar perintah Allah atau patuh perintah Allah, itu sahaja jalannya.

Sekarang ni kita fikir, apa jahiliyyah yang ade dalam diri kita dan jahiliyyah yang ade di sekeliling kita. Ape jahiliyyah di sekeliling kita, hedonisme yang melampau, konsert bebas, anime, pergaulan bebas, Akademi Fantasia, Malaysian Idol dan macam-macam istilah lagi. Ape pula jahiliyyah yang ade dalam diri kita, riya’, takabbur, ujub, dengki, mengumpat, zina mata, zina hati, dan macam2 lagi.


Baik kita muhasabah diri kita semula. Kenape kita perlu sangat membuang sifat jahiliyyah yang ade?

Islam vs jahiliyyah

Dalam surah Muhammad ayat 1-3 Allah berfirman, maksudnya “ Orang-orang kafir serta menghalangi ( manusia) dari jalan Allah, Allah sia-siakan amalan mereka. Dan orang-orang yang beriman kepada Allah dan beramal soleh serta beriman dengan apa yang diturunkan kepada Nabi Muhammad dan itulah kebenaran dari Tuhan mereka, Allah mengampunkan dosa-dosa mereka dan memperbaiki keadaan mereka. Yang demikian itu kerana orang-orang kafir mengikuti perkara yang batil dan orang-orang yang beriman mengikuti kebenaran dari Tuhan mereka. Demikianlah Allah membuat perumpamaan-perumpamaan bagi manusia.


Dan Allah berfirman lagi “ Perumpamaan kedua golongan ( orang kafir dan mukmin), seperti orang buta dan tuli dengan orang yang dapat melihat dan dapat mendengar. Samakah kedua golongan itu? Maka tidakkah kamu mengambil pelajaran? (11:24)

Sebabnya, kalau kita berbalik kepada ayat bahawa kita hanya ade dua jalan sahaja iaitu islam atau jahiliyyah, dan kita relate kan dengan aqidah iaitu islam atau kafir!!!!

Ini dah melibatkan masalah aqidah, masalah pegangan agama kita, masalah tauhid kita, dan seperti yang kita tahu aqidah merupakan akar, kepada pembinaan ibadah dan seterusnya akhlak. Jika akar rapuh, maka ia akan memberi kesan kepada ibadah, akhlak, matlamat hidup, amalan dan sebagainya. Dan nauzubillahiminzalik, jika kita tidak membuang segala jahiliyyah maka kita tahu bahawa azab Allah akan menanti kita.

Marilah kita same2 berusaha untuk menghapuskan jahiliyyah yang ade, yakinilah bahawa pilihan yang satu lagi iaitu islam adalah yang terbaik.

Hadith Rasulullah S.A.W “ 3 perkara yang sesiapa memilikinya, maka dia memperolehi kemanisan iman: Al-Quran dan Rasulnya lebih dikasihi olehnya daripada selain keduanya, dan dia tidak mengasihi seseorang melainkan kerana Allah, dan dia benci untuk kembali kepada kufur sebagaimana dia benci untuk dilontarkan ke dalam api”

Allah berfirman: “ Hai orang-orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan apa yang tidak kamu perbuat? Amat besar kebencian di sisi Allah bahawa kamu mengatakan apa-apa yang tiada kamu kerjakan” (61:2-3)

Dan kita jadikan Al-Quran dan hadith sebagai panduan hidup dan yakinilah bahawa 2 sumber itu adalah paling, sangat terbaik untuk kita. Allah berfirman dalam surah Al-Kahfi maksudnya : “ Dan sesungguhnya Kami telah menjelaskan berulang-ulang kepada manusia dalam Al-Quran ini dengan bermacam-macam perumpamaan. Tetapi manusia adalah memang yang paling banyak membantah. Sebagai peringatan untuk sahabat-sahabiah dan diri yang terlalu alpa dengan dunia yang sementara, insyaAllah. Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.

0 comments: