Skinpress Demo Rss

Thursday, August 28, 2008

Assalamualaikum…

Alhamdulillah, alhamdulillah alhamdulillah, setinggi kesyukuran kita rafa’kan kepada Allah S.W.T kerana roh kita masih pada jasadnya. Kita masih lagi dapat menghirup udara yang terdiri daripada oxygen, carbon dioxide, nitrogen dan gas nadir/gas adi yang ade macam2 kaler. Hmmm…unikkan kejadian Allah. Nikmat Allah tak ternilai harganya. Kalau time2 petang2 lepas Asar, dengar ikim.fm mesti ade lagu “alam yang indah, rahmat dariNya, sungguh mempesona, bersyukur padaNya, kecapi nikmatNya, berzikir padaNya, agar kau jadi hamba yang setia, lagu ni tak silap Sakinah, nyanyian Firdaus. Kalau kita lihat firman Allah dalam Surah Al-Hajj ayat 38 maksudnya: Sesungguhnya Allah membela orang yang beriman. Sungguh Allah tidak menyukai setiap orang yang berkhianat dan kufur nikmat.

Tadi mula-mula Sakinah cerita tentang roh masih pada jasadnya, teringat tentang arwah embah ( ni maksudnya nenek dalam bahasa Jawa) Sartinem dengan embah Patimah. Mereka baru sahaja berpindah ke alam lain sejak Sakinah balik Malaysia ni. Both of embah ni kawan baik embah Sakinah. Arwah embah Sartinem ni dia pandai mengurut, rumah embah ni takdelah jauh sangat dari rumah Sakinah, so, kalau mengalami lenguh2 sendi dan sebagainya, hehe…apa lagi ke rumah embah ni lah. Mase embah Sartinem meninggal, Sakinah pergi layat ( maksudnya gi tengok, lawat sebelum pengkebumian) kat rumahnya. Arwah tinggal seorang kat rumah, anak-anaknya semua kerja kat bandar. Arwah meninggal hari Ahad, dan kebuminya hari Isnin, tak ingat tarikh bila, tapi time tu Sakinah dah lebih kurang 2 minggu kat umah. Embah Sakinah selalu juga datang ke rumah embah Sartinem, petang-petang, borak2 dengan kawannya. Bila Sakinah bagitahu embah tentang embah Sartinem, dia nampak terkejut sebab dia tak sangka yang kawannya tu dah pergi. Umur embah Sartinem time meninggal tu 77 tahun sedangkan embah berumur 84 tahun sekarang. Abah pun sebelum ke pejabat di Putrajaya, abah pergi layat kejap, dan kami pula menyusul kemudian. Embah Sartinem meninggal dunia kerana sakit tua. Cerita arwah emabah Patimah pula, embah Patimah ni emak dan emak mertua kepada pasangan suami isteri yang kedua-duanya juga adalah cikgu Sakinah semasa sekolah rendah, iaitu Cikgu Azizah dan Cikgu Roslan. Sakinah sempat melawat embah Patimah di Hospital Banting bersama-sama dengan ibu dan embah. Embah Patimah dimasukkan ke dalam hospital kerana sakit lelah. Masa tu, Embah Patimah memerlukan bantuan bekalan oksigen untuk bernafas, dan tidak boleh bernafas tanpa bantuannya. Ibu Sakinah certia, selang beberapa hari dari tarikh kami melawat Embah Patimah, Embah Patimah dibawa pulang ke rumah dan masih memerlukan bekalan oksigen, anak2 embah Patimah kongsi duit beli tong oksigen yang sangat panjang. Tak silap Sakinah selang3-4 hari, embah Patimah meninggal dunia, tak tahulah ape yang terjadi, mungkin ade oxygen toxicity kot? Marilah kita same2 menyedekahkan Al-Fatihah buat arwah embah Patimah dan embah Sartinem moga2 mereka berdua tergolong dalam orang-orang yang Allah rahmati sentiasa. Dan ingatlah : Setiap yang bernyawa akan merasakan mati. Dan hanya pada hari Kiamat sajalah diberikan dengan sempurna balasanmu. Barang siapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, sungguh dia memeperoleh kemenangan. Kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang memperdaya (3:185). Persiapkanlah diri kita dengan amalan sebanyak mungkin, dan Allah takkan mempersiakan usaha kita untuk mendapatkan redha Allah dengan membalasnya dengan syurga. Wallahu’alam.

0 comments: