Skinpress Demo Rss

Thursday, December 25, 2008

Bola besi....




Setiap orang ade bola besi masing2. Bola besi ni ade 3 layer, layer yang paling dalam tentang aqidah, aqidah ni dia duduk kat bahagian paling dalam sekali, kenape ye? sebab aqidah ni penting sangat! Tentang ape yang kita imani, apa yang kita sembah, apa yang kita pegang, aqidah memang sangat penting.

Layer yang kedua, pula layer ni merangkumi hobi kita, cita-cita kita, ibadah kita.

Manakala layer yang ketiga tentang akhlak kita, cara bercakap, stail kita, cara berpakaian, cara pemikiran, semua yang orang boleh nampak.

Ok, mari kita lihat setiap satu bola besi, kalau bola besi orang islam rase-rasenya, ape yang ade kat tengah2 sekali? Mestilah aqidah dia islam kan? pastu kita tengok pula layer kedua dia, dia buat ape? hobi dia mesti baca Al-Quran, qiam, tolong kawan, sabar, pemaaf, pemurah, solat tepat waktu, cita-cita dia jadi muslim doktor, sangat best! Kita tengok pula layer ketiga dia, dia mestilah mempunyai akhlak yang baik, pemikiran yang rasional, optimis, fikirkan masalah ummat, cara bercakap yang meyakinkan. Itulah bola besi orang islam yang sepatutnya!

Kita bandingkan pula dengan bola besi orang kafir, kalau bola besi orang kafir, apa yang kat tengah-tengah tu, tiada tuhan, atheist. Kita tengok pula layer kedua dia, dia hanya akan fikir shopping, tengok cerita korea, tengok movie ni, pergi twngok wayang, dengar muzik hip-hop, pergi night club, minum arak dan sebagainya. Pastu kita tengok pula layer dia yang ketiga, akhlak dia tak best, tak baik, pemikiran dia hanya pikir cam mane nak runtuhkan islam. Itulah bola besi orang kafir.

Tapi, mari kita tengok, keadaan sekarang ni, ade lagi ke bola besi orang islam macam tu? Kalau kita tengok sekarang, rata2 orang islam punya bola besi tak macam tu kan? Kita tengok orang islam sekarang, islam hanya dalam ic, islam hanya mengaku sahaja tetapi tidak melakukan apa yang Allah suruh, 2 layer yang luar tu, tak macam orang islam punya, nampak macam sifat orang kafir pula, tapi tengah-tengah dia islam, tapi luar dia tak macam islam, hairannya?

Bola besi sifatnya melebur, dia melebur start dari dalam pastu dia mempengaruhi layer2 yang seterusnya, aqidah yang mantap, iman yang kuat akan memepengaruhi ibadah kita, amalan kita, akhlak kita supaya ia jadi baik juga, tapi kita lihatlah, 2 layer terluar umat islam sekarang ni tercorak oleh ape? Budaya barat! Sepatutnya, bola besi orang islam ni, dia melebur start dari dalam lepas tu mempengaruhi layer2 dia dan kemudiannya terpalit sekali ke bola besi orang kafir, tapi sekarang ni terbalik pulak, bola besi orang kafir tu melebur dan menyebabkan bola besi orang islam terpalit sekali.

Mana satu bola besi kita sebenarnya? Allah dah cakap dalam Al-Quran, masuklah kamu ke dalam islam secara keseluruhan, bukan separuh sahaja, bukan suku sahaja, tapi sepenuhnya, islam bermaksud kesejahteraan, takkan kita taknak masuk dalam kesejahteraan secara keseluruhan dan dapat perlindungan Allah secara keseluruhan?

0 comments: