Skinpress Demo Rss

Saturday, December 13, 2008

I want to build the most beautiful house.......

HADIS 3 yang rasenya simple je, tak panjang macam hadis 2, tentang pembinaan islam dalam diri,

'Didirikan islam atas lima rukun,: syahadah ( pengakuan) bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawasanya Muhammad itu Rasulullah, dan mendirikan sembahyang dan mengeluarkan zakat, dan mengerjakan haji di Baitullah, dan puasa di bulan Ramadhan. Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.

maksud didirikan tu, kita bina, daripada teori, kita praktikkan, apa yang kita faham dari islam tu kita praktikkan, actually dia macam sebuah rumah,

Bayangkan kita ada sebuah rumah, kita bina rumah tu mula2 kena ade cerucuk besi, tanam dalam2 tanah, pastu ade dinding rumah, dari batu-bata, pastu kita buat compartment, ade bilik mandi, ruang tamu, ade dapur, pastu kita buat lubang untuk tingkap, pintu dan ruang udara, pastu ade atap, las sekali kita catkan, cantikkan rumah tu.

Pemahaman kita terhadap islam adalah seperti cerucuk tu tadi, kita faham islam melalui 5 perkara asas tu, tadi, kan kita tanam cerucuk2 tu dalam2 kan, ertinya kita ade kefahaman yang sangat2 dalam islam, kita dah masyi dengan islam.

Dinding2, cat, batu-bata, tingkap, pintu, tu semua adalah cabang daripada 5 perkara asas tadi.

Kalau orang islam yang betul2 faham islam tapi dia tak berkembang, hanya, 5 perkara tu je yang dia pegang, maka rumah dia takkan siap2.

Kalau orang kafir walaupun mereka ni ade sifat baik hati yang kadang-kadang melebihi sifat orang islam sendiri, tapi rumah dia ni takde cerucuk yang hebat, senang runtuh.

Kita nak pilih yang mane ye? atau kita ade pilihan ketiga iaitu, kita bina dalam diri kita ni kefahaman yang betul2 kefahaman islam dan kemudian kita cantikkan rumah kita tu, barulah rumah tu complete,

Pak Cik Maududi pesan dalam buku Dasar-dasar Islam, bahawa pentingnya kita ade pengetahuan dan kefahaman dalam menjadi Muslim yang sebenar, mudah-mudahan Allah permudahkan urusan kita seharian, Allahu warasuluhu a'lam.

0 comments: