Skinpress Demo Rss

Sunday, October 18, 2009

bestnya hari jadi kita!















Alhamdulillah, hari ini, Allah masih lagi memanjangkan usiaku, hari ini masih dapat lagi berjumpa dengan teman2 seperjuangan, menyambung pengajian untuk tahun ketiga perubatan di Kasr El-Ainy Medical School, dah masuk minggu ketiga sekolah, semakin banyak yang dipelajari, dari hari ke hari, moga Allah permudahkan urusan kita sehari-harian. Moga Allah sentiasa memilih kita, menjadi senarai 'yang dikehendaki' oleh Allah untuk mendukung tugas 2:30 dan 51:56. Allah berfirman, "Allah memilih para utusan (Nya) dari malaikat dan dari manusia. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, Maha Melihat".(22:75)







Selamat Hari Lahir kepada sahabat yang mempunyai sama nama denganku, hari ini, masa kat sekolah, semua orang mengucapkan pelbagai ucapan selamat kepadanya, alhamdulillah Allah masih memanjangkan usia dia dan kita semua untuk kekal hidup hingga hari ini.










Bila memikirkan hari jadi kawan, teringat kita tentang sepanjang hidup kita ini, setelah hidup di bumi Allah selama 19 tahun atau 20 tahun atau 21 tahun ni, adakah sepanjang hidup kita itu, kita memang betul2 beriman kepada Allah? Adakah sepanjang hidup kita itu kita bermanfaat untuk diri kita dan juga orang lain? Bagi saya, saya sendiri mengaku bahawa hidup yang betul2 beriman kepada Allah baru sahaja bermula, rasa rugi sangat sebab berbelas2 tahun hidup tapi tidak betul2 menghambakan diri kpd Allah, rasa rugi, terlampau rugi, padahal banyak sangat perkara2 yang membasahkan hati yang kita boleh buat sepanjang berbelas2 tahun yang kerugian itu. Kalau Syed Qutb, kehidupan dia bermula ketika usia beliau 40 tahun. Bayangkan, 40 tahun lama sangat, sangat rugi kalau kita tak bermanfaat dalam jangka masa 40 tahun itu. Betapa Allah mahukan Syed Qutb tersepak dengan batu dakwah dan tarbiyyah, sehinggakan Allah panjangkan usia beliau sampailah beliau berumur 40 tahun, beliau tersepak dengan batu D&T, selepas itu baru meninggalkan alam ini.



Itu kisah Syed Qutb, kisah orang yang sudah tiada tapi bagaimana kita? Adakah kita sudah bersedia dengan mati yang pasti? Kadang2 kita suka melebihkan yang tidak pasti daripada yang pasti. Banyak saja contoh yang tak pasti tu, rasanya semua orang boleh mengagak apa benda yang tak pasti yang dia lebih utamakan, membaca buku medic lebih diutamakan daripada baca Quran, atau apa sahaja yang berkaitan. Kita tiada persediaan untuk benda yang pasti. Moga Allah membuka hati kita,berikan kita hidayah supaya nampak jalan lurus yang menuju kepada Allah. Semoga entry kali ini bermanfaat kepada semua, amiin. Allah berfirman," Setiap yang bernyawa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan. Dan kamu akan dikembalikan hanya kepada Kami" (21:35)

0 comments: