Skinpress Demo Rss

Tuesday, October 27, 2009

Ubat pelangsing Sendayu xxxx




Mari kita lihat ubat pelangsing keluaran Sendayu xxxx, punyalah ramai stockist, ramai promoter yang mempromote menyatakan bahawa ubat pelangsing itu memang berkesan. Tetapi, adakah hanya cukup dengan sekadar menunjukkan botol ubat, tanpa menguji terlebih dahulu? Maka adalah seseorang yang terpengaruh, sudah lama mengidamkan bentuk badan yang langsing, sudah lama menderita, kerana diejek oleh rakan2 kerana berbadan buah epal, maka pergilah sesorang itu ke syarikat Sendayu xxxx, untuk mencuba produk itu.

Maka, gambar sebelum kurus diambil.




Setelah berbulan2 menggunakan produk itu, maka ternyata ubat itu berkesan, alangkah gembiranya hati seseorang, bukan sahaja badan kurus, tetapi terkenal pula kerana dirinya dijadikan sebagai model iklan ubat pelangsing Sendayu xxxx.


Dalam iklan itu, siap ada gambar seseorang sebelum dan selepas menggunakan produk itu, siap ada no. telefon seseorang lagi, bimbang kalau2 ada orang lain tidak percaya maka boleh terus menghubungi seseorang, supaya tiada ragu, tiada bimbang dengan ubat pelangsing Sendayu xxxx

Itulah shahadatul haq, bagaimana seseorang itu menjadi penyaksian kepada kebenaran ubat pelangsing Sendayu xxxx, betapa seseorang amat yakin dengan kebenaran, kemujaraban ubat pelangsing itu dan dia mahu sampaikan pada orang lain bahawa ubat itu benar,ubat itu mujarab, ubat itu sangat bagus.

Apabila dikaitkan dengan Shahadatul Haq, bahawa sesorang islam itu menjadi saksi bahawa islam itu adalah benar, adalah agama yang dapat menyelamatkan hidup kita, maka kita juga perlu cerita pada orang lain bahawa agama ini benar, bahawa agama ini agama yang bagus.

Mari kita lihat manual kita (2:143), bahawa Allah mengatakan bahawa kita adalah umat pertengahan. Maksudnya, kita adalah perantara antara Rasul kita dan juga manusia lain. Nabi Muhammad S.A.W telah pun menjadi perantara antara Allah dan kita, iaitu Rasulullah S.A.W telah pun menjadi saksi bahawa islam itu benar, dan kita adalah antara orang yang Allah telah pilih untuk menerima hidayah itu, dan kini baginda telah tiada maka kita pula yang perlu menyampaikan penyaksian kebenaran itu kepada manusia lain pula. Wallahualam.







0 comments: