Skinpress Demo Rss

Monday, February 15, 2010

Bittaufiq Wannajah....




Assalamualaikum adik2ku, sahabat2ku, dan kakakku...
Diriku meminta maaf kepada antunna sekalian kerana
Diriku ini masih belajar
Masih belajar untuk membimbing
Dan perlu dibimbing juga
Dengan bantuan antunna juga:)

Maaf di atas kekurangan ini
Maaf di atas kelemahan ini
Muwasafat tarbiyyah masih belum diri ini menguasai sepenuhnya




Betapa kita dapat lihat
Bahawa susahnya, sukarnya, rumitnya, lecehnya,
Untuk mencipta, untuk mereka, untuk menghasilkan,
1000 Nusaibah Binti Kaab
1000 Sumayyah
1000 Rumaisa'
1000 Khadijah
1000 Aisyah
1000 Umar
1000 Abu Bakar
1000 Abu Ubaidah


Hidup ini hanya sementara
Sedangkan hidup di akhirat adalah kekal abadi
Sepatutnya negeri yang kita paling cintai adalah negeri akhirat
Rindu kita bukan di sini
Tapi rindu kita di sana
Ramai yang sudah meninggalkan kita
Nabi Muhammad S.A.W
Umar Al-Khattab
Umar Abdul Aziz
Sultan Abdul Hamid II
Fathi Yakan
Hasan Al-Banna
Syeikh Ahmad Yasin
Zainab Al-Ghazali
Ayyash
Syed Qutb



Rantai2 perjuangan perlu disambung
Siapa lagi yang mahu menyambung
Kalau bukan kita 'wahai pemuda'?
Atau kita hanya mahu menjadi 'pom2 girl'
Yang hanya bersorak dan bertepuk tangan
Melihat kenaikan islam
Tanpa membantu perjuangan ini
Sedangkan Dia sudah berjanji
Giliran kita pula akan mengusai dunia
Selepas ini

Wahai adik2ku, sahabat2ku, dan kakakku....
Perjalanan kita masih jauh
Hidup kita perlu diteruskan
Hidup diteruskan secara terarah
Bukan main hentam sahaja
Bezanya faham dan tahu
Banyak perkara kita tahu tapi kita tidak faham
Sia2 sahaja
Sia2 sahaja
Kefahaman itu penting
Kefahaman itu penting

Betapa daie perlukan hati yang bersih
Kerana dakwah ini adalah dakwah kasih sayang
Bagaimana hubungan kita dengan Dia?
Inferior itu normal pada mulanya
Tapi tidak boleh berterus-terusan
Ku doakan yang terbaik untuk antunna
Selamat study ya,
Jangan main2 lagi
Kerna orang muslim tiada masa main2
Kita tiada masa main2
Penuhilah syiar 'talabul ilmi'
Fardhu dan bukannya harus atau sunat

Ini bukan kata-kataku sahaja
Tetapi Dia sendiri sudah mengatakan:
'Bacalah dengan (menyebut) nama TuhanMu yang menciptakan' (96:1)
'Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri' ( 13:11)

Moga Allah bukakan hatimu untuk senang faham
Mudah hadapi peperiksaan
Selawat banyak2
Ingat Dia banyak2
Selepas peperiksaan ini
Banyak lagi yang kita akan buat
Banyak lagi perkara yang akan kita tempuhi
Banyak lagi perkara yang akan kita pelajari
Untuk melengkapkan diri sebagai individu muslim
Menuruti tangga marhalah2
Sampailah ke target kita
Yang sudah lama jatuh
Yang sudah lama diharapkan
InsyaAllah
InsyaAllah
InsyaAllah






















0 comments: