Skinpress Demo Rss

Tuesday, December 30, 2008

perang hunain...


tiba-tiba teringat tentang perang ni, rase kelakar juga, sebabnya nilah perang first lepas fathul makkah, kita tahu bahawa fathul makkah ni satu peristiwa yang hebat sebab time ni jumlah orang yang masuk islam berjumlah 124 000 orang, ramaikan umat islam timetu, mereka ni masuk islam atas pelbagai sebab, antaranya, mereka ni masuk islam kerana time tu mereka dah nampak bahawa islam ni agama yang sangat perfect, agama yang syumul, mereka lihat perlakuan umat islam time fathul makkah, mereka masuk secara aman tidak ada berlaku pertumpahan darah, islam tu agama yang baik, jadi sebab tu ramai yang memeluk islam, nabi pun time tu memaafkan kesalahan semua orang, apa lagi ramailah yang memeluk islam.


Pastu, bila berlaku perang hunain ni, ceh, konon-kononnya, ramailah umat islam dan dengan mudah dapat tewaskan orang kafir, api belum perang je, ramai yang kecut-perut, lari lintang-pukang, bertaburan sume org, pastu, Rasulullah seru 'wahai ahli Badr, wahai ahli Uhud, datanglah ke medan perang ni, lawan orang kafir'. Klakar jugak sebenanya, tapi islam tetap menang dalam perang ni.


Tau tak apa yang nak ditunjukkan melaui peristiwa ini, kat cni nak tunjuk bahawa ahli Badr, ahli Uhud tu, mereka ni adalah orang-orang hard core, mereka ni memang faham betul, aqidah diorang ni sangat mantap, dan diorang nilah jugak yang nabi harapkan untuk lawan denganorang kafir tu.


Ramai islam yang lari tu mereka ni, boleh dikatakn iman mereka ni kurang mantap, bukan macam ahli Badr dan Uhud, arbiyah ahli Badr dan Uhud sangat mantap, mereka dah harungi pelbagai tapisan Allah, mereka ni memang sangat mantap, tapi kalau orang islam yang lari bertempiaran tu, mereka ni dapat islam dengan cara apa? mereka hanya rase kagum dengan kehebatan islam jadi mereka ni masuk islam,tu sahaja sebabnya mereka ni memeluk islam. Tarbiyah mereka tak lame.


Macam mane pula dengan kita ye, tarbiyah kita bagaimana? dan kita nak di dalam golongan yang mane ye?

Thursday, December 25, 2008

Bola besi....




Setiap orang ade bola besi masing2. Bola besi ni ade 3 layer, layer yang paling dalam tentang aqidah, aqidah ni dia duduk kat bahagian paling dalam sekali, kenape ye? sebab aqidah ni penting sangat! Tentang ape yang kita imani, apa yang kita sembah, apa yang kita pegang, aqidah memang sangat penting.

Layer yang kedua, pula layer ni merangkumi hobi kita, cita-cita kita, ibadah kita.

Manakala layer yang ketiga tentang akhlak kita, cara bercakap, stail kita, cara berpakaian, cara pemikiran, semua yang orang boleh nampak.

Ok, mari kita lihat setiap satu bola besi, kalau bola besi orang islam rase-rasenya, ape yang ade kat tengah2 sekali? Mestilah aqidah dia islam kan? pastu kita tengok pula layer kedua dia, dia buat ape? hobi dia mesti baca Al-Quran, qiam, tolong kawan, sabar, pemaaf, pemurah, solat tepat waktu, cita-cita dia jadi muslim doktor, sangat best! Kita tengok pula layer ketiga dia, dia mestilah mempunyai akhlak yang baik, pemikiran yang rasional, optimis, fikirkan masalah ummat, cara bercakap yang meyakinkan. Itulah bola besi orang islam yang sepatutnya!

Kita bandingkan pula dengan bola besi orang kafir, kalau bola besi orang kafir, apa yang kat tengah-tengah tu, tiada tuhan, atheist. Kita tengok pula layer kedua dia, dia hanya akan fikir shopping, tengok cerita korea, tengok movie ni, pergi twngok wayang, dengar muzik hip-hop, pergi night club, minum arak dan sebagainya. Pastu kita tengok pula layer dia yang ketiga, akhlak dia tak best, tak baik, pemikiran dia hanya pikir cam mane nak runtuhkan islam. Itulah bola besi orang kafir.

Tapi, mari kita tengok, keadaan sekarang ni, ade lagi ke bola besi orang islam macam tu? Kalau kita tengok sekarang, rata2 orang islam punya bola besi tak macam tu kan? Kita tengok orang islam sekarang, islam hanya dalam ic, islam hanya mengaku sahaja tetapi tidak melakukan apa yang Allah suruh, 2 layer yang luar tu, tak macam orang islam punya, nampak macam sifat orang kafir pula, tapi tengah-tengah dia islam, tapi luar dia tak macam islam, hairannya?

Bola besi sifatnya melebur, dia melebur start dari dalam pastu dia mempengaruhi layer2 yang seterusnya, aqidah yang mantap, iman yang kuat akan memepengaruhi ibadah kita, amalan kita, akhlak kita supaya ia jadi baik juga, tapi kita lihatlah, 2 layer terluar umat islam sekarang ni tercorak oleh ape? Budaya barat! Sepatutnya, bola besi orang islam ni, dia melebur start dari dalam lepas tu mempengaruhi layer2 dia dan kemudiannya terpalit sekali ke bola besi orang kafir, tapi sekarang ni terbalik pulak, bola besi orang kafir tu melebur dan menyebabkan bola besi orang islam terpalit sekali.

Mana satu bola besi kita sebenarnya? Allah dah cakap dalam Al-Quran, masuklah kamu ke dalam islam secara keseluruhan, bukan separuh sahaja, bukan suku sahaja, tapi sepenuhnya, islam bermaksud kesejahteraan, takkan kita taknak masuk dalam kesejahteraan secara keseluruhan dan dapat perlindungan Allah secara keseluruhan?

Saturday, December 13, 2008

tapisan demi tapisan


Tapisan Alah sentiasa berlaku, mudah-mudahan Allah thabatkan diri ini, di jalanNya, Ya muqallibalqulub, thabbit qulubana 'ala dinik wa 'ala taatik, wa jihadi fi sabilik.

I want to build the most beautiful house.......

HADIS 3 yang rasenya simple je, tak panjang macam hadis 2, tentang pembinaan islam dalam diri,

'Didirikan islam atas lima rukun,: syahadah ( pengakuan) bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawasanya Muhammad itu Rasulullah, dan mendirikan sembahyang dan mengeluarkan zakat, dan mengerjakan haji di Baitullah, dan puasa di bulan Ramadhan. Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.

maksud didirikan tu, kita bina, daripada teori, kita praktikkan, apa yang kita faham dari islam tu kita praktikkan, actually dia macam sebuah rumah,

Bayangkan kita ada sebuah rumah, kita bina rumah tu mula2 kena ade cerucuk besi, tanam dalam2 tanah, pastu ade dinding rumah, dari batu-bata, pastu kita buat compartment, ade bilik mandi, ruang tamu, ade dapur, pastu kita buat lubang untuk tingkap, pintu dan ruang udara, pastu ade atap, las sekali kita catkan, cantikkan rumah tu.

Pemahaman kita terhadap islam adalah seperti cerucuk tu tadi, kita faham islam melalui 5 perkara asas tu, tadi, kan kita tanam cerucuk2 tu dalam2 kan, ertinya kita ade kefahaman yang sangat2 dalam islam, kita dah masyi dengan islam.

Dinding2, cat, batu-bata, tingkap, pintu, tu semua adalah cabang daripada 5 perkara asas tadi.

Kalau orang islam yang betul2 faham islam tapi dia tak berkembang, hanya, 5 perkara tu je yang dia pegang, maka rumah dia takkan siap2.

Kalau orang kafir walaupun mereka ni ade sifat baik hati yang kadang-kadang melebihi sifat orang islam sendiri, tapi rumah dia ni takde cerucuk yang hebat, senang runtuh.

Kita nak pilih yang mane ye? atau kita ade pilihan ketiga iaitu, kita bina dalam diri kita ni kefahaman yang betul2 kefahaman islam dan kemudian kita cantikkan rumah kita tu, barulah rumah tu complete,

Pak Cik Maududi pesan dalam buku Dasar-dasar Islam, bahawa pentingnya kita ade pengetahuan dan kefahaman dalam menjadi Muslim yang sebenar, mudah-mudahan Allah permudahkan urusan kita seharian, Allahu warasuluhu a'lam.

Allahu rabbi wa rabbukum...

Surah Al-Ikhlas yang sagat mengasyikkan, menyebabkan aku rase berasa seronok untuk tadabbur surat Allah yang berbentuk aqidah,

'katakanlah, Dialah Allah, Yang Maha Esa, Allah tempat meminta segala sesuatu, tidak beranak dan tidak pula diperanakkan, dan tiada sesuatu yang setara dengan Dia'

Ayat 1, kenapa tak wahid? kenapa ahad? kalau kita belajar Bahasa Arab dulu, maksudnya yang paling, contoh, ajmal-yang paling cantik, akthar-yang paling banyak, so maksud dia kat sini, yang paling Esa, paling satu, takde yang lain, kalau kita guna wahid, dia macam bilangan, ada wahid, ithnani, thalatha, and so on. Sebab tu kat sini guna ahad.

Ayat 2, kat sini, Allah cakap kita ni manusia tak perlu lagi rase susah, rase takut, rase terbeban , rase sedih, sebabnya kita ada Allah, Allah yang cipta kita, kalau bandingkan diri kita dengan orang Iban yang bukan islam, mereka kena sembah, banyak tuhan, tuhan air sebab nanti tanman takde air, tak hidup, tuhan matahari sebab nanti tanaman mati kalau takde air, tuhan angin, supaya tanaman tak kena ribut, banyak sangat bimbangnya, tapi kita hasbiyallah je, cukuplah Allah, nak mengadu, mengadu kat Allah, rase marah kat manusia, mengadu kat Allah, rintih kat Alah, takpe, Allah selalu dengar kita.

Ayat 3, ni pun satu sifat Allah, Allah tak beranak dan tak pula diperanakkan, kita tak pening kepala nak sembah tuhan banyak2, cukuplah Allah dalam hati kita!

Ayat 4, dan tiada sesuatu yang setara dengannya, tulah kan dah cakap Allah ni paling berkuasa, takde benda yang setara dengannya, sebab tulah kalau nak minta tolong ape2 mintalah dengan Allah.

Ade satu peristiwa, ada kaum Nasrani dari Najran, mereka ni dari jauh dengarlah berita tentang nabi, nabi bawa ajaran islam, kaum ni sanggup datang dari jauh sebab nak tanye tentang ketuhanan, bila mereka jumpa nabi mereka tanye, apa maksud tuhan menurut pandangan islam, pastu nabi jawab dengan surah ni, nak kata kat cni, kriteria untuk memilih tuhan tu ade dalam surah ni, kalau kita tengok zaman jahiliyyah, orang sembah berhala, pastu bukan satu je, banyak berhala, tapi ciri2 tuhan yang sebenarnya ada dalam surah ni. Mereka berdebat dalam masjid 3 hari 3 malam untuk selesaikan benda ni.

kenapa kita kena belajar tauhid sedangkan kita kan dah beriman dengan Allah ?, kalau kita tengok ayat 2: 260, nabi Ibrahim cakap kat Allah, Ya Tuhanku, perlihatkanlah kepadaku bagaimana Engkau menghidupkan orang mati, Allah berfirman, Belum percayakah engkau?, Aku percya tapi agar hatiku tenang ( mantap). Supaya kita bertambah yakin, bertambah rase kagum, dan bertambah rase best tuk amalkan islam kita, mudah-mudahan Allah memberi petunjuk kepada kita, Wallahu'alam.

Friday, November 21, 2008

muqaddimah zilal.......

assalamualaikum. alhamdulillah Allah memberikan ana peluang skali lagi untuk menulis, ana baru start baca muqaddimah zilal, ape dia muqaddimah zilal? ia adalah muqaddimah bagi tafsir Fi Zilal Al-Quran, walaupun namanye muqaddimah tapi sebenarnya ditulis akhir sekali, sape yang buat tafsir ni? tak lain tak bukan Syed Qutub, salah seorang anggota Ikhwanul Muslimin, Maksud perkataan Fi Zilal Al-Quran adalah berada di bawah naungan, payungan, perlindungan Al-Quran, muqaddimah dia sangat menarik, Syed Qutub kata hidup di bawah bayangan Al-Quran adalah satu kenikmatan yang tidak dapat tidak diketahui melainkan hanya oleh mereka yang mengecapinya sahaja, maksudnya kat cni, Syed Qutub nak kita gambarkan bahawa berada di bawah naungan Al-Quran ni adalah sangat2 bermanfaat, contohnya cam kita berada di bawah pokok yang rendang, di kala keadaan yang sangat panas dengan cahaya matahari, tapi kita dapat perlindungan daripada panas cahaya matahari sebab kita berlindung bawah pokok yang rendang tu, kalau berada di bawah naungan Al-Quran tu maksudnya, kita berada di bawah perlindungan, dan naungan Allah, kalau macam kita berada di bawah jagaan ibu dan ayah kita dan bandingkan keadaan tu dgn situasi anak yatim, anak yatim takde ibu dan takde ayah, rase inferior, rase takut, tapi kita bandingkan juga situasi berda di bawah naungan ibu bapa tu dengfan naungan Allah, mane paling best, mana paling berkekalan, mane yang akan berterusan, manusia akan mati tetapi Allah akan kekal, nak katanye naungan Allah ni is the best, kalau kita bencikan seseorg, kita mesti mengelakkan diri dari nak berjumpa dgn org tu kan, tapi misalnya kita ade benci dgn Allah, kita tak dapat nak larikan diri sebab pada hakikatnya kita tahu bahawa Allah tu memerhatikan kita, ke mane sahaja kita pergi Allah tahu, jadi why not kita volunteer diri untuk berada di bawah naungan Allah tu, tak perlu dipaksa2.

Perenggan kedua, Syed Qutub kata lagi alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah yang telah mengurniakan kepadaku kenikmatan hidup di bawah naungan Al-Quran selama beberapa waktu, kat cni dia related dgn kehidupan Syed Qutub sendiri, Syed Qutub join IM sewaktu umurnya 4o lebih, Beliau satu universiti dengan Hasan Al-Banna kat universiti Kaherah ( bangga juga), beliau ni seorang yang bijak, sangat pandai, budak genius, tapi dia ni tak pro islam time dulu2, dia cam nampak kebaratn ckit, ade satu kata2 yang famous dia kata alangkah baiknya kalau semua org boleh bogel, bila dia keluarkan penyataan tu, org IM pun bisinglah, tapi Hassan Al-Banna tak layan pun terhadap penyataan dia tu, tapi beliau ada perassan bahawa Syed Qutub akan join IM juga nanti, pastu Syed Qutub dihantar ke Amerika untuk further study, pada satu hari, dia sakit, dia masuk hospital , satu hari dia bangun pagi, dia lihat ramai hospital tu cam ade party, orang jerit2 kegirangan, ucap tahniah pada masing2, sangat meriah, buat party, pastu beliau pun pelik, hari tu bukanlah Krismas atau ape2 pun, pastu, beliau tanya dengan salah seorang dari mereka, kenapa rase gembira sangat, ade buat party ape? Pastu dia tanye balik kat Syed Qutub, kamu tak tahu ke? Syed Qutub jawab tahu ape?, dia tanye balik betul, awak tak tahu? Ya, saye tak tahu, pastu org tu kata kami gembira sangat2 sebab Hasan Al-Banna dah mati kena tembak, pastu Syed Qutub peliklah, kenapa, ape benda yang best pun dengan Hasan Al-Banna ni, dia ni cuma kawan biasa je kat universiti dulu, satu negara, tapi ape yg best sangat dgn kematian Hasan Al-Banna ni, pastu dia buat kajian tentang gerakan IM ni, sampailah dia mengerti bahawa IM ni memberi ancaman kepada gerakan2 pembangkang yang lain ( orang kafir). Pastu, bila beliau dapat tahu ttg tu, dia kate, kenapalah dulu dia tak sedar ttg betapa pentingnya tarbiyah ni, dan beliau rasakan bahawa hidup dia sebelum tu x bermakna.

Itulah serba sedikit cerita tentang muqaddimah zilal, actually baru 2 perenggan, banyak lagi yang Syed Qutub tulis tentang muqaddimah ni dan sedikit cerita tentang Syed Qutub sendiri, sebenarnya nak ajak kawan2 sume, jom kita start bace buku2 fikrah, mungkin kita boleh tambah idola kita, selain Rasulullah S.A.W, dan tambahkan kefahaman kita dan kuatkan kefahaman kita bahawa tiada jalan lain lagi yang boleh dipilih melainkan inilah jalanku, hidupku dan matiku, same2 kita merasa nikmat kerehatan di syurga kelak, InsyaAllah, moga berjumpa lagi, assalamualaikum

Saturday, November 8, 2008

teori ikan masin

assalamualaikum...dah lame sebenarnya tak tulis ni, alhamdulillah hari ini Allah gerakkan hati untuk menulis, kuliah sambung semula untuk tahun dua, alhamdulillah semuanya baik setakat ni, cuma perlu berusaha banyak lagi untuk study sebab banyak sangat gerak 'gi jalan2'. Hari tu, Kak Hanim datang lagi kat Mesir, satu hari tu, Sakinah masak untuk dinner, lauk daging masak asam pedas, kuah sup dengan ikan masin, time makan tu makan kat dulang pastu kak hanim ceritalah pasal teori ikan masn, teori ni diambil daripada kak mis, kak mis kata, ikan walaupun hidup lame2 kat laut, ta masin jugak tapi bila dia dah mati kita letak ckit je garam pastu terus dia jadi masin, mula2 Kak Hanim suruh fikir, tak faham sangat, pastu Kak Hanim cakap macam hati kita, kalau hati kita ni hidup, kita isi dengan iman, kita sentiasa tazkiyatunnafs, kita rajin bersihkan dia, dia tak hitam, kita takkan mudah dipengaruhi dengan faktor luar, tapi kalau hati kita mati, kita selalu isi dengan benda jahat, kita tak selalu zikir ingat allah, senang sangat diri kita ni dipengaruhi, kita boleh rujuk Hadis 6, Imam Nawawi, dalam badan manusia ini ade seketul daging, yang mane kalau daging ni elok maka eloklah keseluruhan badan kita, tapi kalau busuk, maka burukklah keseluruhan badan kita, maka kita kena selalu bersihkan hati kita, nanti kita akan sentiasa ade rase untuk taqarrub kepada Allah, mudah-mudahan Allah pemudahkan kita dalam urusan seharian!