Skinpress Demo Rss

Thursday, September 10, 2009

Moga Allah kuatkan diri kita...

Assalamualaikum, alhamdulillah kita sekarang berada dalam fatrah Ramadhan, 3rd stage, alhamdulillah kita masih lagi hidup, untuk tambahkan ibadah kita lagi.

Nak kongsi satu cerita, hari tu, kena hantar adik yang paling kecik pergi kelas Kumon ( belajar maths dgn cekap), lepas je adik balik dari sekolah agama petang terus pergi, buka puasa kat luar, lepas tu solat dan kemudian, hantar dia pergi kelas, dan ana, abah, dgn ibu kena pergi pasaraya kejap sebab nak barang2 adik no 2 yg nak fly ke mesir tak lama lagi. Bila tengah2 sibuk2 nak membeli tu, ibu ada nampak seorang wak ni, dia orang indon, tahun lepas dia yang renovatekan rumah, tak sangka pulak boleh jumpa, bukan kebetulan, perancangan Allah yang terbaik, dia bawak 2 orang anak dia, sorang lelaki, dah kerja dan sorang lagi perempuan, darjah 3. Ibu hulurkan duit 10 ringgit kat adik perempuan tu, sambil borak2 cerita, bertanya khabar.

On the way nak balik, ibu borak dgn abah cerita balik pasal wak tu, keadaan dia, abah kata wak tu hardworking, nak besarkan anak2, dia kerja ambik upah buat rumah orang. Adik perempuan tu, sekolah kat Malaysia, tulah bukannya boleh dapat keistimewaan pun, sebab parents orang indon, bukan boleh pergi ke mana.








Faham sangat situasi ni, time tu bila dengar, menangis, kalaulah ada khalifah time ni, mesti dia takkan abaikan walau dimanapun orang tu berasal, time zaman abbasiyah dulu, takde seorang pun yang terima zakat, betapa time tu orang hidup mewah tapi tetap juga bersyukur kepada Allah, khalifah akan jaga kita, akan tampung kekurangan kita, akan fulfill keperluan asas kita, dia takkan biarkan sorang pun umat islam dalam keadaan yang miskin, bantuan dari khalifah, bantuan dari menteri2nya lagi, walaupun perkara tu tak pernah berlaku pada diri ini, tetapi seperti pernah merasakan aura betapa hebatnya zaman itu.









Tetapi kini tidak lagi, kita hanya mampu menyumbang ikut kadar kemampuan kita sahaja, tidak dapat pun mengubah hidup orang yang serba kekurangan tu, itulah nasib umat islam sekarang, memang realitinya, Indonesia penduduk2 kebanyakannya miskin, jadi sanggup berhijrah, tinggalkan keluarga, untuk mencari rezeki, dan sebahagian besarnya adalah umat islam sendiri, malah perkara ini bukan hanya berlaku di Indonesia shj, bahkan di seluruh dunia. Kesian, siapa lagi yang nak kesiankan melainkan kita sesama umat islam ni, bukan masalah miskin sahaja banyak lagi masalah2 lain yang menimpa umat islam. Where is the shield to protect the ummah?
Kita yang berkemampuan ni yang kena pikul tanggungjawab ni, kita mampu, ada duit, ada kereta, ada kudrat, kita adalah pemuda bak kata Imam Syahid Hasan Al-Banna. Kita yang kena mengubah dunia semula, menjadi adil dan saksama, mengembalikan hak hakimiyah kepada Allah semula, itulah tujuan kita dihidupkan dengan kelebihan2 yang Allah berikan ini.




Saidina Ali berkata "Kerehatan seorang daie adalah kerugian buat dunia", usah dibazirkan masa kita dengan perkara2 yang tidak berfaedah, tenaga dan usia muda kita bukan untuk dibazirkan kepada benda2 yang mudah dan senang seperti alat2 permainan kanak2, tetapi adalah untuk dicurahkan, untuk mendapatkan keredhaan Allah semata2. Kita mesti kembalikan zaman khalifah sekali lagi! Moga Allah memperkenankan usaha murni kita ini. Amiin!


















Monday, August 31, 2009

madrasah tarbiyyah semakin rancak...




Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah, sudah 10 hari kita berpuasa, bagaimana dengan amalan2 kita?, bulan Ramadhan adalah waktu kemuncak beribadah, adakah anda setuju dengan penyataan ini ?, apabila tiba bulan Ramadhan semua orang merasakan mereka perlu kembali balik kepada Allah, 'back to the root', mahu membaiki diri, mahu jadi baik, adakah kita tergolong dalam golongan ini? Niat mereka bagus, mahu berubah, mahu jadi baik, tapi adakah hanya apabila tiba bulan puasa sahaja?, bagaimana dengan bulan2 yang lain?, apabila kita setuju dengan pernyataan bahawa bulan Ramadhan adalah waktu kemuncak beribadah?. Adakah kita hanya menjadi hamba Allah apabila kita ada 'free time' atau apabila kalau kita ada masa lapang, atau apabila tiba bulan puasa sahaja?.






Sepatutnya kita semakin bertambah amalan kita, semakin kuat mujahadah kita, semakin semangat untuk tambah pahala, bukannnya baru nak start gear satu, kita kena naik gear lima. Sebagai seorang daie, kita perlu wajib koreksi diri kita, bukan hanya untuk muhasabah kerja dakwah kita sahaja tetapi juga untuk mutabaah amal kita, walaupun kita hebat dalam dakwah tetapi adakah kita hebat juga hubungan kita dengan Allah?.

Moga kita tazkiyatunnafs dengan lebih bersungguh-sungguh di bulan Ramadhan ini, ingat kawan2 perjuangan kita masih jauh, mungkin kita tidak sempat melihat kemenangan yang pasti itu, kita memerlukan bekalan2 yang dapat memberi kita kekuatan, kerana kita tahu jalan ini sukar, panas, renyah, memenatkan, pastinya kita memerlukan bekalan2 yang secukupnya. Mana mungkin kalau seorang pengembara ingin mendaki Gunung Everest dengan membawa 2 tin makanan sahaja.
Allah ada berfirman:
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya" (2:286)

Inilah jalan kita, jalan yang terbaik, jalan yang memenuhi tujuan hidup, walaupun renyah dan sukar tetapi inilah jalan yang terindah, Allah memilih kita untuk berada di jalan ini kerana manusia ini memang sanggup melakukannya, beban ini mampu ditanggung oleh manusia.
Allah juga berfirman:
"Dia Maha Halus lagi Maha Mengetahui" (67:14)

Hanya Allah sahaja yang mengetahui apa yang terbaik untuk kita, kita tidak tahu perancangan yang Allah telah tetapkan untuk kita, jadi inilah jalan yang terbaik untuk kita, seperti mana yang telah dibuktikan oleh orang-orang terdahulu.

Semoga Ramadhan kali ini, kita makin semangat membaiki diri, muhasabah diri, supaya cukup bekalan kita nanti! Moga Allah kuatkan hati2 kita, tautkan hati kita, menjadi lebih kuat untuk mendukung tugas ini, amiin!






Thursday, August 6, 2009

Kenangan KIBAR 2009


Sebiru Hari Ini
Album : Sepotong Episode
Munsyid : Edcoustic



Sebiru hari ini, birunya bagai langit terang benderang

Sebiru hati kita, bersama di sini

Seindah hari ini, indahnya bak permadani taman surga

Seindah hati kita, walau kita kan terpisah


reff:
Bukankah hati kita telah lama menyatu

Dalam tali kisah persahabatan ilahi

Pegang erat tangan kita terakhir kalinya

Hapus air mata meski kita kan terpisah

Selamat jalan teman

Tetaplah berjuang

Semoga kita bertemu kembali

Kenang masa indah kita

Sebiru hari ini


Seindah hari ini, indahnya bak permadani taman surga

Seindah hati kita, walau kita kan terpisah


intro


reff 2x

Seindah hari ini, indahnya bak permadani taman surga

Seindah hati kita, walau kita kan terpisah

Saturday, July 11, 2009

mana satu hati kita?

Manusia terdiri daripada tiga elemen. Setiap elemen ini kita perlu penuhi kehendaknya. Iaitu:
1) Jasad


2) Akal


3) Hati



Setiap satunya ada makanan2 yang tersendiri. Kalau:

1) Jasad makanannya=






2) Akal makanannya=



3) Hati makanannya=


Apa ye makanan untuk hati?
Hati kita adalah susah untuk digambarkan, sukar untuk ditafsir, abstrak.
Bila hati kita kosong, ia perlukan makanan, makanan apa yang sesuai untuk memenuhi keperluan hati kita? Adakah sama seperti akal kita yang perlu dipenuhi dengan ilmu dan maklumat?, adakah sama seperti jasad kita yang memerlukan nasi, sayur dan buah?. Apakah makanan yang sesuai untuk hati kita yang beragama islam ini? Untuk kita memenuhi kelaparan hati kita ini, kita perlu faham tujuan hidup kita.
Masih ingat lagi tujuan hidup kita? Boleh refer pada manual kita.
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, "Aku hendak menjadikan khalifah di bumi," Mereka berkata, "Apakah Engkau hendak menjadikan orang yang merosak dan menumpahkan darah di sana, sedangkan kami bertasbih memujiMu dan menyucikan namaMu?" Dia berfirman, "Sungguh, Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui," (2:30)
Dan
Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepadaKu (51:56)
Inilah dua tujuan hidup kita, jadi boleh kita agak apa makanan terbaik untuk hati seorang khalifah dan seorang hambaAllah ini?
Hati manusia ini kalau kita tak basahkan dengan zikrullah, dengan kalamullah, dengan dakwah, dengan berukhuwwah sesama muslim, maka manusia itu sendiri akan basahkan dengan membaca novel yang sangat menusuk hati, bermain dengan cinta yang mengasyikkan, sukakan harta yang keterlaluan dan macam2 lagi.
Mari kita bandingkan seorang muslim dan seorang lagi kafir.
Seorang muslim- dia akan membasahkan hatinya dengan zikrullah, membaca Al-Quran, memberi tazkirah, menasihatkan orang lain, berukhuwwah. Ini adalah benda2 yang membasahkan hati yang baik, yang sesuai dengan tujuan hidup kita, sesuai dengan kehendak islam.
Seorang kafir-dia akan cuba membasahkan hatinya dengan mengisi masa lapang dengan shopping sakan, bergelak ketawa denga kawan2, melayan perasaan cinta yang keterlaluan, dengan hiburan yang melampaui batas. Mereka sebenarnya menyangka bahawa hati mereka telah terhibur tapi silap, benda2 ni mereka fikir boleh membasahkan hati mereka tapi mereka silap, benda2 ini mengeringkan hati mereka, kerana mereka menyayangi dunia lebih dari diri mereka sendiri, mereka mengira kekayaan dunia sudah cukup membahagiakan tetapi mereka salah.
Hati kita bersifat ukhrawi, bukan duniawi, jika ia bersifat duniawi maka ia tidak basah, ia kering, ia mati, ia tidak hidup, ia tidak mengesankan orang lain, ia tidak menusuk hati orang lain, hati keras, hitam miliknya, kusam, tidak seperti hati yang basah, ia hidup, ia juga menghidupkan orang lain, ia subur, cantik, indah, gilang-gemilang warnanya, putih miliknya, lembut.
Seperti kapas yang kering dan basah, kapas yang kering, diletakkan di atas lantai, bila diangkat, tidak memberi kesan pada lantai itu, tidak seperti kapas basah, diletakkan di atas lantai, bila diangkat, ada kesan pada lantai.
Kita nak mengisi hati kita dengan makanan yang mana satu?





























..

Thursday, June 25, 2009

Kembali...

Kembali teruskan, menulis dan menulis,
Alangkah sukarnya untuk menulis,
Supaya hati dan jiwa manusia ini tersentuh,
Bukan apa, bukannya hebat sangat diri ini,
Cuma, supaya manusia itu,
Hatinya tersentuh untuk kembali ke pangkuan Allah.

Kita hanyalah orang yang menjual barang,
Barang apa yang diperdagangkan,
Mestilah yang baik punya!!
Barang apakah itu?
Yakni islam....
Kita menjual islam,
Kita perdagangkan islam,
Kepada manusia,
Supaya manusia itu membelinya,
Supaya manusia itu mengabdikan islamnya di dalam hatinya,
Imannya dalam hatinya,
Seperti mana penjual barangan lain,
Perlu mem"promote" kaw2 punya!!

Banyak yang nak kena buat untuk promote kaw2 tu,
Ada plan yang specific yang perlu dibuat,
Bukan main hentam saja,
Plan itu perlu muntij, perlu bernatijah,
Jika tidak, maka sia2lah plan itu,

Kalau ada blog, hias blog, tulis yang boleh menusuk hati,
Kalau kita boleh bercakap, gunakan bahasa yang boleh mengesan hati,
Kalau kita pandai masak, masaklah dengan sepenuh hati,
Kalau kita pandai drive, kenalah berhati2,

Gunakan apa yang ada,
Lakukan apa yang termampu,

Moga Allah tidak menyiakan2 usaha2 kita,
Moga Allah tidak mengabaikan kita,
Sesungguhnya Allah pasti tidak akan melanggari janjinya.

Wednesday, June 17, 2009


Dakwah adalah kebolehan merenung diri, iaitu seorang daie itu dia mampu muhasabah diri dia, dia akan check balik diri dia, apa yang dia sudah lakukan sebagai mutaba'ah dakwah dia, kenapa dakwah dikatakan begitu? kerana dakwah itu sukar, susah, jauh, berduri, ujiannya banyak, jadi perlu banyak yang perlu dimutabaahkan.

kestabilan dia di jalan dakwah=Kemampuan dia istiqamah di tengah jalan dakwah itu

Seorang daie itu dia boleh menafsirkan diri dia, menfirasatkan diri dia, kalau diri dia tidak mampu, maka dia akan merasakan jalan dakwah yang dilalui semakin sukar, dia akan lambat dalam dakwah.

Seorang daie yang muntij adalah dia muhasabah terhadap apa yang telah dilakukan dalam dakwah dan dia kemudiannya menggunakan pengalaman dia yang lalu sebagai satu anjakan untuk melakukan perubahan atau apa2 sahaja yang boleh menyebabkan dakwah itu semakin laju. Dakwah itu bukan ilmu, tapi amal, sejauh mana ilmu itu berkesan di hati ialah apabila kita melihat amalan bagi ilmu tersebut.

Muhasabah itu penting, sama ada dalam individu ataupun dalam gerakan, tapi muhasabah individu adalah lebih penting kerana bagaimana mahu membuat muhasabah gerakan kalau diri sendiri masih belum muhasabah.

Sesungguhnya, orang yang dapat menfirasati dirinya, hingga mengenalnya, dengan benar, maka akan benar pula firasatnya terhadap org lain, dan akan tepat pula apa yang difirasatinya.

Ar-Raqaiq

Tuesday, June 16, 2009

bestnya menuntut ilmu...

Assalamualaikum

Imtihan syafawi tinggal lagi 2, doakan kami semua, pelajar2 tahun 2 Perubatan Kasr El-Ainy Medical School, semua sihat, dapat teruskan lagi imtihan sampai habis, dapat balik Malaysia, dapat result yang baik, amiiin.

Itulah perjalanan suatu pembelajaran, bila sudah mempelajari sesuatu, akan ada imtihan, untuk menguji keupayaan kita, untuk uji sejauh mana kita belajar itu untuk mencari keredhaan Allah, sejauh mana kita mengejar ilmu dan pekerjaan untuk kepentingan kita berdakwah.

Ada hadis Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
"Menuntut ilmu adalah fardhu bagi setiap muslim", biasa kita dengar, dan ada di antara kita dah hafal pun yang bahasa Arab punya. Sejauh mana hadis ni beri kesan pada diri kita?

Mula- mula sekali, kita tengok apa maksud fardhu tu?, fardhu itu adalah wajib, apa dia wajib tu? yakni, perkara yang kita tak boleh tinggalkan, tak boleh dikeduakan, ia adalah sebahagian daripada ibadah, perkara yang fardhu tu kalau kita buat akan mendekatkan diri kita dengan Allah, setiap kali kita lakukan, semakin beriman kita terhadap Allah, itulah maksudnya, Allah kata kalau perkara wajib tu dah confirm dia akan dapat pahala, dia akan lebih dekat dengan diriNya.

Menuntut ilmu itu, rohnya adalah fardhu, kalau kita rasa dia adalah sunat, dia tak jadi, kita akan menuntut ilmu dengan sambil lewa sahaja, Allah kata betapa pentingnya ilmu itu, ilmu itu perlu ada dalam setiap manusia, dan bila Allah telah bagi confirmation bahawa bila kita menuntut ilmu akan lebih dekat dengan Allah, maka kita kena check dalam diri kita, adakah kita semakin berilmu ni semakin dekat atau semakin jauh dengan Allah? Kalau saintis Barat tu, mereka sampaikan jadi atheist, mereka cuma rasa ada kuasa lain, ada special power, ada kuasa semulajadi yang menjadikan alam begitu, begini.

Tetapi bukan sahaja menuntut ilmu saaja yang fardhu, tetapi apa2 sahaja yang membawa kepada menuntut ilmu itu juga adalah wajib, contohnya, membuat jadual untuk study, pergi ke kuliah, memahamkan sesuatu perkara yang tidak faham, itu semua fardhu. Seperti mana kalau kita nak solat, kita wajib berwudhu', kalau tak wudhu' tak sah solat, begitu juga dengan belajar.

Tapi kita sebagai muslim percaya bahawa Allah yang ciptakan semua ini, Allah yang kuasai ilmu ini, jadi penting sangat kita sebagai seorang muslim, kena rasa bahawa Allah itu dekat sahaja dengan kita, bila kita belajar ni. Kita rasa terhubung dengan Allah, kita dah buat ibadah yang mulia iaitu belajar.

"Akak, saya belajar medic ni, saya terlupalah Tuhan saya" ade ke macam tu? Zaman Abbasiyah dulu, Ibnu Sina, Ibnu Haitham, mereka tidak lupa akan Allah, malah mereka lebih bersyukur, tambah bahagia bila belajar, tiada rasa susah hendak belajar, kerana semuanya telah Allah permudahkan, ini semua adalah kerana mereka belajar dengan roh kefardhuan itu.


Ada sebuah hadis, yang akan menjadikan kita bahawa belajar ini adalah satu ibadah:
"Pelajarilah ilmu, sesungguhnya mempelajarinya kerana takutkan Allah membawa kita kepada takutkanNya menuntutnya adalah ibadah, membincangkannya adalah tasbih, mengkajinya adalah jihad, mengajarnya kepada orang yang tidak mengetahui adalah sedekah, dan memberikan perbelanjaan kepada ahlinya adalah Qurbah ( membawa kepada dekatkan diri kepada Allah)"


Agaknya, ilmuwan zaman Abbasiyah dulu, mereka beriman dengan hadis ini, sebab tu mereka sangat2 hebat dalam ilmu, sebab ade rasa dekat dengan Allah tu, sebab tu mereka menuntut ilmu dengan sungguh2.


Bila islam jatuh, orang Barat pula naik, mereka memisahkan agama daripada ilmu, mereka yang mengatur hidup kita sekarang, mereka yang conquer dunia sekarang, mereka yang mengatur sistem pembelajaran kita, bila kita belajar, kita rasa susah, malas nak belajar, ada examlah, belajar ni kita rasa susah, sebabnya, kita tak rasa belajar ni fardhu, sebab tu, kita kena ambil semangat macam ilmuwan Zaman Abbasiyah dulu, jika mereka boleh menjadikan menuntut ilmu tu sebagai satu ibadah, mengapa kita tidak lakukannya? Mereka pun orang islam juga, akal mereka sama sahaja, kenapa kita tidak tanamkan perasaan kefardhuan itu?


Satu masa dahulu, dunia digemparkan dengan teori evolusi oleh Charles Darwin, teori tu mengatakan bahawa manusia ni, adalah daripada beruk, hidup kita ni adalah satu kebetulan sahaja, useless, alaaa manusia dari beruk, apalah sangat, takde beza dengan beruk, maka manusia pun mulalah kurang produktiviti, malas nak belajar, malas nak kerja, itu sebenarnya yang mereka mahu kita tanamkan dalam diri kita, betapa halusnya bisikan2 jahat itu.


Ilmu sekarang sudah tidak lagi menjadi satu ibadah, tetapi sebagai alat tunggangan syahwat manusia, buktinya, manusia tidak lagi fikir ilmu itu untuk kebaikan islam, tetapi hanya untuk dunia semata2.

Itulah keadaan sebenar sekarang, bagaimana ilmu itu telah diperlakukan sedemikian, kita sebagai penuntut ilmu, masih ada masa untuk kita perbaiki niat kita, mengapa kita kena berilmu, mengapa kita nak belajar, moga selepas ini, kita akan lebih berusaha, dahagakan ilmu kerana hendak mengejar cinta Allah, itulah yang sebaik-baiknya bagi setiap muslim itu, insyaAllah!.