Skinpress Demo Rss

Tuesday, June 16, 2009

bestnya menuntut ilmu...

Assalamualaikum

Imtihan syafawi tinggal lagi 2, doakan kami semua, pelajar2 tahun 2 Perubatan Kasr El-Ainy Medical School, semua sihat, dapat teruskan lagi imtihan sampai habis, dapat balik Malaysia, dapat result yang baik, amiiin.

Itulah perjalanan suatu pembelajaran, bila sudah mempelajari sesuatu, akan ada imtihan, untuk menguji keupayaan kita, untuk uji sejauh mana kita belajar itu untuk mencari keredhaan Allah, sejauh mana kita mengejar ilmu dan pekerjaan untuk kepentingan kita berdakwah.

Ada hadis Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
"Menuntut ilmu adalah fardhu bagi setiap muslim", biasa kita dengar, dan ada di antara kita dah hafal pun yang bahasa Arab punya. Sejauh mana hadis ni beri kesan pada diri kita?

Mula- mula sekali, kita tengok apa maksud fardhu tu?, fardhu itu adalah wajib, apa dia wajib tu? yakni, perkara yang kita tak boleh tinggalkan, tak boleh dikeduakan, ia adalah sebahagian daripada ibadah, perkara yang fardhu tu kalau kita buat akan mendekatkan diri kita dengan Allah, setiap kali kita lakukan, semakin beriman kita terhadap Allah, itulah maksudnya, Allah kata kalau perkara wajib tu dah confirm dia akan dapat pahala, dia akan lebih dekat dengan diriNya.

Menuntut ilmu itu, rohnya adalah fardhu, kalau kita rasa dia adalah sunat, dia tak jadi, kita akan menuntut ilmu dengan sambil lewa sahaja, Allah kata betapa pentingnya ilmu itu, ilmu itu perlu ada dalam setiap manusia, dan bila Allah telah bagi confirmation bahawa bila kita menuntut ilmu akan lebih dekat dengan Allah, maka kita kena check dalam diri kita, adakah kita semakin berilmu ni semakin dekat atau semakin jauh dengan Allah? Kalau saintis Barat tu, mereka sampaikan jadi atheist, mereka cuma rasa ada kuasa lain, ada special power, ada kuasa semulajadi yang menjadikan alam begitu, begini.

Tetapi bukan sahaja menuntut ilmu saaja yang fardhu, tetapi apa2 sahaja yang membawa kepada menuntut ilmu itu juga adalah wajib, contohnya, membuat jadual untuk study, pergi ke kuliah, memahamkan sesuatu perkara yang tidak faham, itu semua fardhu. Seperti mana kalau kita nak solat, kita wajib berwudhu', kalau tak wudhu' tak sah solat, begitu juga dengan belajar.

Tapi kita sebagai muslim percaya bahawa Allah yang ciptakan semua ini, Allah yang kuasai ilmu ini, jadi penting sangat kita sebagai seorang muslim, kena rasa bahawa Allah itu dekat sahaja dengan kita, bila kita belajar ni. Kita rasa terhubung dengan Allah, kita dah buat ibadah yang mulia iaitu belajar.

"Akak, saya belajar medic ni, saya terlupalah Tuhan saya" ade ke macam tu? Zaman Abbasiyah dulu, Ibnu Sina, Ibnu Haitham, mereka tidak lupa akan Allah, malah mereka lebih bersyukur, tambah bahagia bila belajar, tiada rasa susah hendak belajar, kerana semuanya telah Allah permudahkan, ini semua adalah kerana mereka belajar dengan roh kefardhuan itu.


Ada sebuah hadis, yang akan menjadikan kita bahawa belajar ini adalah satu ibadah:
"Pelajarilah ilmu, sesungguhnya mempelajarinya kerana takutkan Allah membawa kita kepada takutkanNya menuntutnya adalah ibadah, membincangkannya adalah tasbih, mengkajinya adalah jihad, mengajarnya kepada orang yang tidak mengetahui adalah sedekah, dan memberikan perbelanjaan kepada ahlinya adalah Qurbah ( membawa kepada dekatkan diri kepada Allah)"


Agaknya, ilmuwan zaman Abbasiyah dulu, mereka beriman dengan hadis ini, sebab tu mereka sangat2 hebat dalam ilmu, sebab ade rasa dekat dengan Allah tu, sebab tu mereka menuntut ilmu dengan sungguh2.


Bila islam jatuh, orang Barat pula naik, mereka memisahkan agama daripada ilmu, mereka yang mengatur hidup kita sekarang, mereka yang conquer dunia sekarang, mereka yang mengatur sistem pembelajaran kita, bila kita belajar, kita rasa susah, malas nak belajar, ada examlah, belajar ni kita rasa susah, sebabnya, kita tak rasa belajar ni fardhu, sebab tu, kita kena ambil semangat macam ilmuwan Zaman Abbasiyah dulu, jika mereka boleh menjadikan menuntut ilmu tu sebagai satu ibadah, mengapa kita tidak lakukannya? Mereka pun orang islam juga, akal mereka sama sahaja, kenapa kita tidak tanamkan perasaan kefardhuan itu?


Satu masa dahulu, dunia digemparkan dengan teori evolusi oleh Charles Darwin, teori tu mengatakan bahawa manusia ni, adalah daripada beruk, hidup kita ni adalah satu kebetulan sahaja, useless, alaaa manusia dari beruk, apalah sangat, takde beza dengan beruk, maka manusia pun mulalah kurang produktiviti, malas nak belajar, malas nak kerja, itu sebenarnya yang mereka mahu kita tanamkan dalam diri kita, betapa halusnya bisikan2 jahat itu.


Ilmu sekarang sudah tidak lagi menjadi satu ibadah, tetapi sebagai alat tunggangan syahwat manusia, buktinya, manusia tidak lagi fikir ilmu itu untuk kebaikan islam, tetapi hanya untuk dunia semata2.

Itulah keadaan sebenar sekarang, bagaimana ilmu itu telah diperlakukan sedemikian, kita sebagai penuntut ilmu, masih ada masa untuk kita perbaiki niat kita, mengapa kita kena berilmu, mengapa kita nak belajar, moga selepas ini, kita akan lebih berusaha, dahagakan ilmu kerana hendak mengejar cinta Allah, itulah yang sebaik-baiknya bagi setiap muslim itu, insyaAllah!.

0 comments: