"Sesungguhnya orang-orang mukmin yang sebenarnya adalah mereka yang beriman kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka tidak ragu-ragu, dan mereka berjihad dengan harta, dan jiwanya di jalan Allah. Mereka itulah orang-orang yang benar" (49:15)
Assalamualaikum, maaf kerana sudah tersangat lama tidak menulis... Cuma disini...
Saya mendoakan yang terbaik untuk mereka2 yang sedang naik kapal menuju ke Gaza Saya sungguh terharu dengan usaha dan semangat mereka Apa2 sahaja boleh berlaku pada mereka Ketenangan dan ketabahan sangat jelas Walaupun mungkin kematian mengakhiri Tetapi yang dilihat hanyalah syurga yang kekal abadi Tiada apa lagi yang dilihat Ya Allah mudahkanlah mereka... Dan saya juga akan berjuang juga di sini.. Ya Allah mudahkanlah mereka dan kami semua..
p/s: 1) Nanti selalu-selalulah update kat sini 2) x pun, kat sini 3) Doakan sister2 mesir berjuang untuk exam final:)
Subhanallah, segala puji hanya bagi Allah, Saya baru sahaja melihat video ini dan sekelip mata saya sangat menyukai video ini, Bagaimana umat islam dapat organize satu program yang sangat hebat, videonya hebat, ahli2 panel yang hebat dan kebanyakannya saya tidak mengenali mereka ( walaupun kita berada di jalan yang sama), Ya Allah, sungguh hebat, beginilah program yang patut kita laksanakan, kita bergabung atas satu sebab iaitu islam, dan di dalam majlis itu kita bersama2 muhasabah dan bersama2 cuba mengembalikan semula kehidupan kita ke jalan Allah. Subhanallah, subhanallah, subhanallah.
Pabila kejauhan dari keluarga, tidak dapat diungkapkan betapa rindunya saya pada mereka yang berada di tanah air, tetapi sekarang saya merasakan bahawa betapa kerinduan dan kasih sayang penduduk Palestin pada tanah air mereka adalah lebih lagi daripada kerinduan saya, malah kerinduan mereka lebih bermakna kerana kerinduan mereka sentiasa berpandukan pada niat kerana Allah.
Us. Maszlee Malik
Saya baru sahaja selesai habis membaca buku Hamas-daripada underground kepada parti pemerintah karangan Ustaz Maszlee Malik. Betapa lamanya masa saya ambil untuk menghabiskan satu buku, target saya cuti winter selama 2 minggu ini dapatlah habiskan 2-3 buku, tapi tidak kesampaian, maaf Ya Allah, plan2 juga, tapi pelaksanaan tidak sebaik plan yang dibuat, diri ini masih lemah untuk disiplin diri.
Sebagaimana yang Allah pesan dalam Al-Quran,: "Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?" ( 61:2)
Ya Allah, maaf banyak2 ya Allah, hambaMu ini masih dalam perjalanan untuk melengkapkan ciri2 individu muslim.
Berbalik kepada buku tadi, saya rasa perjuangan HAMAS adalah perjuangan yang mulia, pemimpin mereka bukan seperti batu2 di tepi2 jalan, starting with tarbiyyah from Ikhwanul Muslimin since most of the important person of HAMAS were graduated from universities in Egypt, as we all know that IM was started there.
Mereka ini sangat hebat, sangat mantap walaupun seluruh dunia menempelak kemenangan HAMAS semasa HAMAS menyapu bersih kerusi2 di kawasan padat penduduk semasa Pilihanraya Majlis Perbandaran dalam jangkamasa Januari hingga Mei 2005.
Logo Briged Izzudin Al-Qassam
Apa yang menarik hati saya ialah, penubuhan Briged Izzudin Al-Qassam pada tahun 1992. Pengasasnya adalah Sheikh Salah Syahadah. Di sini, saya mengenali perwatakan seorang pemimpin HAMAS yang saya tidak tahu kewujudannya. Saya juga mengenali Khaled Mesh'al dan Mahmoud Zahhar.
Mahmoud Zahhar
Khaled Mesh'al
Biasanya yang selalu kita dengar ialah:
Sheikh Ahmad Yassin
Dr. Abdul Aziz Rantissi
Ismail Haneyya
Yahya Ayyash
Saya sangat kagum dengan mereka. Saya berasa beruntung kerana dapat mengenali mereka. Inilah nasionalisme yang sebenarnya. Cintakan negara dan tanah air hanya kerana Allah, tiada niat yang lain, suci dan mulia, tidak seperti nasionalisme yang biasa kita lihat, hanya menagih wang dan pangkat, hanya fikir kepentingan diri.
HAMAS tidak fikir kepentingan diri, hanya fikir tentang keamanan dan keselamatan penduduk Palestin sahaja. Semua yang dilakukan adalah untuk kepentingan rakyat. Walaupun satu dunia menyuruh mereka mengiktiraf negara Israel, tetapi mereka tetap berdiri teguh, mempertahankan pendirian mereka.
Isu boikot barangan Israel sudah lama diperkatakan, bagi saya sendiri kadang2, saya boleh terlupa yang mana satu barang boikot dan mana satu tidak, kadang2 saya rasa tidak mengapa, atau sekali-sekala membeli, entahlah, padahal isu ini sudah sangat jelas, sudah terang lagi bersuluh, bukan gerhana lagi, moga Allah kuatkan diri kita untuk tujuan ini, amiin!
Saya merasakan bahawa saya tidak keseorangan, saya merasakan semakin ramai yang akan menemani di jalan dakwah, moga kita semua thabat di jalan ini:)
Rasulullah SAW bersabda:
“Sentiasa akan ada sekelompok dari umatku yang sentiasa berjuang bersama-sama kebenaran, mencabar dan menentang musuh-musuh mereka. Musuh-musuh mereka tidak dapat memberi mudarat kepada mereka sehingga Allah mendatangkan keputusannya. Mereka tetap dalam keadaan demikian.” Maka para sahabat bertanya,”Dimanakah mereka?” Jawab Rasulullah, ” Di Baitul Maqdis dan sekitarnya”.
Sebelum Mata Terlena Sebelum mata terlena Di buaian malam gelita Tafakurku di pembaringan Mengenangkan nasib diri
Yang kerdil lemah yang bersalut dosa Mampukah ku mengharungi titian sirat nanti Membawa dosa yang menggunung tinggi Terkapai ku mencari limpahan hidayah Mu
Agar terlerai kesangsian hati ini Sekadar air mata tak mampu membasuhi dosa ini
Sebelum mata terlena Dengarlah rintihan hati ini Tuhan beratnya dosa ku Tak daya ku pikul sendiri
Hanyalah rahmat dan kasih sayang Mu Yang dapat meringankan hulurkan maghfirah Mu Andainya esok bukan milik ku lagi Dan mata pun ku tak pasti akan terbuka lagi
Sebelum berangkat ke daerah sana Lepaskan beban ini Yang mencengkam jiwa dan raga ku
Selimuti diri ku Dengan sutra kasih sayang Mu Agar lena nanti ku mimpikan Syurga yang indah abadi
Pabila ku terjaga Dapat lagi ku rasai Betapa harumnya Wangian syurga firdausi oh Ilahi
Disepertiga malam Sujud ku menghambakan diri Akan ku teruskan pengabdian ku pada Mu
Bahariya Explorer sudah berlalu, meninggalkan kenangan, gambar2, kekuatan ukhuwwah, dan yang paling penting sekali, keimanan kita, aqidah kita, keyakinan kita pada Allah.
Allah berfirman dalam kitabNya, 'Dan (ingatlah) ketika Ibrahim berkata, " Ya Tuhanku, perlihatkanlah kepadaku bagaimana Engkau menghidupkan orang mati, " Allah berfirman," Belum, percayakah engkau?" Dia (Ibrahim) menjawab, " Aku percaya, tetapi agar hatiku tenang ( mantap)." Dia ( Allah) berfirman," Kalau begitu ambillah empat ekor burung, lalu cincanglah olehmu kemudian letakkan di atas masing-masing bukit satu bagian, kemudian panggillah mereka, niscaya mereka datang kepadamu dengan segera." Ketahuilah bahwa Allah Mahaperkasa, Mahabijaksana. (2:260)
Bagaimana ayat ini Allah ceritakan pada kita bahawa, apabila manusia ini ada kaitan dengan alam, dia akan lebih teguh imannya, burung yang dicincang itu sebahagian dari alam, gunung itu juga sebahagian dari alam.
Hubungan kita dengan alam, sepatutnya, memberi kita peringatan tentang Allah, kita perlu selalu perhati dan hayati (tadabbur), supaya diri kita kuat dan bertambah yakin dengan Allah.
Semasa program Bahariya Explorer lalu, saya merasakan bahawa saya adalah insan yang Allah pilih untuk melihat bukti kebesaranNya di padang pasir, sepatutnya rasa bersyukur melekat pada diri, kerana Allah masih memberi peluang untuk membaiki diri, alhamdulillah.
Staphylococcus aureus
Sehinggalah terjadinya peristiwa yang tidak dijangka, vomit yang teruk, perut memulas, hampir2 diarrhea, pening melampau, kemudian, diri ini mengatakan, Ya Allah, aku surrender ya Allah, Kau menang, Kau Maha Besar, diri ku ini tidak mampu lagi untuk melihat bukti kewujudan dan kekuasaanMu, Kau hebat Ya Allah. Kesakitan ini, saya rasakan tarbiyah mahal dari Allah, pertama, sudah sangat banyak bukti kekuasaan Allah yang diri saya sendiri sudah tidak mampu melihatnya ( kerana sakit), kedua, saya rasakan lemahnya diri ini, qawiyyul jismi masih belum dipenuhi ( bagaimana mau berdakwah di sana sini?), ketiga, saya mengharap kesakitan ini adalah sebagai proses penghapusan dosa ( Ya Allah,ampunkan dosa saya!). Wallhua'lam.
Fatrah peperiksaan untuk semester pertama bagi pelajar tahun tiga Cairo University sudah berakhir semalam. Penat, tension, tak tidur, struggle, bengkak mata, demam, kulit kering (musim sejuk yang maksimum), sudah berlalu dengan perginya fatrah exam. Sekarang, diri kita merasakan bahawa sampai masanya untuk kita berehat seketika, melepaskan lelah, men'qadha' tidur, meng'update' blog, sementara sebeleum meneruskan perjuangan untuk semester kedua pula. Kita rasa bahagia ketika ini. Cuba melakukan sesuatu yang susah hendak dibuat semasa study live.
Kita menyangka bahawa itu adalah benar dan betul, adilkan kalau kita berpenat2 lelah seperti perkara2 di atas, dan apabila tiba cuti, apalah salahnya kita berehat seketika!
"Penatlah kak, study medic ni, dahlah susah, tak sabar nak tunggu cuti winter,"
Betul pendapat 'adik' ini, penat study medic ni!
Tapi Allah kata, " Wahai manusia! Sesungguhnya kamu telah bekerja keras menuju Tuhanmu, maka kamu akan menemuiNya" ( 84:6)
Apabila saya memahami ayat ini, mengkaji, dan memperhalusi ayat ini, saya merasakan bahawa betapa tidak bolehnya kita berehat di dunia ini. Betapa tidak bolehnya kita berehat di dunia ini. Betapa kita adalah non-stop beribadah kepada Allah. Betapa perlunya kita menanam seberapa banyak tanaman di dunia ini untuk kita tuai dan raih hasilnya di akhirat nanti. Betapa kita perlu berusaha, bekerja, memerah keringat, gerakkan tulang empat kerat di dunia ini sebelum sampainya hari akhirat.
" Ish, kalau macam tu, teruk lah kita kak, kalau macam tu terus-terusan,"
Memang betul, kita akan penat terus-terusan, tapi kalau kita niatkan hanya untuk Allah, hanya untuk redha Allah, niat kita sangat suci dan tiada sebarang riak, maka kita akan merasakan, " it's ok, takpe, kita ada syurga yang lebih baik dari dunia,"
Kerehatan seorang muslim tu hanyalah di syurga, di situlah kita akan berehat, disitulah kita goyang kaki, disitulah kita nak ber'foya-foya'.
Allahuakbar, saya tahu bahawa benda actually sangat susah untuk diri kita,
"Ingat senang ke kak, niat tu, cakap senanglah"
Apa lagi yang perlu dikatakan, apa lagi yang perlu dicakapkan, bukti2 dalam Al-Quran jelas tunjukkan bahawa Allah takkan mungkir janji, islam yang kita sayangi ini, agama yang penuh dengan percaya dan keyakinan, rukun iman ada 6 perkara dan semuanya menuntut i'tikad kita, bukan senang tapi kita cuba. Cukuplah Allah untuk kita, Allah sahaja di hati kita.
" Kerehatan seorang daie, kerugian buat dunia"- Saidina Ali
Apa lagi hidup seorang muayyid, seorang daie, seorang muharikah. Iman dia sentiasa bergerak, iman dia menggerakkan dia, tidak boleh tidak, dia mesti bergerak, iman dia tidak boleh statik, tiada makna berehat dalam diri, diri dia tidak dibenarkan mengenal erti penat, merata-rata pergi, menyampaikan kebenaran supaya semua orang di dunia ini kenal erti keimanan, dia perlu menunjukkan keimanan itu.
Ya Allah, aku tiada Tuhan lain selain Mu, kuatkanlah diri ini untuk lalui jalan ini, thabatkan diri ini, jangan ada ragu di hati ini.
Dalam buku ini, fasal 2- Kepentingan Ilmu Tauhid Dalam Islam, ada diselitkan satu perumpamaan,
Seorang lelaki masuk ke dalam sebuah kebun yang luas yang bukan miliknya. Kemudian dia mendapati di dalamnya terdapat buah-buahan dan pelbagai jenis makanan dan minuman. Lalu dia pun makan dan meminumnya. Selepas itu, dia melakukan kerja di dalam kebun itu, ada pokok yang dicabutnya dan ada yang ditanam. Kemudian seorang lelaki lain masuk ke dalam kebun itu, dia berkata pada dirinya: " Aku tidak akan melakukan sesuatu di dalam kebun ini sehingga aku bertemu dengan pemilik kebun atau wakilnya."Dia terus mencari orang tersebut. Apabila wakil pemilik kebun menemui kedua-dua lelaki tadi, dia menegur kerja-kerja yang dilakukan oleh lelaki pertama, tetapi lelaki itu tidak mengendahkan teguran tersebut. Doa terus melakukan kerja di kebun itu tanda mendapat kebenaran pemiliknya. Lelaki kedua pula mendengar segala arahan wakil pemilik kebun itu, dan melakukan kerja mengikut arahan yang diberikan. Sekarang, siapakah yang berhak menerima upah?Adakah orang yang masuk ke dalam kebun tanpa kebenaran dan melanggar arahan pemilik yang dibawa oleh wakilnya layak menerima upah? Adakah dia layak menerima upah walaupun ada kerja baik yang dilakukannya di dalam kebun itu?Tidak syak lagi, setiap yang berakal akan menjawab, upah akan diberikan kepada orang yang mengikut segala arahan pemilik kebun. Orang yang menceroboh dan melakukan kerja mengikut kemahuan sendiri tanpa kebenaran pemilik walaupun ada orang yang melarangnya, tentunya tidak layak menerima upah walaupun sebahagian daripada kerja yang dilakukanya adalah baik.
Sebenarnya, di dalam fasal-2 ini dia menceritakan bahawa betapa pentingnya keimanan kepada Allah untuk kita menerima redha Allah. Dibandingkan dengan orang kafir, ada sebahagian mereka sangat kaya, dan suka sangat memberi derma, memberikan sumbangan kepada orang2 yang memerlukan, tetapi, disebabkan tiada keimanan, maka dia akan melakukan kerja yang baik itu hanya sekadar dia berkemampuan dan bukan kerana Allah, maka amalan dia sia2 sahaja seperti yang Allah cerita dalam Quran:
" Dan orang yang kafir pula, amalan mereka adalah umpama riak sinaran panas di tanah rata yang disangkanya air oleh orang yang dahaga, ( lalu ia menuju ke arahnya) sehinggan apabila sampai ke tempat itu, tidak didapati sesuatu pun yang disangkanya itu, ( demikianlah keadaan orang kafir, tidak mendapat faedah dari amalnya sebagaimana yang disangkanya) dan dia tetap mendapat hukum Allah di sisi amalnya, lalu Alah menyempurnakan hitungan amalnya ( serta membalasnya) dan ( ingatlah) Allah amat segera hitungan hisabNya." ( An-Nur:39). Begitu juga dalam ayat ( Al-Furqan:23) dan ( Ibrahim: 18). Walaupun ayat ni dia cerita tentang orang kafir, tapi kita sebagai seorang yang sudah lama beriman kepada Allah, kita periksa balik diri kita, adakah selama ini apa yang kita buat itu, kita telah niatkannya untuk Allah, rugilah kita kalau kita beraksi seperti orang kafir yang hanya melakukan perbuatan yang baik hanya kerana saja2, rugi sungguh kita, kita keluar dari rahim ibu dan melihat dunia tanpa memikirkan siapa yang mencipta bumi dan alam ini dan melalui kehidupan sebagai manusia dan "menumpang" di bumi Allah ikut suka hati kita!
Sombongnya kita dengan Allah setelah Allah ingatkan kita dalam ayatNya:
" Dan janganlah kamu memalingkan wajah dari manusia ( kerana sombong) dan janganlah kamu berjalan di bumi dengan angkuh. Sungguh, Allah tidak menyukai orang2 yang sombong dan membanggakan diri." (31:18) Directnya Allah tegur kita, sedihnyalah kita sebab kerana kesombongan kita Allah terus membenci kita. Sebelum Allah melakukan demikian, maka kita yang perlu menyoal diri kita sendiri, bagaimana amalan kita, dimana ikhlas kita, dimana ihsan kita, mudah-mudahan kita akan lebih berhati2 dalam melalui jalan taqwa. Wallahu'alam.
Akidah yang sejahtera (Salimul Aqidah) Ibadah yang Sahih (Sahihul Ibadah) Aklak yang Mantap (Matinul Khuluk) Kuat tubuh badan (Qawiyul Jismi) Fikiran yang berpengetahuan (Mutsaqqal Fikri) Mampu melawan nafsu (Mujahadah ala Nafsi) Menjaga waktu (Haarithun ala Waqtihi) Tersusun dalam urusan (Munazzamun fi syu'unihi) Mampu berusaha (Qadiran ala Kasbi) Berguna untuk orang lain (Nafi'un li ghairi)
“Apakah itu Ihsan? Baginda menjawab : Sesungguhnya kamu beribadat kepada Allah seolah-olah kamu melihatnya, walaupun kamu tidak melihatnya, akan tetapi Allah melihat kamu” [Hadith Riwayat Bukhari #50, Muslim #9].
Saya rasa sungguh tidak puas hati apabila melihat giardia lamblia dan ecchinococcus granulosus, muka macam tak bersalah padahal mereka berdua sudah memberikan masalah yang besar kepada golongan manusia.
Muka mereka sungguh selamba dan mata mereka buat2 blank dan blur.
Cuma teringat ayat Allah ayat (2:26) dan ayat (22:73) (nanti check ye ayat ni), betapa berkuasanya Allah, benda sekecil2 ni pun boleh beri effect yang besar pada kita.
Subhanallah, aku tidak ada yang lain selain darimu Ya Allah!
sudah lama tidak update blog, masih hidup, masih bernyawa, masih dapat makan, masih ada tempat tinggal, masih dapat hirup oksigen, masih sihat untuk terus wakafkan diri kepada Allah, alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.
Dah Raya Haji dah pun, hari ni, ditaklifkan untuk menolong Kak Shaie bersama Nusaibah bawah ajk sambutan dan dewan untuk Program Raya Haji PERUBATAN. Penat juga, start dari malam semalam lagi, menyapu, mop lantai, susun barang. Sampai tertidur semua. Tapi alhamdulillah, kalau kita dah biasa niatkan setiap amalan kita kerana Allah, tak akan menjadi masalah langsung,kita takkan susah pun, kita takkan rasa benda tu buang masa pun, insyaAllah apa2 yang kita buat confirm akan dapat redha Allah, akan dapat sayang Allah.
Semasa program tadi, lepas hantar 2 VIP kat tingkat atas Arma, semasa nak turun tangga, saya terdengar, ada orang berkata, " Wah, ni tingkat VIP!!!", pastu ada orang lain pula bertanya,
" Bila kita nak jadi VIP?".
Saya mula terfikir, haah! betullah, bila ya kita nak jadi VIP?, boleh ke saya nak jadi VIP? , saya mula fikir, nak jadi VIP dunia atau VIP akhirat?.
Rasa2nya apa ya ciri2 VIP dunia?
1) Perlukan wang yang banyak
2) Perlu ada jawatan2 yang tinggi
3) Perlu kerja sungguh2
4) Perlu ada kereta besar
5)......
Rasanya, semua orang tahu, apa ciri2 yang kita perlukan, untuk menjadi VIP di dunia.
Tapi rasanya kalau VIP akhirat apa ya ciri-cirinya?
1) Kena fastabiqul khairat
2) Kena niat kerana Allah setiap masa dan setiap perbuatan kita
3) Kena ada sifat mahmudah
4) Kena ada hati yang bersih, putih
5)........
Rasanya, kita semua pun tahu bagaimana ciri2 VIP akhirat.
Bayangkan, kalau VIP di dunia bagaimana, kalau dalam program tu, kalau makan2 mesti makanan dia best2, taklah cikai2 macam orang2 biasa, pastu alat2 untuk makan pun mestilah daripada kaca, sudu dia bukan sudu plastik, sudu cantik, siap ade kerawang2 lagi, alas meja dia superb, semua cam hebatlah.
Bestnya, kita dilayan first class, semua orang baik je cakap dengan kita, tak marah2 kita, nak ape2 cakap je dekat orang2 yang layan kita.
Tapi kan, lagilah best kalau kita dapat dan mampu menjadi VIP di akhirat, bayangkan di syurga tu, bidadari2 di sekeliling kita, dia suapkan makanan, dia pakaikan baju, dahlah cantik pulak tu, boleh jumpa nabi (Rindunya!!!), boleh jumpa Umar (saya suka sangat Umar), boleh jumpa 10 sahabat yang dijanjikan syurga, dapat jumpa Allah, Allah bagi salam kat kita (36:58), Allah tegur kita tiap2 hari, Allah kata semua ni adalah exclusively untuk kita setelah kita berpenat2, bersusah2, bermati-matian, membuat amalan yang hanya niatkan kepada Allah sahaja. Kan best kan jadi VIP yang ni, bestnya, hebatnya, bertuahnya kita, kagumnya kita, untungnya orang tu kalau diri dia tergolong dalam VIP yang ni, Allah sayang sangat orang ni, Allah cinta sangat orang ni, tak nak ke kita tergolong dalam orang ni, tak nak kita berlumba2 untuk menjadi VIP akhirat, Allah kata, hanya tunggu kita sahaja, kita yang kena usaha untuk dapatkannya.
Manusia ini tidak sempurna, kita semua otw kepada kesempurnaan, harapnya Allah selalu membimbing kita, amiin!
Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah, Allah masih panjangkan usia kita semua, kapasiti akal semakin bertambah, kapasiti perut semakin bertambah, insyaAllah, kapasiti hati insyaAllah bertambah juga.
Tiba2, hari ini rindu sekolah lama. Bagi saya, kenangan bersama kawan2 kurang, rasa rugi, rugi sangat 5 tahun tu, hanya suka belajar, buka buku twenty four seven, bila riadah buka buku, bila hari sukan buka buku, bila ada program kat DSB, mesti buka buku, masa tu, seronok study, macam dahaga sangat dengan ilmu, tapi sebenarnya hanya untuk dapatkan result yang bagus dalam setiap exam.
Ruginya 5 tahun tu, masa tu, perasaan hati, nak baik sendiri2 sahaja, tak nak terlalu ekstrem sampai jadi Badan Dakwah dan Kepimpinan atau pun terlalu nakal seperti suka rebel dengan undang2 sekolah. Nak jadi budak yang biasa2 je. Sebab nanti boleh belajar banyak2, boleh baca buku pelajaran banyak.
Masa tu, rasa seronok je, berada dalam alam sendiri, tak campur sangat dengan orang.
Tapi, bila sekarang, sudah tersepak dengan batu 'D' & 'T', saya menyedari bahawa kita tak boleh baik sorang saje, kita tak boleh jadi antara muslim biasa2, kita perlu pilih antara terlalu ekstrem dan langsung takde kena mengena, kita perlu pilih sama ada jahiliyyah atau islam, kita tak boleh jadi muslim biasa2.
Mata saya terbuka bila saya tahu saya kena tinggalkan jahiliyyah, bila saya tahu saya kena tinggalkan jahiliyyah saya rasa sedih, sedih sangat, apa yang saya masa di sekolah selama 5 tahun malah tahun2 sebelum tu adalah sia2, sangat2 rugi, sedihnya, penatnya, tak gunanya, saya tak tahu adakah niat saya belajar semasa tu, diterima Allah atau tidak.
Semasa saya tingkatan 5, saya dilantik menjadi Setiausaha Badan Dakwah Dan Kepimpinan, sepanjang saya memegang tugas tu, saya tidak pernah sekalipun berdiri di hadapan musolla untuk memberikan tazkirah, saya hanya fikir tugas saya sebagai setiausaha sahaja, tidak lebih daripada itu, asalkan kerja saya siap, sudahlah. Saya terlalu memikirkan, budak2 puteri akan cakap "poyolah kakak ni", "akak ni lebih2 pulak".
Bila sekarang ni, saya rasa selama hidup saya tu, saya mendapat senarai bil hutang, saya baru tahu bahawa saya benar2 rugi.
Tapi sekarang ni, saya nak bayar balik hutang saya, saya tak mahu ada hutang lagi, saya tak mahu rugi lagi, saya kena bayar semula hutang2 saya, saya kena banyak buat benda yang menguntungkan saya dan juga orang lain. Tolong doakan saya dan sahabat2 lain!
Mari kita lihat ubat pelangsing keluaran Sendayu xxxx, punyalah ramai stockist, ramai promoter yang mempromote menyatakan bahawa ubat pelangsing itu memang berkesan. Tetapi, adakah hanya cukup dengan sekadar menunjukkan botol ubat, tanpa menguji terlebih dahulu? Maka adalah seseorang yang terpengaruh, sudah lama mengidamkan bentuk badan yang langsing, sudah lama menderita, kerana diejek oleh rakan2 kerana berbadan buah epal, maka pergilah sesorang itu ke syarikat Sendayu xxxx, untuk mencuba produk itu.
Maka, gambar sebelum kurus diambil.
Setelah berbulan2 menggunakan produk itu, maka ternyata ubat itu berkesan, alangkah gembiranya hati seseorang, bukan sahaja badan kurus, tetapi terkenal pula kerana dirinya dijadikan sebagai model iklan ubat pelangsing Sendayu xxxx.
Dalam iklan itu, siap ada gambar seseorang sebelum dan selepas menggunakan produk itu, siap ada no. telefon seseorang lagi, bimbang kalau2 ada orang lain tidak percaya maka boleh terus menghubungi seseorang, supaya tiada ragu, tiada bimbang dengan ubat pelangsing Sendayu xxxx
Itulah shahadatul haq, bagaimana seseorang itu menjadi penyaksian kepada kebenaran ubat pelangsing Sendayu xxxx, betapa seseorang amat yakin dengan kebenaran, kemujaraban ubat pelangsing itu dan dia mahu sampaikan pada orang lain bahawa ubat itu benar,ubat itu mujarab, ubat itu sangat bagus.
Apabila dikaitkan dengan Shahadatul Haq, bahawa sesorang islam itu menjadi saksi bahawa islam itu adalah benar, adalah agama yang dapat menyelamatkan hidup kita, maka kita juga perlu cerita pada orang lain bahawa agama ini benar, bahawa agama ini agama yang bagus.
Mari kita lihat manual kita (2:143), bahawa Allah mengatakan bahawa kita adalah umat pertengahan. Maksudnya, kita adalah perantara antara Rasul kita dan juga manusia lain. Nabi Muhammad S.A.W telah pun menjadi perantara antara Allah dan kita, iaitu Rasulullah S.A.W telah pun menjadi saksi bahawa islam itu benar, dan kita adalah antara orang yang Allah telah pilih untuk menerima hidayah itu, dan kini baginda telah tiada maka kita pula yang perlu menyampaikan penyaksian kebenaran itu kepada manusia lain pula. Wallahualam.
betapa ku bersyukur dengan hidayah yg Engkau berikan
semoga selamanya aku kekal di jalan Mu
Bismillahirrahmanirrahim, alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang sentiasa melimpahkan nikmat kepada diri ini, masih sihat, masih boleh beribadah, Ya Allah aku bermohon padamu bukakanlah hati kedua ibu bapaku dan adikku Ahmad Faiz, Solehah dan Sofiah untuk memahami islam yang sebenarnya, rindu pada mereka kini dirasai, hanya Allah sahaja yang ku harapkan untuk menjaga kehidupan dan amalan mereka seharian selama mana mereka menjadi tamu di bumi Allah ini.
Terjumpa ayat Quran ni dalam buku Himpunan Risalah Imam Hasan Al-Banna dalam tajuk Dakwatuna, kelakar juga, sepatutnya, jumpa dalam Quran, tapi jumpa dalam buku pula, betapa lemahnya aku dalam tadabbur Al-Quran, maafkan diri ini Ya Allah, akan kuperbaiki lagi amalan ini. InsyaAllah semua boleh buka manual kita, ayat ni bermaksud, " Sesungguhnya engkau tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya ia menerima islam), tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya". (Al-Qasas:56)
Ayat ni memujuk diriku, betul2, memang betul pun, kita ibarat penjual pisang goreng, tanggungjawab kita hanyalah mahu melariskan pisang goreng yang kita jual, orang ramai membeli alhamdulillah, hasil yang diterima dapat juga dijadikan untuk modal jualan seterusnya, begitulah juga kita apabila kita mahu menawarkan islam kepada orang lain, kita hanya mampu bercerita, kita hanya mampu share, kita hanya mampu qhadhaya, kita hanya mampu dengar curhat, tapi tak semestinya orang yang berurusan dengan kita itu tersentuh, mungkin begitu banyak sebab kenapa pembelian itu terhenti di tengah jalan, mungkin diri ini masih kurang untuk belajar BAGAIMANA MENYENTUH HATI pembeli2, mungkin masih belum belajar bagaimana menjadi PELEMBUT HATI. Masih banyak kekurangan diri ini, Ya Allah, kuatkanlah diri ini, ku berharap Kau masih memilih aku untuk menjadi salah seorang agen yang penjual yang menawarkan agamaMu.
Alhamdulillah, hari ini, Allah masih lagi memanjangkan usiaku, hari ini masih dapat lagi berjumpa dengan teman2 seperjuangan, menyambung pengajian untuk tahun ketiga perubatan di Kasr El-Ainy Medical School, dah masuk minggu ketiga sekolah, semakin banyak yang dipelajari, dari hari ke hari, moga Allah permudahkan urusan kita sehari-harian. Moga Allah sentiasa memilih kita, menjadi senarai 'yang dikehendaki' oleh Allah untuk mendukung tugas 2:30 dan 51:56. Allah berfirman, "Allah memilih para utusan (Nya) dari malaikat dan dari manusia. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, Maha Melihat".(22:75)
Selamat Hari Lahir kepada sahabat yang mempunyai sama nama denganku, hari ini, masa kat sekolah, semua orang mengucapkan pelbagai ucapan selamat kepadanya, alhamdulillah Allah masih memanjangkan usia dia dan kita semua untuk kekal hidup hingga hari ini.
Bila memikirkan hari jadi kawan, teringat kita tentang sepanjang hidup kita ini, setelah hidup di bumi Allah selama 19 tahun atau 20 tahun atau 21 tahun ni, adakah sepanjang hidup kita itu, kita memang betul2 beriman kepada Allah? Adakah sepanjang hidup kita itu kita bermanfaat untuk diri kita dan juga orang lain? Bagi saya, saya sendiri mengaku bahawa hidup yang betul2 beriman kepada Allah baru sahaja bermula, rasa rugi sangat sebab berbelas2 tahun hidup tapi tidak betul2 menghambakan diri kpd Allah, rasa rugi, terlampau rugi, padahal banyak sangat perkara2 yang membasahkan hati yang kita boleh buat sepanjang berbelas2 tahun yang kerugian itu. Kalau Syed Qutb, kehidupan dia bermula ketika usia beliau 40 tahun. Bayangkan, 40 tahun lama sangat, sangat rugi kalau kita tak bermanfaat dalam jangka masa 40 tahun itu. Betapa Allah mahukan Syed Qutb tersepak dengan batu dakwah dan tarbiyyah, sehinggakan Allah panjangkan usia beliau sampailah beliau berumur 40 tahun, beliau tersepak dengan batu D&T, selepas itu baru meninggalkan alam ini.
Itu kisah Syed Qutb, kisah orang yang sudah tiada tapi bagaimana kita? Adakah kita sudah bersedia dengan mati yang pasti? Kadang2 kita suka melebihkan yang tidak pasti daripada yang pasti. Banyak saja contoh yang tak pasti tu, rasanya semua orang boleh mengagak apa benda yang tak pasti yang dia lebih utamakan, membaca buku medic lebih diutamakan daripada baca Quran, atau apa sahaja yang berkaitan. Kita tiada persediaan untuk benda yang pasti. Moga Allah membuka hati kita,berikan kita hidayah supaya nampak jalan lurus yang menuju kepada Allah. Semoga entry kali ini bermanfaat kepada semua, amiin. Allah berfirman," Setiap yang bernyawa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan. Dan kamu akan dikembalikan hanya kepada Kami" (21:35)