Skinpress Demo Rss

Tuesday, June 16, 2009

seronoknya dia...

Assalamualaikum, hari ni Sakinah ada kelas Quran. Mula-mula sebenarnya hari Rabu esok, sebab hari ni bolelah prepare sungguh2 untuk kelas, tapi semalam Tedi telefon, minta persetujuan kami Sakinah dengan Maryam nak tukar kelas pukul 3 petang. Mula-mula rasa susah tapi takpelah, mungkin Tedi ada hal hari Rabu tu, so, takpelah kita setuju je. Orang yang memerlukan bantuan tu sangat2 terdesak perlukannya, maka kita tolong, bantu dan permudahkan jalannya supaya tak susah lagi.

Mula membuka maqra' keempat juzuk empat, mula-mula macam susah juga, tapi baru teringat, time kat DQ dulu, maqra' ni Sakinah main hafal je sebab susah nak mengatur tempat mana kena berhenti berdasrkan pada terjemahannya, jadi main hafal jelah, pastu bila hafal tu, alhamdulillah, ok, ade ayat2 yang masih diingati, berbaki tinggal dalam ingatan, dalam 3 muka jugak, banyak, cuba juga menghabiskan dan alhamdulillah.

Sehinggalah 2 ayat ang terakhir:

"Dan janganlah sekali-kali kamu mengira bahawa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati; sebenarnya mereka itu hidup, di sisi Tuhannya mendapat rezeki" (3:169)
"Mereka bergembira dengan kurnia yang diberikan Allah kepadanya dan bergirang hati terhadap orang yang masih tinggal di belakang yang belum menyusul mereka, bahawa tidak ada rasa takut pada mereka dan mereka tidak bersedih hati" (3:170)

Bila baca maksud ayat2 ni, teringat arwah Ammar, kita tahu arwah seorang yang baik, arwah seorang mujahid islam, arwah dah memulakan perjuangan yang bakal kita sambung pula, kita yang bakal meneruskan tarbiyyah, inilah yang Allah ceritakan, inilah keadaan yg Allah cerita bagi orang2 yang gugur, syahid di jalan Allah, begitulah keadaan orang2 yang berjuang di jalan Allah bila dia gugur, Allah kata kita tak boleh judge, anggap dia dah takde macam tu sahaja, tapi padahal mereka ini hanya mengalami perpindahan alam sahaja, kita tak nampak mereka, mereka hidup, mereka ada sahaja cuma jasad yang tiada. Dan mereka itu, gembira dengan kurniaan yang Allah bagi semasa di alam yang lain itu, bergembira kerana Allah bagi kenikmatan itu di atas perbuatan mereka di dunia (alamak jelesnya).

Satu lagi boleh kita tafsirkan, mereka itu tidak mati kerana ada sahaja sumbangan2 mereka di dunia ini yang menghidupkan roh mereka, maksudnya ilmu mereka, semangat mereka, kita ambil untuk apply dalam diri kita pula, macam Syed Qutb pernah kata dalam Muqaddimah Fi Zilal, umur yang meluhur, memberkati dan membersihkan jiwa, itulah yang kita mahu, macam Hasan Al-Banna, jasad beliau tiada tapi kita ada buku2 beliau, kita baca kalam2 beliau, kita selami perjuangan beliau, itu yang sebenarnya kita mahu.

Kalau arwah Ammar tu, kita tahu dia semangat beliau, kita tahu komitmen beliau dalam suatu tugasan macam mane, dan itu yang kita perlu ambil dan tanam pula dalam diri kita, perkara2 yang baik, dan kita mampu buat, sayang kalau kita biar sahaja, hanya terkesan dalam hati tapi tak nak pula apply.

Ayat yang lagi satu tu, Allah cerita pula, keadaan dia, betapa seronoknya dia bila mengetahui bahawa ada orang2 di belakang ia yang turut same berjuang sepertinya, tapi belum menyusulinya (mati), dia gembira, kerana akan ramai lagi orang akan mengecapi nikmat sepertinya, mereka terlalu gembira dan tiada rasa takut sedih dalam hati mereka, itulah kenikmatan yang Allah cerita bagi orang2 yang gugur dalam jalan jihad, itulah janji Allah, bila kita mendengarnya, rasa seronok, cemburunya, nak dapat juga kenikmatan itu.

Tapi untuk dapat kenikmatan itu, kita perlu juga menjadi sepertinya, atau lebih lagi, itu janji Allah dan bukan janji main2, moga kita lebih kuat, kita bertambah semangat untuk berjihad, tiada kerehatan untuk kita di dunia, melainkan kerehatan di akhirat yang kekal abadi.

Kat sana jelah kita berehat ya?

Moga kita lagi tabah menempuhi jalan2 yang ada duri ini, ia panas sangat, jauh pula, tu, tapi hujung dia adalah kenikmatan yang sangat kita harapkan iaitu syurga yang abadi. Aimlah yang paling tertinggi, tummuhat yang paling tinggi, syurga yang paling tinggi, kenikmatan yang paling tinggi (bukan dunia), itulah sebaik2 kurniaan Ilahi.

8 comments:

insan nak tau said...

sakinah..nak tanye..yg pasal ama tu kan...cne dye bole accident??

same ngan yg atas said...

silap ammar

Sumaiyah said...

kereta terbabas langgar pembahagi jalan sewaktu nak potong lori (kenderaaan besar la).

Al-Fatihah.
Allah lebih menyayanginya.

Allahua'lam

ayongdik mujahadah said...

kalau nak tahu, boleh tengok blog ayuamiza.blogspot.com, kat ctu pun dah ade banyak link untuk ke blog2 lain yang cerita pasal accident ni. Harap2 dapat membantu.

ayongdik mujahadah said...

sumaiyah, sebenarnya kereta tu tak potong pun lori tu, sebabnya jalan tu ade 2 lane, jadi tak tahulah sape potong sape, lepas tu kereta tu terbababs sebab hilang kawalan.

Sumaiyah said...

oo ye ke.. oho tersilap info nampaknya. thanks kinah. miss u ;)

Sumaiyah said...

kinah, rase sebak bace post yg ni, sebab pasal iadah. siyes rasa mcm tahape2 je iadah kami.. :'(

ayongdik mujahadah said...

sum, alhamdulillah , bersyukurlah sum, sebab Allah bagi kita perasaan sedih tu, takpe, kita rancang lagi, lakukan usaha yang terbaik lagi, apa2 sahaja yang membolehkan kita istiqamah untuk iadah, selagi kita ada peluang dan masa yang Allah bagi sebelum mata terlena. Sakinah doakan dari jauh sahabat2 Sakinah, seorang hafizah kena kuat, kerana dia adalah daie, dia tahu ayat Al-Quran terlebih dahulu dari org lain, mereka adalah seperti nabi juga, ambil semangat perjuangan nabi, jangan patah semangat.